• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Showing posts with label perniagaan online. Show all posts
Showing posts with label perniagaan online. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Posted by FizwaN
2 comments | 8:31 PM
Sepanjang dah dekat 7 tahun berniaga online nie, macam-macam kerenah pembeli yang pernah jumpa. Ada yang ok, sporting, memahami dan profesional. Yang golongan tu tak perlu nak cerita, ada satu lagi golongan pembeli yang nak kongsikan disini. Sebab golongan yang satu lagi ni yang kena banyak bersabar. Ok sebelum tu, perkenalkan perniagaan saya dulu. Sejak tahun 2008, saya menjual baju kebaya nyonya di internet. Sekarang nie, dah ada lebih 800 design baju kebaya nyonya yang boleh dipilih oleh para pelanggan. Semua produk yang berkenaan dengan baju kebaya nyonya saya ada jual seperti baju kebaya nyonya, beberapa jenis kain kebaya, kebaya belum jahit, kebaya plus size, kebaya lengan pendek, kebaya lengan tiga suku, payung kebaya, terompah kebaya, kerongsang kebaya, kain pareo, buckle kain pareo, baju kebaya budak dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan baju kebaya. Kepada rakan-rakan yang membaca entry nie, jemput la singgah ke website kedai online saya di: http://www.izzlegacy.biz. Setelah 7 tahun berniaga online, sekarang nie saya dah ada butik fizikal pun. So, sapa-sapa yang tengah cari butik yang jual baju kebaya nyonya dekat area Lembah Klang nie, jemput la singgah butik saya yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada macam-macam produk dijual di butik saya nie sbb butik saya nie selain butik baju kebaya nyonya merupakan sebuah butik vendor. So,bukan setakat baju kebaya nyonya je macam produk pun ade. So, memang tak rugi kalau singgah. 

Ok, jom kita kongsikan kisah gelagat, perangai dan pemikiran pembeli nie. Para peniaga terutamanya peniagan online yang lain mesti mempunyai pengalaman yang sama kan?

  1. Bertanya soalan dari pagi sampai ke malam x abis, semua pun nak tanya dan nak mintak semua warna dan design yang ada. Last-last mesej terakhir, cakap sorry la saya rasa tak jadi beli. Tanya kenapa tak jadi beli, jawapannya saje je nak survey. Kalau dah soalan bukan main banyak & detail bukan survey namanya. Buang masa je melayannya sbb klu ikut pengalaman, yg ckp nak survey tu mmg confirm tak akan beli.
  2. Masa kita post gambar produk di Facebook or Instagram, ada tulis harga RM135, tak termasuk postage contohnya. Boleh pulak customer tu comment "pm", "harga brp", "dah masuk postage ke?". Terang-terang dah tulis. Nampak sangat tengok gambar je. Tak baca pun description. Satu lagi contoh, bila tulis, harga baju RM135 & kalau nak satu set dengan kain, harga kain RM60 sehelai. Customer akan tanya, "harga dah satu set dengan kain ke?", satu lagi "harga satu set RM60 ke?murah..nak la beli". Ok nampak sangat rakyat Malaysia ni malas membaca. Patut senang kena tipu. Lepas beli terima barang, cakap peniaga tipu. Padahal diri sendiri tak baca habis2.
  3. Satu lagi tahap pemikiran pelanggan yang agak cetek bila pos gambar produk, contohnya buckle pareo, tudung bawal dan stokin jejari kaki. Harga buckle RM5, tudung bawal RM10 dan stokin jejari kaki RM8 je pun seketul, sehelai dan sepasang. Ramai pulak yang akan komen dkt gambar produk atau tanya di whataspp, harga dah masuk postage ke? Kalau ikutkan akal fikiran yang waras, poslaju plg murah pos ke Semenanjung selepas di tambah 6% GST adalah sebanyak RM6.30. Kalau Sabah/ Sarawak RM9.50/RM10.60 kos poslaju sahaja. Jadi, kalau harga produk RM5 ataupun di bawah RM10 tu agak-agak la pun harga dah masuk postage.Yang harga RM5 tu kita abaikan sebab memang sangat cetek pemikiran seseorang itu sebab bertanya, harga dah masuk postage ke? Untuk yg harga RM8 dan RM10. RM8 tolak RM6.30 = RM1.70. Berapa agaknya kos nak beli produk tu? Belum lagi kira duit minyak & tol untuk ke tempat borong untuk beli produk harga RM8 tu. GST lagi nak kena tanggung. Belum juga dikira kos untuk beli plastik bungkus produk dan juga duit minyak untuk ke pejabat poslaju. Sebab tu saya jual baju kebaya nyonya, harga RM135 sehelai. Kalau ada orang tanya harga dah masuk postage ke belum, takde la hurt feeling, sentap & terguris hati sangat. Malangnya ramai pembeli diluar sana yang berfikiran sebegitu. Sabar je la. Tau nak murah je.  Bila dapat barang xde kualiti marah pulak. Cakap peniaga menipu. Makan duit haram. Tapi, fikir-fikirkan la k.
  4. Bila dah buat bayaran, selang 5 minit tanya barang dah pos ke? sebelum tu dah cakap kalau sempat, petang akan pergi pos, kalau tak esok akan pos sebab selalu semua produk akan dipos dalam masa 1-2 hari selepas bayaran diterima. Bila petang, tanya lagi dah pos ke? Masa tu kita pulak tengah bz, phone tengah charge. Anak nak susu, sorang lagi pulak nak kena mandikan. Petang ke malam, nak solat Mahgrib lagi. Nak makan lagi. Lepas tu dalam pkl 8.30 baru tengok phone. Penuh whatsapp dari customer yang sama. Ada la dekat 20 whatsapp. Daripada soalan dah pos ke belum, mintak tracking no, nape diam, nak tipu ke, sampai la ke mesej tulis malam ni nak gi buat report polis sebab kita dah tipu dia. Jadahnye..kan dah ckp kalau sempat ptg pergi pos. Ingat kedai sebelah dengan pejabat pos ke? Lepas tu nak melayan dia je la. Orang xde keje lain. Kalau beli barang beribu ringgit harganya tu ok la jugak. Nie kadang2 tu beli barang harga RM10 je pun. Dia punya kecoh, macam dah kena tipu berpuluh ribu ringgit. Setakat RM10 tu sape la yg nak tipu. Nak makan pizza pun tak lepas. Kalau dah 4-5 hari barang tak sampai & peniaga takde ape2 response yela jugak. Ini baru beberapa jam beli & buat bayaran, peniaga tak response dah ugut nak gi report polis. Buat kena gelak je dengan polis nanti. 
  5. Beli barang harga RM120. Kita cakap kalau nak beli boleh kasi last price RM110 + free postage. Boleh pulak nak tawar lagi cakap RM80 boleh? Ok, RM80 tu dah less RM40 berapa pulak untung peniaga? Bila cakap x boleh diskaun banyak, cakap kedekut. Kalau pergi beli baju dekat Jusco ke, dekat shopping complex ke..xde pulak nak mintak diskaun & tawar menawar bagai. Bayar je brp pun harga dekat price tax. Macammana peniaga kecil nak maju & berjaya?
  6. Satu lagi kalau produk pre-order. Dah tulis kalau pre-order proses dalam 4-6 minggu. Kalau boleh tunggu, boleh la kalau nak order. Tapi, kalau nak urgent, kena pilih ready stock je. Contohnya, baju kebaya nyonya kami. Tailor di Indonesia. Queue pun panjang. Pos dari Indonesia ambil masa 7-10 hari. Sebab tukang jahit orang kampung. Proses pos dari kampung ke lapangan terbang untuk ke Malaysia dah ambil masa 3 hari. Itu kalau xde apa2 masalah. Bila sampai Malaysia pulak, kalau kena tahan dengan Kastam ambil masa sehari dua juga nak clear. So, 4-6 minggu adalah kebiasaan masa yg diambil utk proses pre-order. Tp, kdg2 tu terlajak jugak seminggu dua lagi atas faktor-faktor yg tak dpt dielakkan. Tu sebab utk pre-order, klu tak urgent baru boleh order. Tp, masalahnya ramai rakyat Malaysia ni x suka membaca, x faham bahasa, x sabar dan macam2 tak lagi. Seminggu lepas order & byr deposit, dah tanya baju bila boleh dapat?lama lagi ke?Slalunya akan dibalas "pre-order 4-6 minggu proses". lps tu senyap. Dua tiga hari lps tu, tanya lagi soalan yg sama. Jawapan still sama "pre-order 4-6 minggu proses". Bila dah masuk 4 minggu, makin kerap pulak whatsapp tanye. Malas dah nak jawab sbb jawapan tetap sama selagi belum smpi 6 minggu. Bila tak reply, dah kata kita menipu pulak. Siap ugut nak buat report polis, nak blacklist blog, nak bawak gi meeting bhgn MDEC, nak masukkan blog dlm list pengguguran laman we, dan mcm2 lagi. Jawapannya mudah je. Pertamanya saya x jual kebaya di blog tapi di website. Di website dah jelas tulis proses 4-6 minggu. Beli kat website akan automatik dpt Invoice, ada nama syarikat, ssm reg no, alamat butik, no tel, invoice no dan tarikh pembelian. Klu nak report, nak blacklist or sebagainya silakan. Polis pun xnak layan. Dah la byr deposit RM50 je. MDEC pun x boleh nak buat ape. Sengal punya customer. Tp, percayalah..klu anda seorg peniaga online dan buat tempahan pre-order pasti akan jumpa customer mcm ni. Plg senang nak ajar, pulangkan blk je duit deposit. Bila brp smpi, jadikan ready stok. Ramai je lagi org lain yg nak beli.
Sepanjang 7 tahun berniaga online dan offline nie. Macam-macam lagi kerenah customer ni klu nak share kat sini. Mungkin nanti klu ade masa sy tulis utk Part 2 pulak. 

Bukan main banyak nak less.
Handsock Bercorak. Boleh guna dua-dua belah. Harga RM10. - Boleh terima akal tak bila ada yang bertanya, "Include postage ke?'

Saturday, March 7, 2015

Posted by FizwaN
1 comment | 1:38 AM
Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang boleh menjana pendapatan di Internet samada sampingan atau sepenuh masa. Macam saya ada dua pendapatan di Internet iaitu pendapatan sampingan daripada Nuffnang dan juga Google Adsense dan juga pendapatan sepenuh masa dari peniagaan kedai online. Ok, nak cerita pendapatan dari internet yang mana satu dulu? Sepenuh masa atau separuh masa?

Kongsikan tentang sepenuh masa dulu la k. Ok, saya memulakan perniagaan online menjual pakaian wanita khususnya baju kebaya nyonya sejak tahun 2008 lagi. Hasil dari perniagaan online memang sangat memberangsangkan. Contohnya, sehelai baju kebaya nyonya saya katakan purata harga RM140. Sebulan biasanya terjual dalam 50 - 100 helai. Jadi, pendapatan online sepenuh masa untuk sebulan confirm lebih dari RM7000. Ok, itu jualan kasar. Lepas tolak kos modal dan sebagainya, cukuplah untuk menjadikan pendapatan tetap. Yang penting, tak perlu nak tido awal sebab kena bangun awal untuk pergi kerja, kalau duduk KL, punch card pkl 9 pukul 7 dah kena gerak dari rumah sebab jem memang boleh sampai 2 jam. Balik kerja sekali lagi kena layan jem. So, dah rugi 2 - 4 jam di atas jalan raya sekurang-kurangnya. Kerja pun banyak pressure sebab kena ikut cakap bos, nak kena layan politik di tempat kerja lagi dan macam-macam. So, kalau ada modal, mulakan sebuah perniagaan online k. Kalau nak buat website kedai online dengan enjin ecommerce yang sistematik, boleh hubungi saya ya. No tel: 012-6907705. Kalau nak sertai kursus perniagaan online pun boleh hubungi saya. 

Ok, tentang pendapatan separuh masa pulak k. Beberapa tahun nie ramai jugak yang berjinak-jinak dengan dunia blog sebab dari blogging memang boleh jana wang di internet. Rajin tulis entry yang menarik, hari-hari blogwalking, buat giveaway contest untuk tarik trafik ke blog, tampal iklan google adsense dan Nuffnang dekat website dan jangan malas. Memang hujung bulan pasti ada hasil pendapat di Internet. Saya tengok ramai yang letak iklan Nuffnang tapi tak ramai yang letak iklan google adsense di blog. Mungkin kurang informasi. Seeloknya letakkan dua-dua iklan di blog k. Iklan google dan iklan nuffnang. Jangan risau, masih lagi akan berstatus Gilterati di Nuffnang. Sebelum nie saya ada letak iklan nuffnang di blog, tapi tengok macam tak bergerak pun. CPUV pun tak pernah nak lekat. So, lepas tu dah tak pernah nak login dah. Bulan lepas, saje je try login nuffnang. Wah, rupanya dah banyak duit terkumpul dan CPUV berderet-deret. Maybe skrg nie blog saya trafik tinggi kot. Sebelum nie blog saya ada problem, semua entry hilang. So, dah jadi macam blog baru, kena mula dari zero balik. Huhuhu. So, bila tengok duit terkumpul ada banyak, apa lagi terus la cashout. Skrg nie, Alhamdulillah rasanya tiap bulan boleh cashout. CPUV pun berderet-deret dah. So, kena rajin berblog la lepas nie.

Bulan nie pun ada bonus dari blog saya nie dimana sebuah syarikat membayar saya RM300 untuk mempromosikan perniagaan mereka. Ini kerana, entry blog saya mempunyai trafik yang tinggi dan banyak keyword berada di page pertama enjin carian google. So, lepas nie, kena tulis banyak entry tentang perkhidmatan la nampaknya. Mana tau ada lagi syarikat yang nak tumpang iklan dan promosikan produk mereka.

Selain dari google adsense, sy juga jana wang di internet dengan You Tube. Tahukah anda bahawa dengan post video di You Tube boleh buat duit? Mesti ramai yang tak tau kan? Kena berguru la nampaknya. Ok, memang dengan You Tube boleh buat duit. Dah la bayaran dalam USD. Sekarang nie USD tengah tinggi, memang senyum la bila terima duit dari Google. You Tube adalah milik google, so, dia akan bayar guna western union atas nama Google Inc. Ireland. Lepas nie kalau ada banyak video, sharekan aje di You Tube k. Nak tahu cara macam mana untuk jana wang dengan You Tube tak? InsyaAllah nanti sy tulis satu entry tentang cara jana wang dari You Tube k. Tunggu. Ok, selamat menjana pendapatan di internet k. Kalau ada sumber-sumber yang lain, kongsi-kongsikan la kat sini k. Tapi, jangan share tentang MLM pulak, sebab saya paling tak suka dengan MLM. Ada banyak cara lagi untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada sertai program MLM k. Jumpa lagi. 

Wednesday, December 24, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 9:09 PM
Pada hari ini ramai yang ingin menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan online. Macam-macam produk ada dijual di internet dan usahawan online tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak kelebihan berniaga online ini antaranya kos overhead yang rendah kerana tidak perlu sewa premis, tak perlu nak bagai staff, perniagaan sentiasa dibuka 24jam sehari; 365 hari setahun, pasaran yang besar meliputi seluruh Malaysia dan banyak lagi kelebihan. Tengah malam tengah tido pun ada orang beli produk kita jika menjual produk secara online. 

Saya telah menjalankan perniagaan online sejak awal tahun 2008 lagi. So, bulan January 2015 nie genaplah 7 tahun berniaga online. Sekarang ni pun hasil dari perniagaan online dah boleh bukak butik pun. Jemput singgah butik saya di Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Kalau tinggal jauh, boleh juga lawat website kedai online saya di www.izzlegacy.biz. Sepanjang 7 tahun berniaga online nie, macam-macam karenah pelanggan dah jumpa. Kena banyak bersabar sebab customer always right kan? Tanpa pelanggan perniagaan kita takkan wujud dan bertambah maju. Dengan pengalaman sepanjang 7 tahun nie, saya dah anjurkan kursus bina website kedai online Ecommerce dan kursus perniagaan online nie sejak awal tahun 2013 lagi. Memang ramai yang dah join kursus yang saya adakan. Kursus nie one to one coaching. So, dalam satu masa hanya ada seorang peserta je. So, lebih mudah beri tumpuan dan perhatian. Kalau peserta nak bawak teman atau bisnes partner pun boleh. Lebih mudah nak bincang bila balik nanti. 

Peserta akan diajar tentang cara-cara nak bina website kedai online yang sistematik dengan menggunakan enjin ecommerce yang mesra pengguna. Memang sistematik sebab auto create invoice, order management, shipping module, payment modul, create sales, create kupon diskaun dan macam-macam lagi. Pastinya anda akan memiliki sebuah website kedai online yang sistematik sebagai asas utama kepada perniagaan online anda. Lepas abis kursus, website dah sedia terima pelanggan. Anda akan diajar bagaimana nak masukkan produk dan sebagainya. Kalau lepas kursus, ada yang tak paham or ada masalah berbangkit, boleh je hubungi saya. Nanti saya akan cuba tolong. Kalau nak datang jumpa untuk saya terangkan tentang apa yang anda tak paham pun boleh. Takde charge tambahan. Yuran kursus sekali je. Tapi, support sampai website kedai online anda beroperasi sebaiknya. Saya juga akan kongsikan tentang kaedah pemasaran dan pengiklanan yang efektif, cara-cara nak naikkan keyword ke page pertama enjin carian google, linkkan facebook page dan instagram anda ke website dan juga saya akan berikan ebook yang saya tulis sendiri secara percuma kepada anda. Ebook ini bertajuk "Panduan Lengkap Bermula dan Berjaya di dalam Perniagaan Online". Banyak ilmu perniagaan online yang saya kongsikan didalam ebook ini. 

Nak buat website kena juga design banner supaya website kedai online kelihatan lebih menarik kan? Saya akan ajarkan cara-cara nak buat banner secara online dan saya juga akan tolong buatkan banner khas untuk anda menggunakan adobe photoshop. Untuk membina sebuah website, anda perlukan domain dan hosting. Sebagai peserta kursus yang saya anjurkan, saya boleh tolong registerkan domain dan hosting untuk anda. Yang pasti, anda akan menerima unlimited space hosting jika menyertai kursus nie. Nak letak beribu produk dalam website kedai online anda pun takde masalah. Sebab, unlimited space. Menarikkan? Rugi kalau tak join kursus bina website dan kursus perniagaan online yang saya anjurkan. Kursus bina website kedai online ecommerce dan kursus perniagaan online adalah dua kursus yang diberikan dalam satu masa. Manakala, kursus bina website pula adalah kursus yang lain. Kursus bina website nie untuk sesiapa yang berminat yang memulakan perniagaan dan perkhidmatan sebagai web designer & web developer. Saya akan ajarkan tentang langkah demi langkah untuk bangunkan sebuah laman web korporat yang menarik. Sekarang banyak juga syarikat yang ingin membina laman website. Kos untuk bangunkan sebuah website korporat dalam RM1500 - RM2500. Dapat job 3 website dalam sebulan, dah boleh berhenti kerja dan tumpukan sepenuhnya dengan perniagaan web designer & developer anda. Jika berminat untuk sertai kursus yang saya anjurkan, boleh hubungi saya di talian 012-6907705 / 03-89596970. Boleh call/sms/whatsapp. Nanti saya akan terangkan tentang yuran dan apa saja yang anda ingin tahu lebih lanjut. Yuran bayar sekali je. Tak mahal pun. Kalau nak swipe credit card pun diterima. Ya, nak join kursus tapi nak bayar guna credit card pun boleh swipe masa datang kursus k. Boleh call bank buat 0% installment. Lagi jimat. Join kursus pun boleh buat 0% installment kan? Memang menarik zaman sekarang nie. Jom miliki sebuah perniagaan online dan tambah pendapatan anda. Silap-silap, bisnes online makin maju dah boleh berhenti kerja. Saya pun berhenti kerja dan fokus pada perniagaan online pada tahun 2010 iaitu lepas 2 tahun berniaga online. Memang sangat selesa bila berkerja sendiri. Takde bos nak marah-marah. Tak payah nak bangun awal layan trafik jem. Anak pun tak payah nak hantar bagi orang jaga. Dah la sekarang nie mahal nak kena bayar. Hubungi saya ya. 

Untuk detail tentang kursus bina website kedai online ecommerce dan kursus perniagaan online, boleh lawat website saya dengan KLIK DISINI. Untuk kursus bina website korporat pula, boleh KLIK DISINI.

Friday, November 28, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 2:31 PM
Oleh sebab baru launching Reward Points Program di website ecommerce kedai online Izzlegacy Boutique semalam, arini nak post entry tentang reward points ni lagi boleh? Ok, selalunya kalau shopping online, tak ramai pemilik kedai online yang offer reward points pada pelanggan kan?Dengan membeli-belah di website kedai online Izzlegacy Boutique, anda kini boleh mengumpul reward points dengan setiap pembelian. Nilai reward points adalah 1 point bersamaan RM1 yang dibelanjakan. Penebusan minimum adalah sebanyak 250 point dimana dengan 250 points anda boleh buat penebusan tunai sebanyak RM5. Berita baik adalah anda tak perlu nak beli sebanyak RM250 di website Izzlegacy Boutique kerana setiap pelanggan yang mendaftar sebagai pelanggan akan menerima 200 reward points serta merta sebagai tanda penghargaan dari Izzlegacy Boutique. Jadi shopping at least RM50 je dah boleh buat penebusan tunai yang pertama. Menarik kan?

Selain itu, points yang terkumpul tidak ada tarikh luput. Jadi anda boleh kumpul banyak-banyak point lepas tu baru redeem. Macam mana nak kumpul point banyak-banyak? Mmm..tolong belikan untuk kawan, hehehe..sebab kawan bayar anda yang dapat kumpul point..boleh gitu? Ada macam-macam produk kat website kedai online Izzlegacy Boutique nie. Dari harga RM3 hingga la beratus-ratus. Nak tau apa yang ada kat website kedai online nie, boleh lawat kat sini ye: http://www.izzlegacy.biz

Ok, dah tengok banner baru ingat. Untuk setiap pembelian di bulan hari lahir anda layak untuk mendapat bonus point sebagai tanda meraikan hari lahir anda. So, tunggu apa lagi.. jom terjah website kedai online Izzlegacy Boutique. Cuci mata dulu pun takpe. Tapi jangan lupa, sambil-sambil cuci mata tu register sekali sebagai pelanggan di website Izzlegacy Boutique tu ye sebab boleh terus dapat 200 reward points. Jom terjah website ecommerce kedai online Izzlegacy Boutique di http://www.izzlegacy.biz

Thursday, November 27, 2014

Posted by FizwaN
1 comment | 9:09 PM
Tambah keseronokan bershopping online anda dengan reward points system di website ecommerce Izzlegacy Boutique. Anda akan mengumpul reward points dengan setiap pembelian di website kedai online Izzlegacy Boutique dan reward points ini boleh ditebus jika jumlah point yang terkumpul mencukupi untuk penebusan minimum. Anda boleh mengumpul nilai reward point dengan lebih banyak dan boleh menebus jumlah penebusan yang lebih tinggi. Reward points di website Izzlegacy.biz tidak mempunyai tarikh luput. Jadi, anda boleh kumpul point dari awal tahun dan buat penebusan di hujung tahun. Pasti berbaloi. Ok, pasti anda tertanya-tanya bagaimana reward points system ini beroperasi kan? Kami akan terangkan sebentar lagi. Sebelum itu, jumlah point minimum untuk anda membuat penebusan adalah sebanyak 250 point dimana dengan 250 point ini anda layak untuk menebus diskaun tunai sebanyak RM5. Pasti ada yang cakap, banyak jugak nak kumpul baru boleh redeem kan? Jangan risau, untuk setiap pendaftaran baru di website kami, anda akan menerima sebanyak 200 rewards point dengan serta merta. Jadi, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 untuk membuat penebusan pertama anda. Mudah dan menarik kan?



Bagaimana reward points ini berfungsi ya?
  1. Pertamanya anda perlu ke website ecommerce kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz
  2. Jika anda belum tahu apa nak beli di website kami, anda boleh mendaftar terlebih dahulu sebagai pelanggan berdaftar untuk menerima update terkini, sales, kupon diskaun (jika ada) dan juga reward points sebanyak 200 points. KLIK DISINI untuk mendftar sebagai pelanggan berdaftar ya.
  3. Jika anda ingin terus membeli di website kami, anda boleh pilih produk yang anda inginkan dan klik add to cart. Contohnya, anda nak beli baju kebaya nyonya ungu : reward_points_izzlegacy
  4. Selepas add to cart, anda boleh lihat di kotak sebelah kanan jumlah reward point untuk produk yang anda add to cart seperti berikut: reward_points_izzlegacy_01
  5. Anda boleh klik pada "Continue Shopping" untuk meneruskan pembelian atau jika sudah selesai, boleh klik pada "Checkout". Selepas klik pada "Checkout", anda akan di bawa ke bahagian "Sign In" page. Jika anda pernah mendaftar sebelum ini, masukkan "Alamat Email" dan "Password" kemudian klik "Sign In". Jika, pertama kali anda bershopping di website kami, anda perlu isikan maklumat pendaftaran yang diperlukan. Selepas log in, anda akan di bawa ke bahagian "Delivery Information" dimana dibahagian ini jika nama penerima dan alamat penghantaran berbeza dengan alamat anda, anda boleh klik pada "Change Address". Anda boleh lihat di kotak sebelah kanan, maklumat reward point anda ada sedikit perubahan seperti berikut: reward_points_izzlegacy_02
  6. Points earned adalah point yang anda kumpul dari pembelian sebelum ini, jika anda pertama kali mendaftar, anda boleh lihat points earned anda adalah sebanyak 200. Points pending pula, adalah point yang untuk pembelian sebelum ini yang belum dibuat pembayaran dan penghantaran. Point akan diterima setelah anda membuat pembayaran untuk pembelian yang anda buat di website kami.
  7. Setelah klik "Continue", anda akan dibawa ke bahagian "Payment Information", disini juga anda boleh "Billing Address" jika ada perubahan. Dibahagian ini, anda boleh lihat maklumat pembelian anda beserta dengan "Reward Points" anda untuk pembelian ini: reward_points_izzlegacy_03
  8. Skroll ke bawah sedikit, anda boleh lihat jumlah diskaun yang anda boleh dapat dengan reward points terkumpul anda. Dalam contoh ini, jumlah reward points terkumpul adalah sebanyak 5069 points dan ini melayakkan untuk membuat penebusan sebanyak RM100 (Total Reward Discount Amount). Untuk membuat penebusan, anda perlu klik pada kotak kecil yang terdapat di bahagian ini. Contohnya seperti berikut: reward_points_izzlegacy_04
  9. Jika anda tidak ingin membuat penebusan,jadi tidak perlu klik pada kotak kecil itu ya. Seterusnya klik "Continue" dan anda akan dibawa ke bahagian terakhir iaitu bahagian " Order Confirmation". Disini anda dapat lihat jumlah yang perlu anda bayar untuk pembelian ini setelah ditolak dengan diskaun tunai yang telah anda tebus sebentar tadi: reward_points_izzlegacy_05
  10. Ok, seperti yang anda lihat diatas, baju kebaya RM150, postage RM7, diskaun yang ditebus RM100 dan jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM57 sahaja. Reward points yang diterima untuk pembelian ini adalah sebanyak 50 points kerana 100 point (RM100) tidak dikira kerana anda beli dengan penebusan reward points. Sama je kalau anda beli di Jusco contohnya, untuk pembayaran menggunakan kupon tunai point tidak dikira. Owh ya, lupa nak bagitau reward points untuk pembelian di website Izzlegacy Boutique adalah 1 point bersamaan Rm1 pembelian (RM1 = 1 point). Seterusnya, jika anda klik order confirmation, anda boleh lihat dibahagia kotak kanan, reward points terkumpul anda tinggal 69 points sahaja kerana anda telah membuat penebusan 5000 points = RM100. reward_points_izzlegacy_06
  11. Nilai reward points di website kedai online Izzlegacy Boutique adalah seperti berikut: reward_points_izzlegacy_07
Diharap dengan penerangan yang panjang lebar nie, anda lebih faham dan jelas dengan Reward Points System di website commerce Izzlegacy Boutique kan? So, kalau dah faham, apa tunggu lagi. Jom daftar sebagai pelanggan berdaftar di website Izzlegacy Boutique dan redeem 200 reward points anda dengan serta merta. Nikmati keseronokan bershopping online di Izzlegacy Boutique. Lawat website kedai online Izzlegacy Boutique di http://www.izzlegacy.biz

Saturday, November 22, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 5:36 PM
Hari nie atas desakan hidup dengan kos sara hidup yang makin meningkat, ramai yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan dengan membuat kerja-kerja dan perniagaan sampingan. Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan kat luar sana. Cuma adakah cara itu sesuai dengan anda atau tidak. Kalau MLM memang tak payah sebut la. Macam-macam produk. Macam-macam jenama. Tapi, saya takkan terangkan atau syorkan tentang bisnes MLM nie sebab saya tak minat dengan bisnes MLM. Ada sebab kenapa tak minat dan tak suka dengan bisnes MLM nie. Kalau bila-bila rajin maybe akan tulis entry tentang kenapa saya benci bisnes MLM. Sekarang nie, ade juga program buat duit dengan handphone. Ada Toneexcel, ada Altel, ada XOXO. Tp, tak minat jugak nak join. Sebab kena cari orang join. Saya paling tak suka jumpa orang ajak join bisnes yang belum tentu boleh berjaya. Lagi satu paling malas nak pujuk-pujuk or yakinkan orang untuk sertai sesuatu yang tidak pasti. Ramai juga yang datang ke butik, approach tentang bisnes Toneexcel terutamanya. Tapi, bila tanya berapa lama dah join? Cakap ade la beberapa bulan. Berapa dapat sebulan? Ada la seratus dua. Lepas tu boleh ckp pulak, ada orang yang dah dapat 5 angka sebulan dengan bisnes nie. Bila tanya berapa lama orang tu join bisnes tu? Jawabnye dah bertahun dah sejak mula-mula diperkenalkan. Downline dia pun dah ramai. Ok..bila sebut downline, toneexcel tu MLM ke? Dia cakap bukan MLM, tapi bisnes orang cari orang. Just cerita pada orang cara nak berjimat dan buat duit. Ok. Tak kisah la. Dengan insan-insan yang dah terkena virus MLM or virus downline memang payah nak bercakap sebab mesti nak menang je. So, lupakan je k. Lebih baik saya jual kebaya dah tentu untung ribu-ribu sebulan.Tak payah nak cari orang, nak jumpa orang, nak pujuk-pujuk or nak follow up. Sebab orang yang cari saya. Taip aje keyword kebaya ke, kebaya nyonya ke, or ape-ape je tentang kebaya tentu akan bawa ke website saya. Cuba try search kebaya kat google. Website izwanizzati.com saya punya, izzkebaya.com pun saya punya, izzlegacy.com dan izzlegacy.biz pun saya punya jugak. So, lebih baik berniaga online kan? Sendiri berusaha, sendiri yang tentukan nak dapat income berapa. Makin rajin promote produk, makin banyak produk terjual maka makin banyak jugak la keuntungan yang boleh dapat.

Kat sini saya nak kongsikan tentang bisnes dropship. Mesti ramai yang dah dengan tentang bisnes dropship kan? Saya pernah tulis entry tentang dropship di satu lagi blog saya iaitu www.izwanizzati.biz pada 2012 yang lalu. Memang banyak dapat feedback. Ini menunjukkan bahawa ramai yang nak mulakan perniagaan online kan? Ok, apa itu konsep dropship ya? Dropship adalah dengan bahasa yang lebih mudah boleh didefinisikan sebagai "konsep orang tengah". Kenapa orang tengah? Ok..contohnya, saya ada bisnes jual kebaya. Saya ada banyak stok kebaya nyonya. Anda pula takde modal nak beli stock dan mulakan bisnes online. Jadi, saya beri peluang kepada anda untuk jadi agen dropship saya dengan komisyen 10% setiap produk yang anda jual. Contohnya, kebaya nyonya harga RM140 jadi sehelai kebaya laku anda dapat komisyen RM14. Ada juga agen dropship saya yang jual kebaya dengan harga RM150 - RM180. Jadi, tanpa produk anda dah boleh untuk antara RM14 hingga RM50 untuk sehelai produk yang terjual. Dapat jual 30 helai dalam sebulan, ambil purata sehelai sehari sekurang-kurangnya RM420 sebulan. Kalau anda dapat jual dengan keuntungan RM25 sehelai, dah ada pendapatan sampingan RM750 sebulan. Lepas la nak bayar bill dan beli barang rumah. Apa yang perlu anda lakukan, buat satu blogshop atau facebook page atau Instashop, copy semua gambar kebaya dari website saya dan promosikan kebaya tersebut. Jika ada orang yang membelinya, dia akan beli dengan anda. Dia akan bayar RM140 kepada anda. Anda kemudian inform kepada saya kebaya mana yang terjual, dan transfer RM126 kepada saya (selepas ditolak RM14 komisyen).Saya akan bungkus dan pos kebaya kepada pelanggan anda dengan menggunakan nama anda. Jadi, komisyen dah tentu dapat sebab customer bayar pada anda dulu, kemudian saya akan pos guna nama dan details anda. Jadi, dari situ perniagaan anda boleh berkembang tanpa perlukan modal untuk membeli produk, modal mengambil gambar produk di studio, tak perlu ruang untuk simpan produk. Modal anda hanya bayar bil elektrik dengan internet je. Hehehe..kalau tak bayar elektrik dan internet, macammana nak berniaga kan? 
Model Perniagaan Dropship. Gambar credit Google. Malas pulak nak design sendiri.
Ok. Faham tak dengan konsep dropship nie? Jadi, jika anda berminat nak berniaga online dan tak ada banyak modal, berdaftarlah sebagai agen dropship. Taip je kat google guna keyword dropship, macam-macam website dan bisnes yang tawarkan program dropship. Daftar dengan mereka dan mulakan perniagaan online anda serta merta. Kalau anda serius untuk mulakan perniagaan online, boleh sertai Kursus Perniagaan Online dan Bina Website Ecommerce yang saya anjurkan. Tapi, ada modal sikit la.Tu sebab saya cakap kalau anda serius, boleh join kursus ye. Kursus diadakan setiap hari. Tapi, perlu daftar sekurang-kurangnya dua hari lebih awal sebab nak kena register domain terlebih dahulu. Semoga anda berjaya memulakan perniagaan online dan menjana wang sampingan untuk diri dan keluarga anda. Diharap entry ini dapat membantu dan memberikan idea untuk anda mulakan perniagaan online ya. Follow blog ini dan juga Facebook Page untuk update dan entry terkini. 

P/s: Jemput singgah butik saya yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga lawat website kedai online butik saya iaitu di http://www.izzlegacy.biz. Saya bermula dengan bisnes kecil-kecilan dan sekarang dah boleh bukak butik pun. Anda pun boleh juga asalkan rajin berusaha dan berada di landasan yang betul.

Thursday, November 13, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 11:47 PM
Bagi yang mempunyai perniagaan offline, tak kisah la apa pun jenis perniagaan pastinya sentiasa berusaha untuk menarik seramai mungkin pelanggan untuk singgah ke premis perniagaannya. Saya juga sentiasa berusaha agar lebih ramai pelanggan untuk singgah shopping ke butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ok, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak tarik pelanggan untuk singgah shopping ke butik kan? Bagi pemilik perniagaan offline lain yang ingin berkongsi pendapat, tips dan pengalaman boleh share di sini ya. 

Kalau kaedah pemasaran, terdapat banyak kaedah pemasaran offline dan online yang boleh dilakukan untuk mempromosikan dan memasarkan perniagaan kita. Tapi, apakah kaedah pemasaran yang paling efektif dan berkesan untuk menarik pelanggan untuk singgah shopping di butik ya? Untuk pemasaran online, boleh iklankan produk di website, blog, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain media online yang ada. Butik saya juga turut menjual secara online iaitu di http://www.izzlegacy.biz. Jemput lawat ye. Pemasaran offline pula, boleh edarkan flyers, gantung bunting di tepi-tepi jalan, sewa iklan billboard (kalau banyak modal), edarkan kupon diskaun dan sebagainya. Tapi, masih belum mencukupi. Pemasaran perlu dilakukan secara berterusan dan mencuba semua kaedah pemasaran offline dan online yang ada. 

Saya juga banyak sponsor artis-artis di Malaysia untuk menggayakan koleksi baju kebaya nyonya keluaran butik saya diatas nama Izzkebaya Collection, tapi sejauh masa berkesannya pemasaran bila artis menggayakan produk kita?Ok.. bila artis menggayakan produk kita dan upload gambar di Instagram dan Facebook, sedikit sebanyak dapat meningkatkan follower dan jumlah like. Seterusnya membuatkan perniagaan kita lebih dikenali dan boleh juga menggunakan gambar artis untuk mempromosikan produk dan perniagaan kita. Jadi, berusahalah untuk menarik minat artis, produksi dan syarikat wardrobe artis untuk menggunakan produk yang kita jual. Bagaimana saya dapat sponsor ramai artis, mungkin kerana saya mempunyai lebih 600 design baju kebaya nyonya dan kebanyakkan keyword tentang kebaya meletakkan website saya di kedudukan teratas keputusan enjin carian Google. Bercakap tentang keyword berada di kedudukan teratas keputusan enjin carian Google, memang banyak kelebihannya. Ini kerana kebanyakkan jemputan dari majalah, paper, stesen TV dan sebagainya adalah datang dari keputusan enjin carian google. Mengapa saya cakap macam tu? Sebab setelah mendapat tugasan, wartawan akan membuat carian produk dan perniagaan di Google. Jadi, jika website tersenarai di halaman pertama keputusan enjin carian, peluang untuk mendapat panggilan dari wartawan lebih cerah. Bagaimana nak letakkan keyword di halaman utama enjin carian, kenalah mendalami ilmu SEO. Apa itu SEO? Boleh baca DISINI.

Kepada sesiapa yang mempunyai pendapat, tips, komen dan sebagainya, boleh kongsi di ruangan komen ya. Terima kasih dan jemput singgah ke butik saya ya. Kalau tinggal jauh dan tak berkesempatan, boleh juga lawat website kedai online butik saya kerana sebahagian produk telah dimasukkan kedalam website kedai online website iaitu di : www.izzlegacy.biz

Monday, July 14, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 11:12 PM
Entry nie dah terlambat sebenarnya, tapi sebelum nie sibuk sangat sampai lupa dah nak post tentang koleksi baju kebaya nyonya keluaran butik saya disiarkan di dalam Majalah Dara.com Edisi Jun 2014 dan Majalah Remaja Edisi Julai 2014. Ya, cantik-cantik kebaya kat dalam dua-dua majalah nie. Pada bulan Jun lepas dapat empat tawaran photoshoot dari Majalah Dara.com, MIDI, Mingguan Wanita dan Remaja. Tapi, 3 je yang berkesempatan sebab Mingguan Wanita nak datang shoot dekat butik tapi masa tu butik tengah renovation lagi. Insyaallah, mungkin edisi Hari Raya Haji nanti kot. Untuk Majalah MIDI esok ada keluaran terbaru, maybe ada dalam tu kot. Esok nak kena beli Majalah MIDI la nampaknya.

Untuk makluman, setakat ini butik saya mempunyai hampir 600 design baju kebaya nyonya dengan pelbagai corak, warna, motif dan saiz. Mungkin boleh dikatakan penjual kebaya nyonya yang mempunyai koleksi terbanyak di Malaysia.. barangkali :-) So, sape-2 yang nak beli baju kebaya nyonya boleh order kebaya di website kedai online saya iaitu Izzkebaya Collection atau boleh juga beli kebaya ready stock di butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Di butik Izzlegacy nie, ada banyak kelengkapan kebaya seperti kain batik kembang payung berlabuci, kain batik selisih, kain pareo, kain pareo songket dan juga pelbagai koleksi kerongsang kebaya yang cantik-cantik dan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. 

Berikut adalah keratan majalah Dara.com dan Remaja yang menyiarkan koleksi kebaya nyonya dari Izzlegacy Boutique:

Kebaya Nyonya dalam Majalah Dara.com

Cantik kan kebaya nie?Yang hijau tu set baju kebaya nyonya dengan kain batik kembang payung berlabuci dan kerongsang tiga berantai. Yang ungu pulak, set baju kebaya nyonya dengan kain pareo dan keorngsang tiga berantai.

Yang nie pulak kebaya georgette dan kebaya chiffon baldu. Kebaya georgette yang warna merah dipadankan dengan kain pareo songket, manakala yang warna putih kebaya chiffon baldu dipadankan dengan kain pareo songket dua muka.

Atas tangga pun jadi. Memang cantik kan kalau sesekali berkebaya nyonya.
Yang nie pulak Mix and Match kebaya nyonya dalam Majalah Remaja. Sekarang nie kebaya nyonya boleh digayakan dengan pelbagai busana kan?
 

Monday, May 19, 2014

Posted by FizwaN
1 comment | 3:09 PM
Selepas 20hb May 2014, sy tidak lagi akan bekerja makan gaji dan akan memulakan perjalanan dan pengalaman hidup yang baru. Kalau sebelum ini setiap hujung bulan, pasti akan ada gaji yang akan masuk ke dalam akaun bank, tetapi selepas hari esok hari-hari kena bekerja keras untuk mencari duit. Mengapa saya tidak lagi bekerja makan gaji? Kerana sy sudah takde hati nak kerja di bawah orang dan nak mulakan perniagaan sendiri. Sampai bila kita nak makan gaji, dimanipulasi dan dan ditindas oleh orang2 yang berada di atas? Hidup tak bebas dan pada hari ini gaji yang dapat setiap bulan memang tak akan cukup. Bukan merungut atau tidak bersyukur, tapi bila tinggal di ibu kota Kuala Lumpur memang semua orang akan merasakan perkara yang sama. 

Logo IzzLegacy Boutique (Website : www.izzlegacy.com)

Minggu depan bermulalah kerja-kerja pengubahsuaian butik milik saya dan isteri. Rasanya 70% dari kerja pengubahsuaian kami akan buat sendiri. Lebih jimat kalau begitu kan?Hanya kerja elektrikal dan pemasangan partition board sahaja yang akan minta kontraktor buatkan. Kontraktor pun kawan2 jugak, so takdela kena tekan mahal2. Insyaallah 12 Jun 2015,  IzzLegacy Boutique akan mula beroperasi. Doakan yang terbaik ya. Butik ini akan menjual pelbagai koleksi pakaian wanita seperti baju kebaya nyonya, kain pasang sulam, jubah, dress, skirt, baju kurung moden, kasut dan sebagainya. Kiranya dari kepala hingga ke kaki lah produknye. Jemput la datang ye nanti. Bagi yang tinggal jauh, boleh lawat dan membeli belah di website kedai online IzzLegacy ye. Alamat website www.izzlegacy.com. Lokasi butik terletak di The Atmosphere Seri Kembangan. Memang sangat strategik dan cantik tempatnya. The Atmospehere ni terkenal dengan lukisan-lukisan mural yang menarik. Memang ramai yang datang bergambar kat sini. So, bila singgah butik IzzLegacy nanti boleh la bergambar di sekitar The Atmosphere nie.

Logo IzwanIzzati Ebiz (Website: www.izwanizzati.biz)
Selain dari perniagaan butik pakaian, saya juga memiliki perniagaan membina website korporat, peribadi dan juga kedai online diatas nama IzwanIzzati Ebiz. Selain dari menawarkan perkhidmatan membina website, sy juga menganjurkan kursus bina website dan kursus perniagaan online. Jadi, sape2 yang berminat nak join kursus boleh la hubungi saya ye. Lepas abis kursus terus boleh berniaga online. Sebab kursus nie akan diterangkan langkah demi langkah membina sebuah website kedai online yang bersistematik. Selain tu, akan dikongsikan tentang cara-cara nak buat pemasaran, pengiklanan, pemilihan produk dan sebagainya. Ini kerana saya dah berniaga online sejak tahun 2008 lagi. Insyaallah banyak pengalaman yang boleh dikongsikan sepanjang kursus berjalan. Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan bina laman web dan juga kursus perniagaan online ni, boleh lawat website sy di www.izwanizzati.biz.

Doakan semoga perjalanan dan pengalaman hidup baru ini akan berjalan lancar dan sentiasa dimurahkan rezeki ya. Terima kasih.

Wednesday, March 19, 2014

Posted by FizwaN
4 comments | 11:21 PM
Kebaya nyonya adalah salah satu fesyen pakaian yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Dengan design yang menarik, padanan warna dan pelbagai motif, digayakan pula dengan kain pareo dan juga kain batik kembang payung, ditambah dengan kerongsang tiga berantai, memang membuatkan seseorang itu bertambah ayu ketrampilannya. Setuju tak? Selain digayakan dengan kain pareo dan kain batik kembang payung, dewasa ini ramai yang menggayakan kebaya nyonya dengan jeans, skirt, skirt labuh, seluar dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai. 

Untuk info, koleksi kebaya nyonya di IzzKebaya Collection mengandungi lebih dari 550 design baju kebaya nyonya yang memang cantik-cantik semuanya. Pasti rambang mata dibuatnya kalau ke website www.izzkebaya.com nie. Ada macam-macam corak, design, warna dan motif. Dekat website nie juga, korang boleh dapatkan kebaya dengan saiz yang paling kecil iaitu saiz S hingga kebaya nyonya bersaiz besar; saiz XXL, XXXL dan yang paling besar saiz XXXXL (4XL). Mane nak dapatkan kebaya nyonya saiz besar? So, sape2 yang berbadan besar, teringin nak pakai kebaya nyonya, jemput-jemput la order di website IzzKebaya Collection nie ye. 

Ramai yang berpuas hati dengan sulaman dan kualiti kebaya nyonya dari koleksi IzzKebaya nie. Ini kerana kebaya nyonya nie diperbuat menggunakan material asal baju kebaya nyonya iaitu kain kasa rubiah dan kebaya nyonya dari koleksi IzzKebaya nie diperbuat dengan sulaman tangan sepenuhnya. Kalau tak caye, cuba beli sehelai. Mesti lepas nie akan beli lagi. Kami telah menjual kebaya sejak tahun 2008 lagi. Sebab tu sampai ke hari nie dah ade lebih dari 550 design. So, apa tunggu lagi. Jom beli sekarang. Kat bawah nie, design terbaru koleksi kebaya nyonya di IzzKebaya Collection. Cantik-cantik kan? Klik pada gambar kalau nak besarkan dan tengok dengan lebih jelas ye. Untuk lebih banyak kebaya, jemput lawat website IzzKebaya Collection k.

Anda juga boleh datang terus membeli kebaya nyonya di butik kami iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Disini anda boleh mencuba saiz kerana di butik ini kami ada menyediakan dua bilik fitting room dan juga anda boleh match kebaya yang anda beli dengan kain pareo, kain songket, kain batik kembang payung dan juga kain batik selisih. Selain kain, anda juga boleh melengkapkan set kebaya nyony anda dengan koleksi kerongsang di butik kami. Untuk maklumat lengkap tentang Izzlegacy Boutique dan juga lokasi butik, boleh lawat website rasmi butik kami di http://www.izzlegacy.com

Koleksi Kebaya Nyonya Biru


Koleksi Kebaya Nyonya Hijau


Koleksi Kebaya Nyonya Kuning


Koleksi Kebaya Nyonya Merah


Koleksi Kebaya Nyonya Pink / Merah Hati


Koleksi Kebaya Nyonya Hitam


Koleksi Kebaya Nyonya Oren


Koleksi Kebaya Nyonya Putih


Koleksi Kebaya Nyonya Ungu

Monday, March 10, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 2:36 PM
Pada hari ini, ramai yang berminat untuk memiliki sebuah perniagaan online. Ini kerana atas sebab harga barang yang selalu naik, petrol yang semakin mahal, mengurangkan bebanan kewangan dan menambah pendapatan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk mengupah seseorang untuk membangunkan sebuah website kedai online, anda perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi. Jadi, ini akan membantutkan niat dan impian anda untuk memiliki sebuah website kedai online. 

Salah sebuah perniagaan milik saya iaitu IzwanIzzati Ebiz Resources menganjurkan kursus membina laman web ecommerce dan kursus perniagaan online. Anda akan diajar bagaimana untuk membina sebuah website kedai online menggunakan enjin ecommerce yang sangat sistematik. Selain itu, anda akan diterangkan tentang cara-cara masukkan produk, membuat jualan, kupon diskaun dan promosi, cara-cara menguruskan tempahan, teknik-teknik pemasaran berkesan dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut tentang kursus ini, anda boleh lawat laman web kami di:

http://www.izwanizzati.biz/our-services/kursus-perniagaan-online-2013

Bagi yang ingin menambah pendapatan dengan membina website peribadi, korporat, syarikat dan sebagainya. Kami juga ada menganjurkan Kursus Bina Website yang akan menerangkan bagaimana untuk membangunkan sebuah laman web yang menarik dan mudah. Anda akan diterangkan langkah demi langkah tentang teknik-teknik membangunkan sebuah laman web. Selepas menghadiri kursus ini, anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web kepada sesiapa sahaja. Keuntungan boleh mencecah sehingga RM1,000 untuk sebuah laman web yang anda bangunkan. Bagaimana dan berapa keuntungan yang boleh anda raih didalam membangunkan laman web, kami akan kongsikan semasa kursus nanti. Hubungi kami untuk pendaftaran kursus dan keterangan lanjut. 

Kursus bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di Seri Kembangan, Selangor. Untuk kursus bina kedai online ecommerce, anda perlu mendaftar 3 hari lebih awal kerana kami akan membeli domain dan hosting sebelum anda menghadiri kursus. Ini kerana, setelah tamat kursus, anda boleh terus berniaga online kerana website kedai online anda sudah pun boleh dilihat di Internet. Harga untuk kursus  bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online sangat berpatutan dan anda pasti puas hati. Kami juga akan terus memberi sokongan kepada anda selepas tamat kursus. Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh sahaja menghubungi kami dan kami akan cuba tolong anda selesai masalah yang timbul. Jadi, dengan menghadiri kursus ini anda juga akan mendapat sokongan dari kami dari semasa ke semasa. 
Hubungi kami untuk pendaftaran kursus bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online. Miliki sebuah perniagaan online sekarang. Memang sangat menguntungkan dan akan dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan. Mengapa anda perlu menghadiri kursus yang kami anjurkan? Kerana kami juga Usahawan Online dan telah memulakan perniagaan online sejak tahun 2008 lagi. Sekarang ini, kami telah dikenali ramai dan produk kami sangat laris di pasaran. Anda juga boleh berjaya, yang penting kena bermula dari sekarang. Jumpa nanti ye.

Thursday, February 20, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 11:02 AM
Untuk sesebuah perniagaan, pemasaran memang sangat penting kerana tanpa pemasaran perniagaan anda pasti tidak akan dikenali dan ini akan memberikan kesan kepada jualan dan juga semangat untuk anda berniaga. Untuk perniagaan online milik saya iaitu Izzkebaya Collection, kami menggunakan pendekatan dengan menaja pakaian kepada pelakon utama untuk drama TV. Sebelum ini kami menaja kebaya nyonya untuk Izreen Azminda dalam drama episod berjudul "7 Suami" yang sedang ditayangkan di TV9 setiap hari Selasa dan Rabu jam 8.30 malam. Bagi yang belum pernah menonton, jemput layan drama nie ye. Memang menarik kisahnya. 

Untuk penajaan terbaru, kami masih menaja pakaian kepada Izreen Azminda sebagai pelakon utama dan juga kepada Dian P. Ramlee untuk drama yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 8 March 2014 ini yang bertajuk "Perjalanan". Kalau ada perubahan tajuk nanti kami update. Jemput la tengok nanti ye. Cantik-cantik pulak kebaya kami bila digayakan oleh Izreen. Kepada usahawan online, terutamanya yang menjual pakaian rebut la peluang jika ditawarkan untuk menaja pakaian untuk sesuatu drama atau filem. Boleh tumpang glemer. 

Untuk rekod, artikel mengenai perniagaan online menjual kebaya saya pernah disiarkan di Akhbar Kosmo dan Metro Ahad juga dalam majalah Dara.com. Selain itu, kami juga pernah mendapat slot dalam rancangan Safiyya yang ditayangkan di TV9. Untuk penajaan kebaya, kami pernah menaja Zamzarina untuk rancangan "Apa Kata Wanita" (TV1) juga Marsha Milan dan Syarifah Sakinah untuk photoshoot mempromosikan filem "Qada'" (sampai sekarang filem tu masih belum masuk pawagam).

Untuk menjamu mata dan online shopping koleksi kebaya yang menarik (kami mempunyai lebih 400 design kebaya dengan pelbagai pilihan warna), jemput lawat website kami di: www.izzkebaya.com dan juga boleh follow Instagram kami di http://instagram.com/izzkebaya

Jom tengok gambar-gambar kebaya yang dipakai didalam Drama "Perjalanan" nie:





Promo drama 7 Suami. Cantik tak kebaya hijau nie?

Tuesday, December 17, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 4:17 PM
Baru-baru ini, sehari sebelum Anugerah Skrin 2013 kami ada berjumpa dengan pelakon Izreen Azminda untuk perbincangan tentang tajaan baju kebaya nyonya yang akan dipakai oleh Izreen didalam drama terbaru 13 episod yang bakal ditayangkan di TV9 tak lama lagi bertajuk "7 Suami Nik Yah". Keesokkannya, Izreen menang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013. Tahniah Izreen Azminda. Semoga bertambah sukses di masa akan datang. 

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari dan ingin membeli baju kebaya nyonya, jemput lawat website kedai online kami Izzkebaya Collection di http://www.izzkebaya.com/. Terdapat lebih dari 400 design baju kebaya nyonya dengan pelbagai pilihan warna, corak, motif dan saiz. Saiz yang paling kecil adalah size S dan yang paling besar saiz XXXL. Baju yang jahit sendiri kebaya nyonya mengikut cutting dan ukuran badan, kami turut menjual kain kebaya yang belum dijahit baju. Rakan-rakan boleh membeli baju kebaya nyonya sahaja atau boleh juga membeli baju kebaya set lengkap dengan kain pario dan kerongsang. Harga yang kami jual sangat berpatutan dan lebih murah dari pasaran. Kebaya nyonya kami memang berkualiti tinggi dan sangat cantik. :-) ..sape lagi nak puji kan? kena la puji diri sendiri dulu. 

So, kat bawah nie gambar yang Izreen Azminda share di Instagram dan juga gambar kebaya nyonya yang digayakan oleh model kebaya kami. Beli jangan tak beli tau :-)








Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.