• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, March 17, 2017

Posted by FizwaN
1 comment | 1:01 AM
Untuk pengetahuan yang membaca entry nie, saya menjalankan perniagaan butik kebaya iaitu Izzlegacy Boutique (Izzkebaya) sejak dari tahun 2008 lagi. Sedar tak sedar dah masuk tahun ke sembilan dah. Oleh sebab dah nak masuk satu dekad berniaga butik kebaya ni, macam-macam pengalaman baik dan buruk dah ditempuhi. Berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mempromosi dan memasarkan produk kebaya keluaran butik saya. Salah satunya adalah dengan sponsor artis dekat Malaysia ni untuk dipakai didalam penggambaran drama, telefilem, filem, pengacaraan, pementasan teater dan sebagainya. Dengan balasan, artis perlu post gambarnya memakai kebaya dari butik saya dan tag butik saya di Instagram dan Facebook. Selain itu, untuk drama, telefilem, filem dan sebagainya perlu meletakkan logo butik saya di bahagian senarai penaja. Dengan itu, sekurang-kurangnya butik saya akan lebih dikenali. Persoalannya, berbaloi ke sponsor artis nie? 

Bila di soal berbaloi ke sponsor artis ni, saya akan jawab ikut nasib. Ada artis yang di sponsor bila dia pakai kebaya dan tag gambar di Instagram, dalam sehari beribu follower baru yang akan follow Instagram butik saya iaitu @izzlegacy_boutique dan @izzkebaya. Memang berbaloi-baloi. Tapi, ada juga artis yang pakai dan pos gambar di IG tak sampai 10 follower baru pun yang follow instagram butik. Dari situ boleh dilihat pengaruh seseorang artis tu. Jadi, bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan butik, jangan teruja sangat bila ada pengurus artis atau produksi drama yang call minta sponsor ya. Selidik dulu pengaruh artis tu. Tengok IG dia. Tengok berapa ribu like dia akan dapat setiap kali post gambar. 

Sepanjang pengalaman saya, tak ramai artis yang akan direct contact kita untuk minta sponsor. Selalunya PA artis tu, atau wakil wardrobe  atau wakil dari produksi drama yang akan call dan collect pakaian yang dia minta sponsor tu. Memang masalah untuk pastikan artis akan tag IG or FB sebab bukan direct deal dengan mereka. So, penting untuk buat surat perjanjian tajaan. Tulis dalam surat semua pihak yang terlibat perlu kredit logo dan nama butik setiap kali menggunakan produk kita. Seperti biasa, masa nak mintak sponsor tu bukan main manis lagi mulut dan bukan main baik lagi perwatakan supaya kita yakin bahawa tajaan kita ni berbaloi. Tapi, lepas pakai jenuh juga la nak ingatkan supaya tag dan kredit butik. Ramai juga yang dah kena blacklist dengan butik saya. Lepas ni nak mintak sponsor memang harap maaf. Sebab bila tak dihargai memang tak berbaloi nak sponsor dan berbuat baik dengan manusia macam tu. 

Ada juga artis yang pos gambar tidak di akaun instagram utamanya tetapi meminta atau menggunakan akaun fan club dia je. Dah la baju orang sponsor, lepas tu guna akaun fan club je pulak tu. Industri hiburan dekat Malaysia ni memang macam tu agaknya. Dah glemer sikit, lupa diri. Ada juga artis yang pakai baju kebaya yang ditaja oleh butik saya sampai 6 helai. Lepas tu ada satu pos je gambar dekat IG tag akaun IG butik saya. Lepas tu, telefilem ntah apa tajuknya. Tak bagitau pun bila ditayangkan. Lepas tu, xde tulis pun siapa yang taja baju kebaya. Lepas tu, pulang balik siap tak basuh lagi. Punya la busuk bau ketiak. Satu keje pulak nak hantar dobi. Huhuhu. Macammana la industri hiburan kat Malaysia ni nak maju. Sikap orang2 dalam industri ni yang melingkupkan industri. Kalau rasa tak kredit, tak reti nak hargai penaja, kenapa perlu minta sponsor. Beli je la kan?

Ada 3 telemovie yang dapat detect tak senaraikan butik saya dalam senarai penaja walaupun saya sponsor lebih dari 5 set kebaya nyonya. Yang lain yang saya terlepas pandang atau x berkesempatan nak tonton dan tunggu sehingga bahagian penaja tu, kalau ada yang tak credit dan tak senaraikan butik saya dalam senarai penaja, memang tak dihalalkan. Tiga telemovie dan drama yang dapat saya kesan tak credit tu adalah Telefilem bertajuk "Dari Kerana Mata" #darikeranamata, telefilem raya bertajuk "Madam Nona Pokok Sena" #madamnonapokoksena dan yang terbaru drama bersiri "Namaku Bedah" #namakubedah. Memang saya tidak halalkan dunia akhirat. Silalah menjawab nanti sumber rezeki yang menganiaya orang lain dan tidak menepati perjanjian tajaan. Susah sangat ke nak letakkan logo butik saya macam kat bawah ni dibahagian penaja?

Oleh kerana sikap segelintir artis, penerbit, produksi dan wardrobe yang tidak bertanggungjawab dan tak tau nak menghargai penaja, selepas ini butik saya menutup terus peluang untuk sesiapa yang ingin meminta tajaan kebaya nyonya untuk apa juga tujuan dalam industri hiburan. Mungkin ada yang cakap, ramai lagi yang boleh sponsor. Ok, no problem. Sila cari penaja lain yang sanggup nak menaja. Tak ramai pun kat Malaysia ni yang jual set lengkap baju kebaya nyonya. Kebanyakkannya jual baju kebaya sahaja. Itu pun x banyak dalam koleksi. Untuk butik saya, terdapat lebih kurang 3,000 pilihan corak sulaman, boleh customemade, ready stock ada dekat 1000 helai di butik. Ada 10 pilihan saiz (XS - 6XL). Empat pilihan kain (kain batik selisih, kain kipas depan, kain pareo satin dan kain pareo songket). Aksesori pun ada banyak. Dokoh, kerongsang, tali pinggang besi, cucuk sanggul, sanggul lintang, payung kertas dan sebagainya ada dijual di butik saya. Tu sebab kot ramai yang hubungi saya untuk minta sponsor artis. Kebaya budak pun ada banyak. Dari saiz 1 tahun sampai la 12 tahun. Jadi, industri hiburan malaysia dah kehilangan satu penaja. Mungkin xde kesan pun. Tapi, dari satu lah yang akan meningkat hingga 10, hingga 100 dan hingga 1000 kalau ramai yang terkena macam saya ni. Kalau cakap tak beri kesan, tunggulah satu hari nanti bila tiada siapa lagi yang sudi nak menyokong dan menaja. Masa tu nak menyesal pun dah takde guna. Dah memang perangai orang glamer macam tu kot.Terima je la k. So, untuk mengakhiri entry ni, saya glamerkan lagi telemovie dan drama yang tak senaraikan butik saya sebagai penaja dan sekurang-kurangnya kalau ada yang mencari siapa yang menaja baju kebaya untuk cerita tu boleh tau dari entry ni kan?Banyak lagi nak bebel sebenarnya sebab kecewa dan sakit hati. Kebaya sesiapa diluar sana yang menjalankan perniagaan butik atau yang selalu menerima pelawaan untuk tajaan artis, fikirlah masak-masak ya. Rugi dan buang masa je nanti. 

Rasanya 8 helai kebaya saya sponsor untuk telemovie #darikeranamata ni. Tapi, haram dia nak tulis nama butik saya dalam senarai penaja.

Rasanya 8 helai juga kebaya saya sponsor untuk telemovie #madamnonapokoksena ni. Baju kebaya dengan payung dekat poster pun dari butik saya. Tapi, haram juga tak di senaraikan butik saya dalam senarai penaja.

Ini yang paling latest.drama #namakubedah 4 set kebaya nyonya dan kain batik selisih dengan 2 helai kebaya nyonya plus size. Banyak kali dah ingatkan tentang logo, last2 haram juga nak dimasukkan logo butik saya dalam senarai penaja. Susah sangat ke pun. Kalau rasa dah banyak duit dan tak tau hargai penaja, sila beli dan jangan minta sponsor ya.


1 comment:

  1. Alahai kesiannya adat berniaga Kan tapi mmg xpatutlah diorg buat mcm tu

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.