• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, February 28, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 6:26 PM
Baru-baru nie ada seorang sahabat yang datang jumpa dengan sy sbb nak mintak ajar develop sebuah website untuk perkhidmatan kereta sewa. Website yang ada booking system, blog, gallery dan sebagainya. Kalau sy develop kos agak mahal, so dia try buat sendiri dulu. Sapa-sapa nak develop website boleh contact sy di talian 012-6907705 ye. Iklan jap. Ok, berbalik kepada perkhidmatan kereta sewa nie, banyak jugak pengalaman sewa kereta nie sbb sebelum nie kerja banyak travel tengok site & meeting, so sampai je airport memang kena cari perkhidmatan kereta sewa untuk memudahkan pergerakan di tempat orang.

Banyak jugak tempat dah pernah guna perkhidmatan kereta sewa nie seperti di Miri, Sarawak, Kuching, Sarawak, Kota Bahru, Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu, Pulau Langkawi, Kedah, Kota Kinabalu, Sabah, Johor Bahru, Pulau Pinang, Rawang dan banyak lagi la tempat. Ok, bila sewa kereta nie kita memang tak tau pun condition kereta yang kita sewa tu macammana kan? Bila tanya dengan jurujual, semuanya cakap ok xde masalah. Surat perjanjian sewa kereta pun dia punya terms & conditions punya la halus nak baca. Pulak tu kebanyakkan syarikat kereta sewa ni tak terangkan pun syarat-syarat sepenuhnya. Ada la dua tiga syarat yang dia akan cakap. Tapi tengok pada tulisan yang halus kat borang sewa kereta tu mcm panjang berjela jugak syaratnya. Jadi, sebelum nak sewa kereta tu tengok dulu kereta yang nak disewa tu sebab selalunya lepas sain surat perjanjian dan bayar deposit baru jurujual akan tunjukkan kereta kan? 

Pernah sekali sewa kereta dekat Miri, Sarawak. Sampai flight malam, so bila sewa kereta tak nampak sangat condition kereta tu. Esoknya pagi ada meeting, so..terus je bawak kereta sewa tu ke tempat meeting. Abis meeting baru la sempat nak belek-belek kereta sewa tu. Tengok tayar belakang dah botak. Call tanya pada syarikat kereta sewa tu cakap nak tukar kereta katanya kena tunggu petang sebab kereta untuk rate yang saya sewa tu semua dah ada orang sewa. Kalau nak tukar, kena tambah duit untuk tukar dengan kereta yang lebih mahal. So, oleh sebab tak nak tambah duit dan petang tu dah nak balik KL, guna jugak la kereta tu. Malang tak berbau, tengah pusing dekat salah satu roundabout dekat Miri tu, Miri ada banyak roundabout, tiba-tiba je tayar meletup dan kereta berpusing sbb masa tu tgh hujan renyai-renyai. Nasib baik tengah bawak slow je sbb tengah mood santai. Kalau tengah rushing nak kejar meeting tu jawabnya dah masuk longkang dah. Bila call syarikat kereta sewa tu cakap tayar meletup, dia suruh tukar sendiri sbb katanya ada dalam kontrak tulis kalau kereta rosak, accident or apa-apa yang jadi penyewa kena tanggung sendiri. So, tukar la tayar sendiri di bawak rintikan hujan renyai. Huhuhu. Ptgnya bila pulangkan balik kereta siap kena syarikat tu mintak bayar ganti rugi RM150 untuk tayar yang meletup tu. Hello, dah la tayar botak & tayar lain pun nampak macam pakai tayar celup je lepas tu nak mintak ganti rugi mcm boleh beli tayar Michelin (tahun 2010 masa tu, tayar Michelin harga RM165 boleh dapat lagi). Argue punya argue, lepas tu dah nak kena masuk departure hall dah, kena la jugak bayar RM100. Tp, dalam hati memang tak abis menyumpah seranah. Jadi, kawan-kawan berhati-hati dengan perkhidmatan kereta sewa nie k. Takut jadi perkara yang sama. Kepada pemilik syarikat kereta sewa yang baca entry nie, kalau situasi nie terjadi kepada pelanggan anda, macam mana nak settle ye? 

Ok, pengalaman lain bila sewa kereta nie, kena tanya macam mana nak bukak tank minyak untuk isi minyak sebab lain kereta lain butang dan tempat tariknya. Pernah sekali dah sampai stesen minyak tak jumpa kat mana nak bukak tank tempat tank minyak. Call tanya syarikat kereta sewa tu, katanya sebelum ni kabel putus, so kalau nak isi minyak kena cungkil dengan screw driver. Ok, masa nak sewa kereta tadi takde pulak cakap kalau nak isi minyak kena guna screw driver. Satu lagi pengalaman, rasanya dekat Kota Bharu, masa pulangkan kereta dia boleh cek level minyak. Katanya masa hari sewa kereta dia bagi full tank so, kena pulangkan full tank jugak. Masa sy pulangkan kereta tu minyak 3/4 level so katanya kena bayar RM30. Kereta BLM je takkan setakuk sampai RM30. Huhuhu...So, sila ambil gambar level minyak masa ambil kereta sewa ye. Nanti tak pasal-pasal, masa ambil kereta minyak half tank masa pulang syarikat kereta sewa tu ckp full tank dan mintak kita bayar pulak. 

Satu lagi pengalaman, masa sewa kereta dekat Langkawi. Sebelum sewa tak cakap apa-apa tapi bila dah sain dan bayar deposit dia cakap kalau polis tahan jangan cakap kereta nie kereta sewa tapi cakap pinjam dengan kawan. Kenapa begitu pulak? Kang polis tanya detail kawan tinggal kat mana, or apa no telefon kawan kan ke naya dibuatnya. Silap2 kena tahan sebab dakwaan curi kereta or pandu kereta curi pulak. Banyak jugak pengalaman lain, lupa dah. Tapi, ada jugak syarikat kereta sewa yang berikan servis tip top. Kepada syarikat yang jujur, amanah dan berintegriti tu semoga sukses selalu. Pengalaman terbaik tak perlu share sebab tak memudaratkan pengguna lain kan? Pengalaman buruk nie yang kena kongsikan agar pengguna lain lebih berwaspada. Kalau sewa kereta, masa terima kereta tu cek minyak dulu, lampu semua menyala tak, aircond berfungsi tak, wiper berfungsi tak, nanti hujan tak hidup pulak wiper dah tak nampak jalan. Bahaya. Cek signal ok tak, hon ok tak, brek dan hand brek ok tak dan macam-macam lagi yang kalau tak berfungsi boleh membahayakan nyawa kita dan keluarga. Kalau kereta kita sendiri dah tak rosak dekat mana dan dah tau macam mana nak atasi masalah tu. Kalau kereta sewa yang buat panik dan membahayakan diri tu. So, jangan ambik ringan dan ambik mudah dengan kereta sewa ya. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.