• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, March 3, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 2:35 AM
Minggu nie adalah minggu yang sangat menakutkan, mendebarkan, menceriakan dan menyedihkan para pelajar yang mengambil keputusan SPM dan STPM. Kepada yang dapat keputusan cemerlang tu saya ucapkan tahniah dan selamat meneruskan pengajian ke menara gading. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan sedih-sedih ya. Kerana Allah punya perencanaan yang lain untuk korang. Jangan sedih bila kawan-kawan sambung belajar tapi korang tidak. Teruskan hidup, teruskan perjuangan ya. Belajar tinggi-tinggi sampai ke Ijazah pun belum tentu akan berjaya dalam alam pekerjaan. Kenapa abg cakap macam tu? Ok, baca entry nie sampai abis k. 

Sebelum tu, just nak bagitau abg ada Ijazah Kepujian Kejuruteraan Awam. Graduate tahun 2004. Lama dah, 11 tahun yang lepas. Masa graduate, umur 23 tahun. Graduate hujung tahun 2004, menganggur beberapa bulan, bulan 3 baru dapat kerja. Umur 24 tahun. Masa tu gaji pertama sebagai Engineer, RM1,200 je. Murah kan? Skrg nie rasanya fresh graduate gaji pertama RM1,800 ++. Ok, Umur 24 baru dapat mula kerja. Result SPM terima masa umur 18 tahun kan? Dua tahun matrikulasi + 4 tahun ijazah. Jadi 6 tahun belajar. Start kerja gaji RM1,200 je. Tiga bulan lepas confirm gaji naik RM1,500. Ok, katakan korang tak dapat result cemerlang dan tak dapat sambung belajar takpe. Better sambung belajar dalam bidang kemahiran. Rasanya 2 tahun dah boleh start kerja. Ataupun terus cari kerja. Kerja rajin-rajin. Mahirkan diri tentang bidang anda. Jangan malas.Tak pandai jawab kertas soalan SPM belum tentu tak pandai buat kerja. Tak boleh jawab kertas soalan sebab mungkin korang malas nak baca buku. Tapi, mungkin kerja yang korang pilih memang minat korang sejak azali lagi. So, mahirkan diri. Belajar semua aspek tentang kerja korang tu. Lepas 4 tahun, insyallah gaji korang lebih kurang sama atau lebih banyak dari fresh graduate dari kolej atau universiti. Profesional x boleh claim overtime walaupun kerja lebih masa, tapi korang boleh. So, gaji sape lebih banyak. Masa diaorang fresh graduate, baru start kerja silap-silap korang yang kena ajar diorang tentang kerja. Walaupun diorang engineer, korang technician je. Tapi, korang ada pengalaman 4 tahun tapi diorg kosong. Umur sama je. Lima tahun kemudian, engineer pengalaman 5 thn, gaji baru cecah RM3,000 barangkali. Korang dah ada pengalaman 9 thn. Memang dah sangat mahir dah ttg selok belok kerja. Ada duit lebih, buka syarikat sendiri. Sepanjang 9 tahun, mesti korang ada ramai contact dah. Mesti semua kerja seperti cari barang mentah, berurusan dengan pekerja dan sebagainya korang yang kena buat sepanjang 9 tahun nie. Sbb engineer ni mesti malas nak buat kerja-kerja remeh. Engineer la katakan. So, buka syarikat sendiri, dapat kerja-kerja kecik dulu sebelum kerja ratus-ratus ribu ringgit. Silap-silap, kawan korang yg sebaya dengan korang, yg berbangga sebab dapat masuk universiti, ada ijazah, perkecil dan perlekeh korang pada hari nie sbb dpt result teruk apply kerja dgn korang nanti.

So, jangan bersedih ya. Teruskan perjuangan. Harus diingat, kawan korang yang sambung belajar tu, graduate je hutang PTPTN RM20,000++ dah perlu ditanggung. Gaji dah kena bayar PTPTN. Tapi, korang xperlu bayar PTPTN. Sape lagi banyak duit. Belajar tinggi-tinggi sampai ijazah atau gagal SPM / STPM? Hehehe.. Abg pun kerja full time engineer sampai tahun 2010 je. Lepas tu buat bisnes sendiri. Bukan bukan syarikat kontraktor atau consultant tapi bukak butik kebaya nyonya dan bukak syarikat web design. Lebih banyak income, lebih banyak masa dengan anak isteri, tak pening kepala kena marah dengan bos, tak perlu nak tido awal sebab pagi kena mengadap jem, nak kejar punch card bagai. Xde kena mengena pun dengan ijazah yang belajar selama 6 thn termasuk matrikulasi. Tu sebab abg cakap adik-adik jangan bersedih sebab dapat result kurang cemerlang kerana masa hadapan kita tak tau lagi apa perencanaan Allah yang sudah tertulis untuk kita. Semoga berjaya dalam hidup k. Jangan sedih-sedih dan sentiasa positif dalam hidup k. Support butik abg dengan lawat website nie ye: http://www.izzlegacy.biz. Jangan lupa Like Facebook Page dan follow instagram ye.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.