• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, January 2, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 9:07 PM
Pastinya ramai yang membuat entry Selamat Tahun Baru 2015 kan? Sekejap je rasa berada ditahun 2014, sekarang dah pun berada di tahun baru 2015. Makin cepat masa berlalu sekarang ni kan?Nanti sikit lagi pejam celik pejam celik dah pun tengah tahun. Memang masa sangat cepat berlalu. Mungkin tanda kiamat dah makin dekat kot. Dulu masa kecik-kecik, punyalah lama nak tunggu petang pun punya la lama. Tu belum sampai malam lagi. Bezanya 20 tahun lalu dengan sekarang. 

Tahun 2014 memang banyak yang berlaku dalam hidup dan juga banyak peristiwa yang berlaku dalam negara. Sejarah 2014 banjir besar yang sangat teruk berlaku. Sejarah 2014 juga 3 buah kapal terbang penumpang milik Malaysia menemui kecelakaan. Memang satu sejarah dunia dan buatkan nama Malaysia dikenali di seluruh dunia. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. 

Untuk tahun 2015 nie, banyak target yang bermain-main dalam kepala nie. Tapi, kena settlekan satu per satu. Butik saya pun kena buat pemasaran dan pengiklanan dengan lebih menyeluruh. Insyallah kalau sales menggalakkan, tahun 2015 nie boleh bukak butik yang kedua. Rakan-rakan yang melawat blog saya nie, kalau tinggal berdekatan dengan Seri Kembangan, jemput-jemput la singgah butik saya yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Belakang dengan Giant Seri Kembangan je. Ada banyak produk menarik ada dijual di butik saya. Butik saya merupakan sebuah vendor butik dimana terdapat lebih dari 30 vendor yang menjual produk mereka di butik saya. Jadi, memang tak rugi kalau singgah sebab macam-macam produk ada disini. Boleh juga lawat website kedai online butik saya di http://www.izzlegacy.biz

Untuk blog saya nie pulak, antara entry yang mendapat kunjungan yang paling ramai adalah entry-entry berikut: 
  1. Pengalaman Tampal Gigi dan Tempah Gigi Palsu di Klinik Swasta
  2. Kadar Kos Bersalin di Hospital Kerajaan
  3. Pengalaman Cabut Gigi Geraham di Klinik Kerajaan
  4. Koleksi Terbaru Baju Kebaya Nyonya
  5. Pengalaman Di Serang Sesak Nafas
  6. Perniagaan Butik Berkonsepkan Vendor Pelbagai
  7. Berhati-Hati Dengan Taktik Kotor Lori Sewa
 InsyaAllah, tahun 2015 nie akan tulis lebih banyak entry yang bermanfaat dan berinformasi.

Untuk hidup peribadi pulak, tahun 2015 nie juga sedang menanti kelahiran cahayamata yang kedua. Kalau ikutkan kiraan doktor, insyaAllah bulan Ogos nanti lahirlah seorang lagi zuriat kurniaan Ilahi. Doakan segalanya berjalan lancar dan baby yang dilahirkan sihat tubuh badan ya. Terima kasih.

Semoga semua yang kita azamkan, yang kita impikan dan yang kita rancang dapat dicapai dan hidup lebih ceria, gembira dan lebih bermakna bersama-sama insan-insan tercinta.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.