• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, January 14, 2015

Posted by FizwaN
2 comments | 1:47 AM
Minggu nie ramai yang bercakap tentang BRIM kan? Sape yang dah dapat?Siang tadi dengar kat Radio, menteri Ahmad Maslan cakap hentikan sebaran mesej palsu yang katakan duit BRIM 4.0 dah masuk dalam akaun bank. Semua duit BRIM 4.0 hanya akan diagihkan selepas 15 Januari 2015. Tapi, tadi cek akaun Maybank, dah ade la pulak masuk duit BRIM 4.0 kelmarin 12 Januari 2105. Tapi, masuk RM300 je. Kira betul la jugak yang cakap duit BRIM 4.0 dah masuk. Menteri yang kurang alert. 

Kenapa masuk RM300 je? Mesti ramai yang tak tau dan tertanya-tanya kan?  Kenapa tahun nie BRIM dapat sikit je? Rupanya tahun nie untuk BRIM 4.0 pembayaran adalah sebanyak 3 kali iaitu bulan Januari RM300, May RM300 dan September RM350. Total, untuk BRIM 4.0 adalah sebanyak RM950 untuk sesiapa yang pendapatan isi rumah di bawah RM3000. Untuk pendapatan melebihi RM3000 pulak, akan terima BRIM ansuran RM200, RM200 dan RM350. Total RM750. Manakala, untuk individu bujang umur 21 tahun ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan pula akan terima BRIM 4.0 RM350 sekaligus bulan Januari 2015 nie. So, bulan nie ramai la yang dapat duit tambahan kan? Gunakanlah duit bantuan kerajaan nie untuk perkara yang berfaedah ye. Jangan gi enjoy pulak. Sehari dah abis.

Kadar bayaran BRIM 4.0 2105
Masuk tahun nie, dah 4 tahun terima BRIM kalau tak silap dan kalau diikutkan 4.0 tu maksudnya dah 4 tahun la kan? Ramai juga yang mempertikaikan pemberian BRIM nie dan ada juga yang mempersoalkan kerevelan pemberian duit bantun rakyat satu Malaysia nie. Kepada yang amat memerlukan, pasti akan sangat bersyukur dengan pemberian ini. Jadi, selagi kerajaan nak beri walau apa pun fahaman politik, terima aje la. Ini tidak, bagi pun banyak complain, tak bagi pun banyak complain jugak kan? Cuba sekali sekala tu bersyukur dengan sesuatu pemberian dan rezeki yang diterima. Pasti hidup lebih bermakna kan? Sape yang kasi sini terima BRIM tahun nie? Korang buat ape dengan duit BRIM tu? Sy ingat nak buat tambah duit renew roadtax kereta. Bulan nie memang banyak nak guna duit. Syukurlah duit BRIM nie dapat membantu kurangkan sikit beban. Ok. Jumpa lagi. 


2 comments:

  1. Sy bujang xdpt pun RM350..dpt RM100 jr ni..knp ye

    ReplyDelete
  2. Thanks for taking this opportunity to discuss this, I feel fervently about this and I like learning about this subject. If possible, as you gain information, please update this blog with more information. I have found it really useful. semakan status br1m 2016

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.