• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, February 25, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 5:08 PM
Sebelum ini saya ada tulis satu entry yang bertajuk "Berhati-hati dengan Taktik Kotor Lori Sewa" dan mendapat banyak feedback dari pengguna dan juga dari syarikat-syarikat perkhidmatan lori sewa. Memang tak semua yang menipu macam tu tapi oleh sebab segelintir syarikat yang buat begitu menyebabkan masyarakat memandang serong pada perkhidmatan lori sewa nie. Entry kali ini saya nak rekomen perkhidmatan lori sewa yang boleh dipercayai dan memberikan perkhidmatan yang terbaik iaitu dari laman web www.thelorry.com yang dimiliki oleh syarikat The Lorry Online Sdn Bhd

Sekarang nie kalau nak sewa lori untuk berpindah, boleh booking online je. Memang mudah dan banyak testimoni pengguna yang memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan dari thelorry.com nie. Kalau sebelum nie, nak cari lori sewa akan call banyak nombor untuk dapatkan sebut harga dan kadar sewa lori tapi dengan thelorry.com, anda boleh terus dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat-syarikat lori dalam masa 30 saat. Memang sangat membantu dan memudahkan anda kan? The Lorry mengambil syarikat-syarikat lori yang berpengalaman dan mempunyai reputasi yang bagus sebagai rakan kongsi untuk memastikan barang-barang anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jadi tak perlu bimbang barang rosak atau tak sampai. Lepas ni kalau nak cari lori sewa, boleh lawat website nie ye:


Apa yang penting untuk mendapatkan perkhidmatan lori sewa adalah harga telah ditetapkan dan tidak akan ada charge tambahan bila barang dah masuk dalam lori atau masa nak turun dari lori. Dari pengalaman saya sebelum ni, kalau anda baca dalam entry "Berhati-hati dengan Taktik Kotor Lori Sewa" tu memang sangat menyakitkan hati kan? Dengan The Lorry, harga yang dipilih oleh anda adalah harga yang akan dibayar pada hari perpindahan. Caj lebihan hanya akan dikenakan sekiranya barangan tidak muat untuk lori yang ditempah dan lori perlu membuat perjalanan kedua. Jadi tak akan terjadi penipuan dan juga ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan lori sewa nie. Jadi, kepada sesiapa yang nak berpindah, boleh la mencuba perkhidmatan lori sewa dengan thelorry.com nie. Pasti anda akan berpuas hati. Bila dah puas hati, rekomen la dengan kawan-kawan yang lain ye. Sekarang nie dunia IT, jadi sewa lori pun boleh buat secara online. Lebih mudah dan lebih jimat. Rasanya thelorry.com sahaja yang sediakan perkhidmatan sewa lori online sebab belum jumpa lagi website lain yang boleh sewa lori secara online. Anda juga boleh LIKE facebook page The Lorry untuk melihat perkhidmatan yang disediakan, gambar-gambar, info dan update terkini, special offer dan sebagainya. Berikut adalah link facebook page The Lorry:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.