Thursday, November 21, 2013
Posted by FizwaN
5 comments | 11:09 AM
Bagi yang baru pertama kali akan bergelar ibu dan ayah tak lama lagi pasti akan berkira-kira samada nak bersalin di hospital swasta ataupun bersalin di hospital kerajaan. Pastinya inginkan yang terbaik. Bagi yang berkemampuan, pasti akan memilih untuk bersalin di hospital swasta.
Maklumlah akan mendapat tumpuan yang lebih dari doktor dan jururawat,
persekitaran yang tenang, bakal ayah boleh menemani isterinya di dalam
bilik yang dibayar khas. Selalunya hospital swasta ada menawarkan pakej
seperti 3hari 2malam, bilik suite, standard, deluxe dan sebagainya. Dah
macam hotel pulak. So, bakal ayah boleh tidur menemani isteri di dalam
bilik yang sama. Terdapat pelbagai lagi kelebihan bersalin di hospital swasta, cuma yang tak sanggupnye bila sampai bil. Pasti mencecah ribuan ringgit.
Kalau bersalin normal pun, modal dalam RM2,500 kurang lebih. Kalau ada
komplikasi, kena masuk balloon, kena masuk ubat, kena cucuk tulang
belakang dan pembedahan ada yang mencecah hingga RM12,000. Owh, memang
menakutkan.
Oleh tu, bagi yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat cermat eloklah mendaftar untuk bersalin di hospital kerajaan. Ini kerana kosnya sangat murah.
Cuma kalau hospital kerajaan, wad berkongsi dengan orang lain. Suasana
wad yang bising dan agak sesak. Bakal ayah juga boleh menemani isteri
pada waktu melawat hospital kerajaan iaitu dari jam 12.00pm - 2pm dan
dari 5pm - 7pm. Tapi, waktu lain boleh juga masuk sekejap-sekejap tengok
keadaan isteri atau untuk menghantar makanan kepada isteri. Suasana di
bilik bersalin pun ada banyak bilik bersebelahan. So, sambil tunggu
bukaan 10cm tu memang akan dengar jeritan ibu-ibu yang nak bersalin
sana-sini di bilik-bilik sebelah.
Daripada pengalaman menemani isteri bersalin di hospital kerajaan, boleh disimpulkan bahawa bersalin di hospital kerajaan
xdela seteruk mana pun macam digembar-gemburkan. Doktor semua ok,
jururawat pun baik-baik. Cuma x boleh nak pilih doktor, kalau doktor
lelaki yang periksa pasrah je la. Selain tu, sementara nak tunggu isteri
bersalin boleh jugak kenal dengan ramai kenalan baru yang sama-sama
menanti di ruang menunggu dewan bersalin. So, berapa ye cas bersalin dan
wad di hospital kerajaan. Di hospital kerajaan,
dibahagikan kepada 3 kelas iaitu kelas pertama, kelas kedua dan juga
kelas ketiga. Tapi, untuk default akan dimasukkan ke wad kelas tiga
terlebih dahulu, kalau ade request baru akan dipindahkan ke wad kelas
dua atau wad kelas pertama. Kos untuk bersalin normal RM10 je, beberapa jam lepas bersalin dah boleh balik rumah. Untuk kos pembedahan caesarean, RM100 je. Kos cas wad harian hanya RM3 sehari.
Untuk kes isteri sy bersalin hujung bulan lepas, duduk kat wad 6 hari, bersalin secara pembedahan caesarean,
sebelum tu setiap beberapa jam doktor akan periksa dan scan baby
sekali, sehari sebelum doktor masukkan ubat Prostin dan kemudian
masukkan balloon untuk mempercepatkan bukaan. Jumlah keseluruhan yang
perlu dibayar hanyalah sebanyak RM140 sahaja. Sangat-sangat jauh bezanya
dengan bersalin di hospital swasta. Berikut adalah pecahan kos wad dan juga kos bersalin di hospital kerajaan untuk rujukan rakan-rakan semua.
Note: Post asal bertarikh 14 Nov 2012. Re-post semula kerana kehilangan kesemua blog post.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bsalin hosp kerajaan ni org kata atas nasib,,ada yg ok..best je..
ReplyDeleteByk improvement dr segi layanan staff & Doktor.. keep it up!
ReplyDeleteSaya nak Tanya. Kerajaan nak menaikkan harga sebanyak 50% tu da dikuat kuasa ke? Berapa kos pembayaran terbaru bersalin normal ? Dan kos pembayaran untuk klas 1 dan 2? Dan kalau klas satu balik seorang, suami boleh teman semasa didalam wad? Terima kasih
ReplyDeleteRasanya sy x de masalah bersalin d hsptl kerajaan.. skrg layanan mereka sgt update..mesra & baik pny..tu lau staff nurse y muda2 lerr hehehe.
ReplyDeletehospital kerajaan di Pekan utk wad bersalin n kanak2 memang terbaik.. layanan umpama private...
ReplyDelete