Disaat
seorang ibu mengandung terutamanya jika kandungan itu adalah kandungan
pertamanya, pastinya teruja dalam menanti kelahiran anak yang
dikandungnya. Sekarang nie, tatkala kandungan dah berusia 34 bulan kita
boleh buat scan 4D untuk tengok rupa baby kat dalam perut. Pada usia kandungan 36 bulan, kami telah pergi ke Klinik Jameaton, Seri Kembangan untuk melakukan Baby Scan 4D.
Kalau sebelum-sebelum nie, tiap-tiap bulan scan tu scan 2D je. Kata
doktor, kalau dah 36 bulan kadang-kadang susah nak tengok muka baby sbb
maybe dia dah turun ke bawah tapi takpe try dulu. Kos untuk melakukan scan 4D adalah sebanyak RM100 sahaja.
Pengalaman melakukan baby scan 4D memang sangat mengujakan. Ini kerana kita boleh tengok baby bergerak-gerak kat dalam perut dah yang paling mengujakan bila boleh tengok muka baby. Muka ikut papa ke ikut mama. Untuk baby kami, masa baby scan 4D
aritu memang boleh dikatakan semuanya ikut muka mama dia. Hidung dengan
mulut memang sebijik. Bila kami semua ketawa, baby kat dalam perut pun
turut tersenyum di skrin komputer. Bertambahlah keterujaannya. Daripada hasil baby scan 4D tu, apa yang sy boleh cakap kat wife "Comel baby kita nie"..hehehe.
So, bila dah dilahirkan..alhamdulillah memang comel pun. Setuju tak?
Kat bawah nie gambar lepas baby dilahirkan dan juga gambar masa baby scan 4D tempoh hari. Lebih kurang sama kan?
 |
Hidung sebijik macam mama. |
 |
Baby malu. Asyik nak tutup muka je. Kena pujuk baru ubah tangan. Hehehe..terujanya la kan? |
 |
Samakan gambar nie dengan gambar kat bawah. Memang baby scan 4D nie boleh dipercayai. |
 |
Anak papa yang comel. Chinese look kan?hehehe...
|
Jom tengok video penuh scan 4D. Bakal-bakal ibu dan bapa, elok cuba sekali. Memang menarik.
Nota: Entry asal pada 15 Nov 2012. Oleh kerana kesemua entry blog hilang, jadi re-post semula.
0 comments:
Post a Comment