• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, December 13, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 1:40 AM
Bulan ni genap dah 10 tahun bersama dengan Gen2 kesayangan dan oleh sebab dah 10 tahun mula la macam-macam hal terjadi. Tahun ni je dah 3 kali tukar altenator. Harga skali tukar dalam RM450. Last-last guna altenator kedai potong. Setakat ni keadaan dah semakin pulih. Kalau ada yang tak tau altenator tu apa, altenator tu berfungsi untuk mengecas bateri kereta. Bila altenator rosak, bateri pun akan rosak. Bila bateri rosak, kereta tak boleh start. Jadi, kena la naik lori towing. Nasib baik saya guna insuran etiqa. Free towing. Unlimited pulak tu. Sesuai la dengan keadaan kereta yang dah makin tua ni.

Setahun setengah yang lepas, dah pernah terjadi bonet belakang kereta Gen2 saya ni tak boleh tutup sebab join yang mengikat bonet belakang tu terkoyak. Dah hantar tampal. Kali ni terkoyak balik. Harap-harap tampal kali ni boleh tahan lama sebab dah tampal dengan plat besi sekali. Bagi yang mengadapi masalah yang sama, jangan panik bila join yang mengikat bonet kereta terkoyak sebab masih boleh tampal. Kalau nak tukar baru, rasanya lebih dari RM1,000. Sebab cermin belakang je harga dah lebih dari RM500. Kalau nak nak cari dekat kedai potong takut tak muat pulak bila nak pasang nanti.

Kalau ada sape2 yang mengalami masalah yang sama, boleh pergi ke kedai ketuk kereta. Boleh mintak tolong pomen tolong pateri. Kos nak repair RM120 je. Boleh la jimat selagi boleh repair. Tapi tak boleh nak pateri kuat sangat sebab plate yang mengikat join bonet belakang tu nipis je. Lepas tu, ada cermin pulak tu. Pateri kuat sangat, pecah pulak nanti cermin tu. Nak save bajet, kena pulak ganti cermin. Sebabnya pateri tu panas, kaca pun boleh lebur. Mungkin sebab tu, bekas pateri setahun setengah yang lepas terkoyak balik.

Bagi yang tak paham dan belum nampak apa yang saya cuba kongsikan di sini, boleh la tengok gambar-gambar di bawah ya:

Ini yang saya maksudkan. Plate yang dekat skru ni yang terkoyak. Ini yang sebelah kiri, dah start retak dan koyak sikit.


Mungkin gambar ni lebih jelas.

Nak pateri kena buka bonet dulu.
Nampak tak pengikat skru di kiri dan kanan atas tu?
Tambah plate besi. Harap lebih kuat lepas ni. Bila dah pateri nampak macam buruk pulak. Tapi, bukan ada orang nak tengok pun. Lagipun asal boleh save bajet, buatkan je.
Tambah plate besi sebelum pateri.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.