• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Monday, December 19, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 2:10 AM
Oleh sebab kereta Gen2 yang saya pakai nie dah pun berusia 10 tahun, jadi dah banyak kali rosak dan dah banyak kali kena tow. So, kat sini saya nak kongsikan tentang petanda kereta nak rosak ataupun dah rosak. Ok, pertamanya kalau kereta dah lebih 6 or 7 tahun usia disamping millage dah lebih 200,000km, sila dapatkan insuran kenderaan yang memberikan perkhidmatan tow truck percuma ya. Saya dari dulu pun guna Etiqa Insuran sebab unlimited tow, berapa kali kena tow dalam setahun pun takkan kena charge. Selain tu, setiap kali nak renew akan dapat extra 10% diskaun. Jadi, katakan NCD (No Claims Discount) maksimum 55%, jadi kalau renew dengan Etiqa akan jadi 65%. Jadi, boleh jimat dan tak perlu bayar banyak sangat.

Ok, berbalik kepada tajuk petanda kereta nak rosak atau sudah rosak, kat bawah ni saya listkan lebih senang kot. Ini untuk kereta Gen2 tapi secara amnya lebih kurang je masalahnya dengan lain-lain brand kereta.

  1. Bila start enjin, tak boleh hidup dan bunyi tek, tek, tek.. dan alarm pun sayu je bunyinya itu tandanya bateri dah rosak, jadi sila beli bateri baru. Kalau ada bateri jumper, sila jumper dengan kereta yang berdekatan. Bila boleh hidup, silalah ke bengkel kereta untuk beli bateri baru ya. 
  2. Kalau nak start enjin, tapi langsung kosong dan takde apa pun lampu yang menyala di dashboard, alarm pun x bunyi atau bila tekan butang untuk buka kunci kereta xde response itu tandanya alternator dah rosak. Alternator ni fungsinya untuk mengecas bateri kereta. Mcm dinamo la lebih kurang. Boleh tahan mahal juga, dalam RM450++. Kalau alternator yang rosak, xde harapan nak jumper bateri, silalah tow kereta anda ke bengkel yang berhampiran. Satu lagi tanda bila alternator nak rosak, masa tu tengah drive mula-mula sekali aircond akan padam dulu. Jadi, bila tiba-tiba rasa aircond dah x sejuk, sila tutup terus dan buka tingkap ya. Masih boleh drive sampai ke bengkel yang berdekatan. Lepas aircond, radio pulak padam. Lepas tu enjin kereta akan padam. Kalau tengah berada di lane laju, memang boleh menyebabkan kemalangan sebab enjin akan terus mati. 
  3. Kalau enjin kereta bunyi bising, itu tandanya minyak enjin ataupun lebih dikenali sebanyak minyak hitam dah berkurang. Kalau buat tak tau je, lama-lama enjin aladin di dashboard akan menyala. Kalau menyala tu, sila la berhenti sebab nanti enjin akan rosak. Bila enjin rosak, beribu ringgit la kena keluar. 
  4. Tentang clutch plate pula, bila tengah bawa kereta ada bau hangit atau gear makin susah nak masuk itu tandanya clutch plate dah haus. Saya ada tulis entry tentang clutch plate haus ni, boleh baca lebih lanjut dengan KLIK DISINI ya.
  5. Bagi yang pakai kereta manual, pernah tak jadi bila tengah bawa kereta, hanya gear 1, 3 dan 4 sahaja yang boleh masuk. Mesti panik kan? Pernah terjadi pada kereta saya. Nasib dekat dah dengan bengkel kawan. Bila cek, rupanya ada satu hos tertanggal. Nasib boleh pasang balik. Kalau tak, kena tukar gear box beribu ringgit juga habuannya. Nanti saya ambil gambar hos tu sbb tak reti pulak nak explain kat sini. 
  6. Bila tengah bawa kereta, temperature tiba-tiba naik mendadak. Itu tandanya air dah kering ataupun kipas enjin dah mati. Cepat-cepat berhenti tepi jalan dan cari air ya. Kalau dah isi air, sila cek kipas berjalan tak. Kalau tak jalan, kena la tow kereta ke bengkel yang berhampiran. Kalau tidak kereta overheat dan akan keluar asap macam yang kita pernah nampak kat tepi jalan kereta berasap tu. Kalau dah overhead, kadang-kadang nak repair tu kena jugak la ribuan ringgit sebab ada banyak yang terkesan bila overheat.  
  7.  Kalau nak start kereta, tiba-tiba tak boleh nak hidup. Pulas kunci banyak kali, macam boleh hidup tapi mati balik. Itu mungkin tandanya oil pump dah rosak. Boleh cuba tekan pedal minyak beberapa kali untuk pump minyak dan cuba start, kalau tak boleh juga cuba banyak kali sikit tekan pedal minyak dan cuba start. Selalunya boleh hidup. Tapi, kalau tekan pedal minyak macam kosong je, tu dah xde harapan nak hidup dah. Sila call tow truck ya. Kos ganti oil pump Gen2 tu dalam RM250 - RM450. Kereta saya pernah jadi macam tu tapi masa tu parking tingkat 3 basement. Huhuhu...lori tow tunggu dekat atas dan kena tarik dengan pajero dulu sebab lori memang tak muat nak masuk dalam parking basement. 
Ok. Nanti saya kongsikan lagi sebab ada yang dah lupa. Tapi, bila kereta rosak memang pening kepala sebab kos nak repair memang mahal. Kalau betul-betul jaga pun, akan rosak juga sebab setiap sesuatu ada tarikh luput dan tahap/tempoh ketahanannya. Lebih mahal kereta itu, lebih mahal la harga spare part untuk repair kerosakan kereta. Jadi, masa beli kereta jangan kira untuk bayar bulanan je. Ambil kira juga kos-kos sampingan yang melibatkan kereta tu. Jumpa lagi. Abang-abang mekanik yang baca entry nie, boleh la kongsikan tips dan mungkin boleh betulkan kalau saya ada salah tulis kat dalam entry ni.  


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.