Thursday, December 8, 2016
Posted by FizwaN
No comments | 12:08 AM
Dua minggu lepas, butik kebaya saya iaitu Izzlegacy Boutique mendapat tawaran untuk di interview oleh wartawan dari Harian Metro dan pada hari ini 07 Dec 2016, rencana tentang butik kebaya saya telahpun disiarkan di dalam paper Harian Metro. Syukur dan terima kasih kepada akbar Harian Metro kerana memberi peluang kepada butik saya. Kalau dikirakan ini kali ketiga rencana tentang butik saya di dalam akhbar. Kalau dalam majalah pun ada beberapa kali. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan impak kepada perniagaan saya. Perniagaan kebaya yang dimulakan sejak tahun 2010 dan bertahan, berkembang dan terus maju hingga ke hari ini. Semoga akan terus maju dan dimurahkan rezeki untuk hari-hari yang mendatang.
Berikut adalah rencana penuh bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membeli paper Harian Metro siang tadi ya.
Serdang:
Bermula dengan menjual secara kecil- kecilan di rumah dengan hanya
beberapa koleksi saja, kini kebaya dihasilkan sudah sampai ke Paris,
Dubai, Amerika Syarikat, Mesir dan Jepun.
Koleksinya pula sudah 2,357 pasang dengan saiz sehingga 10 kali XL.
Percubaan suami isteri, Faizul Izwan Jamaludin,35, dan Nur Aina
Izzati Mohd Tan 26, itu sememangnya berbaloi apabila mereka kini
‘diburu’ penggemar kebaya.
Menurut Faizul yang juga bekas jurutera, dia dan isteri memilih
menjual kebaya kerana pakaian itu tidak banyak dijual di Kuala Lumpur.
“Pada mulanya, saya jual pakaian wanita ini di rumah saja dan ubah
suai sebuah bilik untuk dijadikan ‘fitting room’ (bilik menukar
pakaian).
“Selepas ada modal, baru saya buka butik dan tambah koleksi kebaya
yang kini mempunyai 2,357 koleksi kebaya pelbagai saiz sehingga 10 kali
XL,” katanya ketika ditemui di butik Izzlegacy miliknya, di Pusat Bandar
Putra Permai, di sini.
Faizul berkata, kebaya boleh digayakan oleh sesiapa tanpa mengira bangsa dan acara.
“Kebanyakan pelanggan saya berbangsa Melayu akan beli untuk digayakan ketika kenduri kahwin atau malam berinai.
“Jika pelanggan berbangsa Cina, mereka akan gayakan ketika majlis
makan malam atau majlis di luar negara sebagai simbolik untuk
mempamerkan budaya rakyat Malaysia,” katanya yang mendapatkan bekalan
kain untuk dijadikan kebaya dari seluruh dunia termasuk Indonesia.
Menurutnya, dia menawarkan pelbagai jenis kebaya.
“Kami ada kebaya dengan corak pelbagai motif seperti burung, bunga dan rama-rama.
“Antara jenis kebaya yang ada di butik kami adalah Nyonya, Lace, Bali, Kota Bharu dan Labuh,” katanya.
Menurut Faizul, harga yang ditetapkan sangat berpatutan bergantung pada corak dan jenis kain yang digunakan.
“Harga kebaya yang dijual juga tidak mahal, hanya sekitar RM180 hingga RM220 mengikut jenis sulaman,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment