• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, October 27, 2015

Posted by FizwaN
2 comments | 7:23 PM
Pernah tak korang makan kat kedai makan, tengah sedap-sedap makan terjumpa sesuatu didalam makanan anda yang secara automatiknya mematikan selera makan korang? Ok, macam saya dah pernah beberapa kali terkena. Terbaru minggu lepas. Ada hal dekat Gombak, dah pkl 3 lebih belum lunch lagi so on the way balik Seri Kembangan singgah sebentar ke Taman Melawati sebab sebelum ni pernah kerja kat area situ. So, slalu tengok kedai makan ni sentiasa ramai orang tapi masa kerja kat area tu tak pernah pulak terasa nak singgah makan. Tetiba minggu lepas terasa nak makan situ sbb dah pkl 3 lebih kedai lain mesti lauk dah abis. Kedai ni pulak jual nasi ayam. Mesti ramai yang pernah makan kat sini kan? Nama kedai makan tu "Melawati Nasi Ayam Hainan Spore". 

Lepas order nasi ayam, makan cepat sikit masa tu sebab tak nak layan jem. Sebab pkl 4 lebih selalunya MRR2 dah jem sampai la ke Seri Kembangan. Dalam hati cakap sedap jugak nasi ayam nie, patut la tengok ramai je yang datang makan sini. Dah tinggal suapan terakhir, huhuhu...baru ternampak ada seekor ulat didalam pinggan. Mungkin ulat tu ada dalam ayam ataupun sayur salad. Terus rasa macam nak muntah. Yela, ada ulat kan dalam makanan. Oleh sebab masa nak bayar ramai pulak yang beratur, tak jadi nak komplen pada akak casher tu. Sebab nanti ramai pulak yang geli tekak. So, kepada peniaga makanan, tolong la jaga kebersihan ya. Makanan Halal tu bukan beerti dimasak dari daging yang disembelih dan tidak menggunakan bahan-bahan yang haram tapi, halal itu juga bermaksud bersih. Terus banned kedai nasi ayam "Melawati Nasi Ayam Hainan Spore" sampai bila-bila. 
Nampak tak seekor ulat didalam bulatan tu?
Sebelum ni pernah juga makan nasi ayam dekat Damansara Uptown, tapi lama dah. Tak tau la ade lagi ke tak kedai tu. Dekat bangunan uptown depan watson kalau tak silap. Tengah makan nasi ayam, ada cairan hijau keluar dari ayam tu. Mungkin ayam tu dah busuk atau pun hempedu tak buang atau tak tau la apa penyebabnya. Tengok dah rasa macam nak muntah. Tulis kat sini pun rasa nak muntah jugak. Huhuhu. Sekali lagi terkena, makan nasi kat kedai thai dekat Seri Kembangan. Nasi baik selalu makan nasi goreng gaul-gaul dulu sebab nak bagi nasi tu kurang panas. Bila gaul-gaul terjumpa la dengan 2 ekor langau digoreng bersama dengan nasi goreng. Tak tak langau tu ape?ala lalat hijau yang besar selalunya suka hurung sampah & najis tu. Ok, apakah perasaan korang bila terjumpa lalat hijau didalam nasi korang?

Kepada peniaga makanan, pengunjung akan bercerita sekejap je tentang kesedapan dan keenakan makanan anda, tapi pengunjung akan ingat sampai bila-bila jika makanan yang anda sediakan kotor dan mengandungi ulat dan lalat seperti mana yang saya terkena. Memang tak akan singgah lagi ke kedai yang memberikan pengalaman pahit kepada diri pelanggan. Kepada kawan-kawan yang pernah terkena, kongsikan la diruangan komen ya. Terima kasih.

2 comments:

  1. Ermmmmmmm Inilah antara keburukan makan kat luar.... Kita taktau cara diorang buat .... Tapi nak wat camne kan.... Huhuhu Seriau lak tengok ulat dalam nasik. Langau dua ekor ?? Ermmm T_T - KTC

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.