• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, October 28, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 1:11 AM
Terdapat pelbagai produk kosmetik di pasaran sekarang nie. Ada yang popular dan ada yang kurang popular. Kebanyakkan produk kosmetik di pasaran diperbuat dengan bahan-bahan kimia tertentu dan ada juga bahan kimia yang boleh merosakkan kulit tatkala memakainya. Ada juga customer yang datang ke butik mencari produk kosmetik cakap ada try pakai produk tertentu tiba-tiba muka jadi gatal-gatal, merah, kehitaman dan mengelupas. Oleh sebab tu, kami ingin memperkenalkan satu produk cosmetic buatan Malaysia keluaran Bollywood Beauty. Semua produk cosmetic dari Bollywood Beauty nie dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, herba dan organik yang selamat  digunakan dan tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya. Produk kosmetik keluaran Bollywood Beauty ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan. Baunya juga wangi dan menyegarkan. 

Terdapat empat produk utama keluaran Bollywood Beauty yang dijual di Izzlegacy Boutique iaitu Herbal Whitening Cleanser, Herbal Whitening Night Collagen, Herbal Whitening Underarm Scrub dan juga Day Cream SPF30. Setiap produk bermula dengan “Herbal Whitening”, jadi jelasnya menunjukkan bahawa produk keluaran Bollywood Beauty ini berasaskan herba dan digunakan untuk memutihkan dan mencerahkan kulit.

produk kosmetik bollywood beauty
Produk-produk kosmetik keluaran Bollywood Beauty
 Tiga produk untuk kegunaan pada muka dan satu produk untuk mencuci dan mencerahkan ketiak. Ok, sesuai untuk gadis-gadis, wanita-wanita dan juga jejaka-jejaka macho di luar sana yang suka memakai baju yang tidak berlengan. Angkat tangan, nampak ketiak. Sila cukur bulu ketiak jika memakai baju yang tak berlengan ye. Buruk sangat permandangannya. Ketiak bercukur dan tak berbulu, tapi gelap, hitam dan berdaki pulak. Ok, jangan risau sebab boleh dapatkan produk Herbal Whitening Underarm Scrub. Guna scrub ni untuk mengikis daki-daki dan mencerahkan bahagian bawah ketiak anda. Harga RM59.90 je. Untuk ketiak yang bersih, cerah dan berseri.

Untuk produk kosmetik wajah pula, untuk Herbal Whitening Cleanser anda boleh gunakan dengan 3 cara iaitu boleh digunakan untuk pencuci muka harian, scrub dan juga mask. Hasilnya kulit muka anda lebih cerah, sihat, bersih dan berseri. Herbal Whitening Cleanser keluaran Bollywood Beauty ni diperbuat dari campuran bunga Arnica Montana iaitu sejenis bunga herba dari keluarga bunga matahari yang tumbuh di kawasan pergunungan, ekstrak lemon dan juga minyak biji bunga matahari (Sun Flower Seed Oil). Mesti cuba produk ini dan lihatlah kesannya kepada wajah anda.

Satu lagi produk keluaran Bollywood Beauty ialah Herbal Whitening Night Collagen. Krim malam yang wangi dan menyegarkan. Setelah seharian wajah anda dipenuhi habuk, make up, minyak dan kotoran, manjakan dan berikan kesegaran pada wajah anda dengan Herbal Whitening Night Collagen keluaran Bollywood Beauty ni. Ianya merupakan krim malam berkolagen yang berkesan menyegarkan kulit dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit wajah anda. Krim ini diperbuat dari bahan-bahan yang dapat memperbaharui, mencerahkan dan menyegarkan semula kulit wajah yang lesu selepas seharian berada di luar rumah. Krim Herbal Whitening Night Collagen ini diformulasikan dengan Vitamin C, AHA, moisturizer dan Vitamin E membuatkan kulit anda terasa gebu, lembut dan segar sepanjang hari. Ia juga mengandungi ekstrak bunga mawar yang sangat kaya dengan Vitamin C dan bermanfaat dalam meningkatkan kolagen pada kulit wajah anda. Kandungan polifenol juga berkhasiat dalam mencegah kedutan dan juga dapat memberikan kelembapan pada kulit. Selain itu, ekstrak bunga mawar juga berfungsi didalam mengecilkan ruang pori dan dapat mengurangkan minyak berlebihan penyebab jerawat. Selain itu, ia juga bermanfaat dalam mengurangkan kemerahan pada kulit wajah. 

Ok, produk terakhir keluaran Bollywood Beauty yang ingin kami perkenalkan disini adalah Day Cream SPF30. Produk ini merupakan krim siang yang sesuai untuk digunakan ketika anda keluar dari rumah. Dengan keadaan bumi yang makin tidak sihat, pancaran sinaran UV dari cahaya matahari, lapisan ozon yang makin menipis ditambah dengan jerebu yang teruk melanda negara pada masa ini, memang sangat sesuai untuk anda gunakan Day Cream SPF30 sebelum anda keluar dari rumah sebagai pelindung kepada wajah anda. Ok, mungkin ramai yang pernah dengar tentang SPF kan? Ada SPF15, SPF30, SPF50 dan macam-macam lagi kan? Mari kami kongsikan bersama anda tentang apa itu SPF dan lepas nie bila beli produk kosmetik atau sun block anda lebih arif tentang SPF ni.

SPF adalah singkatan kepada perkataan “Sun Protection Factor”, dalam bahasa melayu bermaksud Faktor Perlindungan Matahari. SPF merujuk kepada secara teori jumlah masa anda boleh tinggal di tengah panas tanpa mendapat selaran matahari (sunburned). Misalnya, SPF 30 akan membolehkan anda duduk di tengah panas 30 kali lebih lama daripada anda boleh duduk tanpa perlindungan. Jadi, jika kulit anda mula terbakar dalam masa 20 minit tanpa krim pelindung matahari, menggunakan satu produk dengan SPF 30 meningkatkan tempoh masa dengan faktor 30, bermaksud anda boleh berdiri, berjalan, bekerja, berkelah atau apa sahaja di bawah sinaran matahari selama 600 minit (1o jam).  Untuk perkongsian tambahan, SPFyang lebih tinggi menutup lebih banyak sinaran — sebuah produk dengan SPF 15 akan menapis kira-kira 93 peratus sinaran ultraviolet (UVB); SPF 30 menapis lebih kurang 97 peratus. Bagi yang banyak terdedah dengan matahari, anda memang perlu memakai Day Cream SPF30 ini kerana sinaran Ultraviolet sangat berbahaya dan boleh menyebabkan anda terdedah dengan penyakit kanser.

Day Cream SPF30 diperbuat dari ekstrak buah kiwi (Actinidia Chinensis Kiwi) yang  mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat bagus, tinggi dengan kandungan asid lemak  dan Omega 3 menjadikan kulit wajah anda lebih segar dan bermaya. Day Cream SPF30 juga kaya dengan Vitamin C yang bertindak dalam meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan oleh sinaran ultraviolet  UVB and UVA.  Ia juga mengandungi ekstrak semulajadi; Tocopheryl Acetate (Vitamin E) yang berfungsi melindungi kulit dari kerosakan UV, meningkatkan tekstur kulit dan kandungan  lembapan dalam kulit dan juga mengurangkan kesan teruk selaran matahari. Day cream SPF30 keluaran Bollywood Beauty sesuai untuk jenis kulit normal dan sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Produk-produk kosmetik Bollywood Beauty di Izzlegacy Boutique
Untuk membeli keempat-empat produk yang kami perkenalkan diatas, anda boleh datang ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga beli secara online di website kami : http://www.izzlegacy.biz. Anda juga boleh whatsapp 012-6907705 untuk pertanyaan dan pembelian. Sokonglah produk buatan Malaysia dan sokonglah produk kosmetik bebas bahan kimia dan diperbuat dari bahan-bahan organik dan semulajadi. Nama je “Bollywood” tapi keluaran Malaysia ya. Kalau nak cantik macam artis Bollywood, jom cepat-cepat beli produk-produk keluaran Bollywood Beauty ya. Mesti lepas ni anda kelihatan lebih muda, cerah, segar dan berseri.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.