• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, October 7, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 9:49 PM
Bagi yang sedang mencari baju kebaya nyonya yang cantik, anggun dan bergaya, boleh dapatkan koleksi kebaya di butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Kami juga membuat penghantaran ke seluruh dunia. Dimana saja anda ingin kami poskan kebaya, kami boleh poskan selagi alamat anda didalam coverage Pos Malaysia. Sebelum ni, kami pernah pos kebaya nyonya ke Singapore, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, USA, China, Nedherland, Qatar, Jepun dan beberapa negara yang lain lagi. Untuk Singapore, boleh dikatakan setiap minggu ada penghantaran ke Singapore. Terima kasih kepada para pelanggan kebaya dari Singapore kena terus menyokong butik kami. 

Dalam satu masa, kami mengekalkan sebanyak 300 helai kebaya nyonya ready stock di butik kami supaya para pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan untuk dipilih. Kebaya kami paling kecil saiz SS dan paling besar size 3XL. Bagi kebaya plus size yang lebih besar dari 3XL, anda juga boleh order yang pre-order mengikut ukuran anda sendiri. Tak kira besar mana dan labuh mana kebaya yang anda inginkan, kami boleh jahitkan untuk anda. Anda boleh juga beli baju kebaya sahaja atau boleh juga beli satu set kebaya dengan kain sarung. Ada beberapa jenis kain sarung yang boleh anda pilih untuk dipadankan dengan baju kebaya nyonya yang telah anda pilih, antaranya kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain batik kipas depan, kain batik kembang berlabuci, kain pareo satin dan juga kain pareo songket. Setiap pembelian kain pareo akan disertakan dengan buckle atau jika anda ingin membeli buckle sahaja pun kami ada jual. 

Selain daripada kain untuk dipadankan dengan baju kebaya, anda juga boleh pilih kerongsang, tali pinggang besi kebaya, cucuk sanggul, payung kertas dan juga kasut terompah kebaya.  Pendek kata, semua kelengkapan set kebaya nyonya ada dijual di butik kami. Anda boleh beli kebaya di website kami iaitu di http://www.izzlegacy.biz. Jika anda ingin membeli baju kebaya set dengan kain dan juga kerongsang, anda boleh email (sales@izzlegacy.biz) atau whatsapp 012-6907705. Kami akan ambil gambar kebaya pilihan anda dengan kain dan kerongsang yang sesuai. Untuk makluman, koleksi baju kebaya nyonya kami tidak mempunyai butang. Jadi perlu dipakai dengan kerongsang. Sulaman kebaya nyonya adalah sulaman tangan sepenuhnya dan bukan sulaman komputer (mesin) bagi menjamin kualiti setiap kebaya yang kami jual. Selain dari kebaya nyonya, anda juga boleh dapatkan baju kebaya nyonya kanak-kanak bermula saiz 1yr hingga 11yr. Selain itu, kami juga turut menjual baju kebaya cotton design kami sendiri, baju kebaya lace, baju kebaya kimono dan juga baju kebaya labuh. Berbalik kepada kebaya nyonya, jika anda boleh tunggu selama 4 minggu, anda boleh pilih kebaya dari koleksi pre-order kami. Setakat entry ini ditulis, kami mempunyai lebih 1,200 design baju kebaya dengan pelbagai pilihan warna, corak, motif dan saiz untuk dipilih. 

Tak kisah dimana pun anda berada, anda boleh beli kebaya dengan kami. Pelanggan dan pencinta kebaya dari Singapore, jemput beli dan rekomen kami dengan rakan-rakan dan saudara mara ya. Kebiasannya, kalau penghantaran dengan pos express (EMS) akan ambil masa antara 2 - 5 hari untuk terima. Setakat ini, tak pernah kebaya kami tak sampai kepada pelangan walau pelanggan berada di Paris, Belanda dan USA sekalipun. Semua sampai dengan selamatnya. Jemput lawat website kami atau hubungi kami di talian 012-6907705 untuk pertanyaan, tempahan dan pembelian kebaya ya.

Sebahagian dari koleksi kebaya, kain batik dan kerongsang di Izzlegacy Boutique
Pelbagai pilihan kain batik selisih, kembang payung, kipas depan, pareo satin dan pareo songket boleh dipilih untuk dipadankan dengan kebaya
Koleksi kerongsang kebaya, cucuk sanggul dan tali pinggang besi kebaya



Baju kebaya bila dipadankan dengan kain batik memang cantik kan?

Antara koleksi kebaya Izzlegacy Boutique.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.