• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, September 6, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 2:46 AM
Dua tahun lepas memang konsep vendor butik ni menjadi satu fenomena di Malaysia. Butik vendor tumbuh dengan pesatnya di seluruh Malaysia bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana secara konsep dan teorinya, memang konsep butik vendor ni sangat baik, bagus dan menguntungkan semua pihak. Pada awal tahun 2014, saya pun turut serta dengan fenomena vendor butik ni dengan membuka Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Memang ramai vendor yang berdaftar dengan butik saya dan sentiasa ada vendor-vendor baru yang menyatakan minat untuk turut serta menyertai keluarga Izzlegacy Boutique. Mungkin kerana sebelum membuka butik, saya telah memulakan perniagaan online sejak dari tahun 2010 lagi. Hanya satu produk sahaja yang saya jual iaitu baju kebaya nyonya. Antara tahun 2010 - 2014 tu dah banyak kali masuk paper, majalah, tv dan ramai dah artis dekat Malaysia ni yang di sponser. Mungkin oleh sebab itu, ramai yang yakin dan berminat untuk menyertai butik vendor Izzlegacy Boutique. 

Kemuncak kepada fenomena vendor butik ni mungkin di tahun 2015 dimana kita boleh lihat dekat mana-mana pun ada butik vendor. Di Seri Kembangan sahaja saya rasa ada dalam 20 buah butik vendor. Ini menyebabkan pasaran jadi tepu. Persaingan meningkat. Kebanyakkan butik vendor menjual produk yang hampir sama. Kadar sewa butik vendor merudum kerana ramai pengusaha butik vendor yang baru buka menurunkan kadar sewa dan menawarkan sesuatu yang sebenarnya mustahil untuk direalitikan. Pertengahan 2015, banyak butik vendor yang kecundang dan gulung tikar. Di Lembah Klang je memang banyak sangat butik vendor yang gulung tikar. Ini berana ramai vendor yang hubungi saya untuk daftar sebagai vendor. Bila di tanya pernah jadi vendor di mana-mana butik vendor x? Kebanyakkannya mesti cakap sebelum ni ada letak dekat butik vendor, tapi butik tu dah tutup. Dekat The Atmosphere pun ada beberapa butik yang telahpun di tutup. Ada banyak sebab mengapa boleh bungkus dan gulung tikar. Hanya pemilik butik vendor yang memahami dan punya jawapannya. 

Saya kongsikan sikit faktor-faktor butik vendor tak mampu bertahan lama. Antara sebab utama adalah masalah dengan vendor yang menyewa tapak di butik. Datang hantar barang / produk, takde buat marketing, takde pun pernah nak war-warkan tentang butik vendor tempat produknya diletakkan. Tapi, ada yang hari-hari tanya, ada laku tak barang?Ada juga yang seminggu sekali tanya dan datang butik bising-bising cakap pemilik butik tak buat kerja. Marah-marah cakap owner vendor butik tak rajin buat marketing, marah-marah sebab produk tak laku. Hujung bulan cakap nak stop sewa dan ambil barang. Try pulak butik vendor yang lain. Pada mereka, lepas letak barang di vendor butik, menjadi tanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik butik vendor untuk menjual produk mereka. Ditambah dengan perasaan hasad dengki dan bisikan dari syaitan nirrajim " kenapa aku nak kena tolong promote, nanti orang ke butik tu tak jadi beli produk aku, beli produk orang lain pulak. Buat rugi je. Orang lain yang untung". Ok. Kalau ada terdetik dihati macam tu, jangan pernah sekali-kali berniat untuk menjadi vendor di mana-mana butik vendor. Sebab itu dah bertentangan dengan konsep dan niat murni disebalik terbangunnya sebuah butik vendor. Apa itu konsep butik vendor, boleh scroll entry-entry dalam blog ni. Ada banyak entry tentang vendor butik.

Ok, kalau di Izzlegacy Boutique, kami pasti akan promosikan produk vendor di Instagram, Facebook Page dan juga beberapa blog dan website milik kami. Kami ada 5 buah Facebook Page dan 4 buat website. Instagram pun ada 5 akaun. Tapi, jangan berharap setiap hari kami akan promote. Kami juga punya produk sendiri untuk diutamakan. Paling penat promote produk vendor yang lepas sebulan barang tak berapa nak laku, berhenti jadi vendor. Kami pula dah siap ambil gambar, edit gambar, promote bagai. Banyak masa yang terbuang. Lepas tu, bila dah xde produk vendor tu lagi dekat butik ramai pulak yang contact nak beli. Datang butik nak beli dan pulang hampa sebab produk tu dah xde jual di butik. Sebab itulah mengapa saya dah malas nak teruskan konsep vendor butik ni. Sebenarnya, menjadi pemilik butik vendor ni sangatlah memenatkan. Banyak tanggungjawab dan banyak kerja. Kena banyak bersabar melayan karenah vendor-vendor yang serabut dan tak paham konsep butik vendor.  Hujung bulan kena buat sales report dan kalau lambat hantar sales report dah kena marah pulak. Dalam akaun butik nampak macam banyak duit, tapi sebenarnya duit orang lain. Tapi, income tax tak nak tau tentang tu. Last-last pemilik butik kena cukai lebih. Berdasarkan pengalaman dua tahun membuka vendor butik ni, memang sangat memenatkan dan banyak sangat tekanan. Hidup tidak lagi indah dan boleh nak tarik nafas panjang. Setiap saat nak kena fikirkan tentang bagaimana nak tingkatkan sales semua produk di butik. Kepada sesiapa yang memasang niat nak buka butik vendor tu, banyak-banyak la membaca sebelum meneruskan niat anda ya. Buat rugi je nanti. Nasib baik saya buka butik tak buat apa-apa loan dengan bank or TEKUN or apa-apa je. Guna duit bisnes online je. Renovation butik pun 80% buat sendiri je. Dari mengecat, pasang wall paper, pasang railing di dinding, pasang kipas dan lampu. Semua pun buat sendiri je. Kalau tak, butik bungkus, gulung tikar tapi tiap-tiap bulan kena bayar hutang dekat bank. Ramai juga yang hubungi saya dan datang ke butik minta kongsikan ilmu tentang butik vendor. Ada yang cakap tengah proses loan RM100,000, RM50,000, RM30,000 dan macam-macam amaun lagi untuk buka butik vendor. Sebab konsep dan teorinya memang sangat cantik. Pasti mampu bayar loan bank. Tapi, realitinya bila dah buka butik vendor memang sangat memenatkan dan menyesal kemudian tiada gunanya.


Oleh sebab itu, Izzlegacy Boutique masih lagi wujud, masih lagi berdaya saing yang tinggi, sentiasa positif dan semakin tinggi mendaki tangga kejayaan. Sekarang nie, Izzlegacy Boutique menjadi sebuah butik yang menjual pelbagai jenis baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya. Masuk je butik, pasti ramai yang akan cakap "Wow, banyaknye kebaya". Memang ada banyak stock kebaya. Dari saiz 1 tahun hingga 12 tahun untuk kanak-kanak dan size XS hingga 6XL untuk dewasa. Di sini anda boleh padankan baju kebaya dengan beberapa jenis kain seperti kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain batik kipas depan, kain batik labuci, kain pareo satin dan kain pareo songket. Kelengkapan kebaya pun ada banyak pilihan. Ada kerongsang berantai, dokoh kebaya, tali pinggang besi, payung kertas, cucuk sanggul, cucuk sanggul lintang dan buckle pareo. Segalanya tentang kebaya boleh singgah ke Izzlegacy Boutique. Anda juga boleh pilih lebih dari 2000 corak dan motif untuk baju kebaya nyonya pre-order. Cantik-cantik semuanya. Jemput singgah Izzlegacy Boutique ya. Butik terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Boleh juga boleh beli secara online di website kami :http://www.izzlegacy.biz atau boleh whatsapp 0126907705 / 0123199026.

Sebahagian dari baju kebaya di Izzlegacy Boutique

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.