• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, September 3, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 3:40 PM
Kebanyakkan kebaya nyonya dijual dengan harga paling murah RM100++ dan paling mahal boleh mencecah ribuan ringgit sehelai. Pastinya anda tertanya-tanya mengapa harga kebaya nyonya lebih mahal berbanding dengan busana yang lain kan? Untuk makluman anda, harga kebaya bergantung kepada material kebaya, corak sulaman, bilangan warna benang, keunikan motif sulaman dan banyak lagi faktor-faktor yang membezakan harga kebaya. Untuk material kebaya, terdapat material bawal, kasa rubiah, cotton premium, cotton ima, satin velvet, chiffon dan sebagainya. Jadi, ada sebab mengapa anda boleh jumpa kebaya nyonya yang dijual dengan harga yang murah, sedarhana mahal dan sangat mahal.

Oleh sebab kami mempunyai team tukang jahit kebaya sendiri, di dalam entry ini kami akan kongsikan bagaimana sehelai kebaya nyonya dihasilkan. Insya Allah bulan hadapan kami kongsikan video documentari pendek tentang proses pembuatan kebaya nyonya ya. Ok, untuk pengetahuan anda, terdapat empat langkah didalam menghasilkan kebaya nyonya dan kami perlukan empat orang pekerja yang berlain untuk setiap langkah penghasilan kebaya nyonya ni. Oleh sebab itu harga kebaya agak tinggi kerana untuk menghasilkan sehelai kebaya, kami perlu mengupah 4 orang pekerja. 

Langkah pertama didalam penghasilkan kebaya nyonya setelah material kain dan motif sulaman dipilih, pekerja pertama akan melukis corak sulaman di atas kain. Lukisan tangan sepenuhnya. Jadi, memang ambil masa sebab nak pastikan kiri dan kanan corak yang sama dan berada di kedudukan yang sama. Lebih senang untuk mirror kan corak yang dilukis. 

Lukisan tangan corak dan motif kebaya
Seterusnya setelah selesai melukis corak dan motif kebaya di atas kain, kain ini akan diberikan kepada pekerja yang membuat sulaman tangan pula. Ini pun mengambil masa untuk pastikan benang dengan warna yang sama untuk kedua-dua belah baju. 

Sulaman Tangan Corak dan Motif Kebaya

Selepas siap sulaman tangan pada corak yang dilukis tadi, langkah seterusnya adalah untuk membuat sulaman tebuk pulak. Jika anda pernah lihat kebaya, anda pasti boleh lihat lubang-lubang disekitar sulaman utama kebaya kan? Sulam tebuk lubang itu pun sulaman tangan juga. 

Sulaman tebuk lubang kebaya nyonya


Bila dah siap sulam tebuk, barulah kebaya nyonya di jahit mengikut saiz yang bersesuai. Memang unik dan remeh didalam menghasilkan sehelai kebaya nyonya. Sebab itu, ada yang sanggup membayar harga ribuan ringgit untuk menempah sehelai kebaya nyonya. Jika kebaya sulaman tangan sepenuhnya memang di butik saya iaitu Izzlegacy Boutique akan jual dengan harga paling murah RM135 sehelai. Jika diluar sana anda boleh dapat dengan harga RM100 atau RM90, mungkin kebaya nyonya tu tidak asli dan dijahit menggunakan sulaman mesin sepenuhnya. Sulaman mesin memang nampak cantik dan boleh dapat harga kurang dari RM135, tapi kadang-kadang lepas dua tiga kali pakai dah rosak. Kalau sulaman tangan, 5 tahun lepas beli pun masih cantik. Ini kerana sulaman mesin, sulaman mudah tertanggal benang kerana dikeliling sulaman tidak dimatikan benang. Sulaman mesin juga dilapik dengan kertas kerana semasa proses pembuatan. Bila dah siap sulam, kertas-kertas akan di cabut tetapi ada kertas yang disulam bersama sulaman. Jadi, bila dua tiga kali basuh, kertas dalam sulaman hancur dalam air, bila kebaya kering semua sulaman pun akan mengecut. Tidak seperti macam baru beli. Berbeza dengan sulaman tangan, tidak dilapik dengan kertas dan anda boleh lihat sulaman didepan sama dengan di dalam baju. Ok, sekarang dah tahu kan kenapa ada kebaya nyonya yang dijual dengan harga murah dan kenapa ada kebaya nyonya dijual dengan harga mahal?

Langkah terakhir didalam penghasilan kebaya nyonya. Yang ini kebaya labuh. Kalau anda sedang cari kebaya labuh yang tutup punggung dan tidak jarang, boleh shopping di Izzlegacy Boutique ya.

Jika anda sedang mencari kebaya nyonya atau berhasrat nak pakai kebaya, jemput shopping di butik saya ya. Boleh shopping secara online di website : www.izzlegacy.biz, boleh juga walk in butik di Seri Kembangan, Selangor atau boleh juga whatsapp 0126907705 ya. Nanti saya send semua gambar kebaya yang available. Stock sentiasa ada banyak. Hampir 500 helai dalam satu masa. Jadi, sentiasa ada banyak pilihan. Jom shopping baju kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique ya :-)

Sebahagian dari deretan kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.