• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, October 3, 2015

Posted by FizwaN
1 comment | 3:39 AM
Salam semua. Lama sangat dah rasanya tak menulis blog. Memang dah bersawang sangat dah blog ni. Sangat sibuk sekarang ni dengan kehidupan seharian. Tambahan lagi baru saja menimang cahaya mata yang kedua. Memang bertambah sibuk. Ok, sekarang ni nilai ringgit memang sangat teruk. Bagi yang berniaga macam saya dan mengambil stok barang niaga dari negara luar memang terasa kesannya. Setakat entry ini ditulis, USD1 bersamaan dengan RM4.42. Memang sangat teruk. Dijangka ringgit akan bertambah jatuh dalam sebulan dua yang akan datang. 

Graf semakin meninggi. Dari RM3 ringgit je per USD, sekarang dah RM4.42
Bagi yang aktif dalam google adsense, kalau withdraw sekarang memang untung sebab nilai ringgit yang rendah. Bulan ni saya punya income dari google adsense belum lagi boleh withdraw. Maybe bulan depan baru boleh. Bagi yang tak pernah tahu tentang Google Adsense, google adsense merupakan medium pengiklanan google yang membayar kita jika kita meletakkan kod iklan google di blog dan ada pelawat yang klik iklan google tu. Nanti saya tulis satu entry tentang bagaimana menjana wang dengan google adsense. 

Ok, berbalik kepada perniagaan hari ini disaat kejatuhan nilai ringgit dan ditambah dengan kesan GST. Untuk butik saya, Izzlegacy Boutique (http://www.izzlegacy.biz) ada juga beberapa barang yang saya beli di Pusat Pemborong Jalan Kenanga. Sejak GST dilaksanakan, dah berapa buah kedai yang saya selalu beli stok dah tutup sebab katanya tak dapat nak cover GST. Barang bertambah mahal. Peniaga pun dah makin kurang tambah stok sebab bisnes sekarang memang tengah slow. Tambah lagi sekarang nie, pemborong kebanyakkannya ambil stok dari China, Vietnam dan Indonesia. Bila nilai ringgit jatuh, maka makin banyaklah kerugian yang terpaksa ditanggung. Contohnya stok kebaya nyonya di butik saya diambil dari Indonesia. Untuk nilai 10 juta rupiah, pada awal tahun 2015 saya hanya perlu bayar RM2,600 dimana 1 juta rupiah bersamaan RM260. Baru-baru ni, saya ada buat bayaran kepada tukang jahit saya di Indonesia 10 juta rupiah, saya perlu bayar lebih kurang RM3,100. Untuk 10 juta rupiah saya dah kerugian RM500. Contohnya, kalau sebulan stok yang dibeli bernilai 100 juta rupiah, maka saya dah kerugian RM5,000. Satu nilai yang besar kan? Jadi, kejatuhan nilai ringgit memang sangat memberi kesan. 

Kenapa pemborong ramai yang gulung tikar?Contoh macam saya terangkan tadi. 100 juta rupiah dah rugi RM5,000. Nasib malang kena pulak tax dengan kastam. Contoh 100 juta rupiah bersamaan RM31,000. Untuk barang perniagaan, kastam cukai 10% + 10%. Jadi, kiraanya RM31,000 x 10% = RM3,100 + RM31,000 = RM34,200 x 10% = RM3,420. Jadi jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kastam adalah sebanyak RM3,100 + RM3,420 = RM6,520. Ok, sekarang kerugian pemborong untuk nilai barang 100 juta rupiah adalah sebanyak RM5,000 + RM6,520 = RM11,520. Ok, ditambah pulak GST 6% yang disumpah seranah oleh pemborong. Dari RM31,000 GST bersamaan RM1,860. Jadi, kerugian pemborong adalah sebanyak RM11,520 + RM1,860 = RM13, 380. Ok, jika diambil kira nilai matawang di awal tahun 100 juta rupiah bersamaan RM26,000 maka kerugian yang perlu ditanggung oleh pemborong adalah sebanyak 50%. Jadi, pemborong terpaksa menaikkan harga produk untuk cover kerugian dan mengambil sedikit keuntungan. Bila produk naik harga lebih dari separuh, peniaga pasti tidak akan membeli produk tersebut. Oleh sebab itulah maka banyak pemborong dan peniaga yang gulung tikar. Tutup bisnes. 

Ok dah panjang pulak. Cukup sampai disini. Nanti saya tulis tentang kenaikan harga minyak di Malaysia disaat harga minyak dunia merudum. Disaat Shell terpaksa memberhentikan lebih1,000 orang pekerja kerana harga minyak yang merudum. Tetapi, kebijaksanaan pemimpin di Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi di bulan Oktober 2015. Sangat mengecewakan dan sangat tidak adil kan?

1 comment:

  1. termerloh - putrajaya... nombor 3 keselatan pulak la...

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.