• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, December 6, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 9:06 PM
Malam nie nak tulis entry tentang tarian tradisional zapin Negeri Perak pulak rasanya. Kenapa tarian zapin Negeri Perak ye? Maybe sebab saya ni asal dari Negeri Perak barangkali. Hehehe. Kisahnya masa pergi ke MAHA 2014 yang lalu. Memang meriah MAHA nie. Macam-macam ada. Oleh sebab rumah dekat je dari MAHA. Rasanya 5 minit dah sampai. Tu yang sampai dua hari berturut-turut tawaf MAHA tu. Tapi, banyak lagi tempat yang tak sempat nak singgah sebab besar sangat kawasan berlangsungnya MAHA nie.

Hari kedua, jalan-jalan tersinggah pulak ke kawasan Rumah Negeri. Setiap rumah negeri ada diletakkan produk-produk yang terkenal dan menjadi identiti sesebuah negeri itu. Sempat jugak la singgah rumah negeri Selangor, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan juga Perak. Antara rumah negeri yang paling meriah semestinya rumah Negeri Perak. Sampai je ke rumah Negeri Perak tengok ramai orang berkumpul. Bila ramai orang berkumpul tu, memang sifat semulajadi manusia sibuk nak ambil tahu kan? So, laju-laju jalan ke rumah Negeri Perak tu. Takut terlepas pulak apa yang menjadi perhatian ramai tu. Rupanya ada nyanyian dan tarian tradisional yang tengah dipersembahkan. Memang meriah. Sempat jugak la rekod satu persembahan iaitu Tarian Zapin Negeri Perak. Sebelum nie tak pernah tahu pulak Negeri Perak pun ada tarian zapin. Bila tengok, menarik dan terhibur jugak. Memang wajib dipelihara dan dipertahankan tarian tradisional Melayu nie dari pupus ditelan zaman. Kerana tarian itu adalah salah satu identiti masyarakat Melayu. Kepada pihak yang giat mempertahankan dan memelihara tarian tradisional Melayu nie saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Semoga tak lapuk dan pupus ditelan arus kemodenan. Jom layan tarian yang sempat kami rekod. Semoga terhibur. Kalau suka dan terhibur, harap boleh share pada kawan-kawan ye. Sama-sama kita memelihara tarian tradisional Melayu warisan kita.



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.