• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Thursday, December 25, 2014

Posted by FizwaN
1 comment | 9:07 PM
Dua hari lepas, berita gembira buat saya sekeluarga dimana wife disahkan mengandung anak kedua kami. Alhamdulillah. Beberapa hari sebelum itu demam dan muntah-muntah. Ingatkan muntah disebabkan oleh demam. Bila kira balik bila last period, macam dah lebih 40 hari tak datang. So, malam dua hari lepas terasa nak cek mana tau mengandung. Oleh sebab dah lepas pkl 11 mlm baru terasa hati nak cek, singgah ke Pasar Mini 24 jam. Nasib baik ada jual pregnancy test kit atau dalam bahasa melayunya Kit Ujian Kehamilan. Ok, beli dua. Sbb malam nie nak test dan pagi esok pun nak test sekali lagi. Sebab seeloknya buat ujian kehamilan guna air kencing pertama diwaktu pagi. Tapi, nak test malam sebab sifat ingin tahu dan naluri hati yang mengatakan wife mengandung membuatkan tak sabar nak tunggu sampai pagi. Lagi pun, kalau dah lebih 5 minggu mengandung, test malam pun boleh. 

Malam tu test la guna Pregnancy Test kit brand O.P.T yang dibeli di Pasar Mini 24 jam tu. Tengok hasilnya macam ada dua line, macam takde. Sangat kabur dan tak jelas. Ok, masih berdegil dengan naluri hati yang mengatakan wife mengandung. Esok pagi wife test sekali lagi. Sama jugak. Tak nampak pun dua line. So, bila tak nampak dua line tandanya negatif aka tak mengandung. Tak percaya jugak walau dah test dua kali. Mungkin pregnancy test kit tu yang jenis murah kot. Murah tak murah la. RM7.90 jugak satu. Dua dan dekat RM16 jugak. Lepas tu, macam tak boleh percaya. Rugi je rasa. Hehehe.

Esoknya, gi Giant pulak. Cari Pregnancy Test Kit aka Kit Ujian Kehamilan kat Watson. Beli yang mahal punya. Clear Blue Pregancy Test, digital punya ok. Baru puas hati. Kalau mengandung jelas-jelas akan keluar dekat screen Pregnant. Siap boleh kira dah berapa minggu hamil lagi. Harga dalam RM30 lebih kurang. Beli jugak Pregancy Test Kit brand Dip 'N' Tell buat spare. Harga dalam RM12 kalau tak silap. Sebelum nie masa mengandung anak pertama memang guna Kit Ujian Kehamilan Dip 'N' Tell nie. So, memang boleh dipercayai. Esoknya dalam pkl 6 pagi wife dah bangun. Tak sabar jugak la tu. Ok, maka terjadilah suasana Subuh yang indah. Terpapar dekat screen Pregnant (3+). Alhamdulillah. Pregnant 3+ tu kalau ikutkan kat manual Pregnancy Test Clear Blue tu tandanya dah mengandung lebih dari 5 minggu. 

Pagi tu jugak dalam pkl 11 pergi ke klinik sebab kalau disahkan hamil memang kena pergi klinik. So, seperti biasa pergi ke Klinik Jameaton. Klinik yang baisa pergi semasa kehamilan anak pertama dulu. Tunjuk kat doktor result yang terpapar dekat screen Pregnancy Kit Clear Blue tu. Bagusnya pregnancy test digital nie, result akan terpapar dan tak terpadam selama 12 jam. Doktor cakap saya lebih suka kalau awak test guna Pregnancy Test yang tunjuk dua line tu. So, doktor kira-kira insyaallah due date bulan Ogos 2015 nanti. Seperti biasa dapatlah pil asid folic dan juga pil tahan loya. Dua minggu lagi baru jumpa doktor balik untuk scan baby buat pertama kalinya sebab doktor cakap baby maybe belum usia 5 minggu pun lagi. So, result pregnancy test clear blue nie boleh diragui sikit. Apa yang penting, keputusan pregnant tu memang betul. Keesokkan harinya, test juga dengan Pregnancy Test Kit Dip 'N' Tell tu. Dah hasilnya memang dua line yang terang. Memang tak boleh pakai betul la pregnancy test yang beli kat pasar mini tu. Isk..isk.

Doakan anak kedua saya sihat tubuh badan dan lahir secara normal ya. Sebab anak pertama lahir ceasarean aka operate aka belah perut. Semoga kali nie bersalin normal. Lebih susah nak jaga kalau lahir ceasarean nie. So, sape2 yang tengah mengandung anak pertama tu, jaga elok-elok ye. Amalkan tips-tips dan petua-petua yang ade ye. Ok, lepas nie confirm banyak je entry tentang kehamilan kat blog nie. Diari masa depan. Dah besar nanti baby boleh baca tentang pengalaman mama & papa dia menghadapi saat-saat mengandungkan dia. Kat bawah nie saya share gambar-gambar pregnancy test kit aka kit ujian kehamilan yang saya guna. Mungkin boleh jadi rujukan pada rakan-rakan yang lain. Jumpa lagi.

Sah Hamil. Nampak tak dekat screen tu. Pregnant 3+. Alhamdulillah syukur.
Pregnancy Test Clear Blue

Kotak Pregnancy Test Clear Blue

Ramalan usia baby berdasarkan result Pregnancy Test Clear Blue
Kit Ujian Kehamilan Dip 'N' Tell

Nampak tak dua line tu. So, confirm pregnant.
O.P.T Pregnancy Test Kit. Macam tak boleh percaya, sebab dua-dua kali try result negatif.

Dua-dua pun single line. Yg sebelah kiri tu, ada nampak dua line tapi perlukan penelitian yang mendalam baru nampak. Hehehe.
Izz Irfan dah nak jadi abang tak lama lagi. So, tak boleh nak manja-manja & kuat merajuk lagi.

1 comment:

  1. Hehehe the o.p.t pregnancy test that is two line positive hehe i am like that also when i was pregnant 😊😊😊

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.