• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, August 16, 2014

Posted by FizwaN
2 comments | 9:50 PM
Kadang-kadang kalau letak sesuatu yang cantik dan unik di dinding memang best kan? Tapi nak cari kat mana? Entry nie jugak bukan entry nak promote or nak jual sticker dinding, tapi just nak share je. Ada beberapa jenis sticker dinding yang saya cari. Salah satunya, sticker dinding ayat seribu dinar berbentuk kapal atau sticker kufi ayat seribu dinar. Nak lekatkan di butik saya. Semoga lebih diberkati dan dimurahkan rezeki. Insyaallah, tak lama lagi dapat la sticker tu. Di dinding ruang bergambar/selfie pulak buat masa nie menggunakan sticker dinding menara jam dan juga ranting pokok dipenuhi burung-burung yang comel. Sticker nie beli kat Ikea. Harga RM40 kalau tak silap. Kena tampal sendiri. Dipisahkan kepada 6 kepingan. So, kena susun elok-elok. Kalau senget, satu lagi menara condong selain dari menara condong di Teluk Intan. Kalau tengok pada gambar di bawah, jam di beli di Kaison. So, menambahkan lagi keunikan menara jam tu kan? Kalau ada sape-sape nak rekomen kat mana boleh dapat sticker dinding yang cantik-cantik dan unik-unik nanti boleh komen kat entry nie ye.

Ruang menunggu dan rehat di Izzlegacy Boutique. Ruangan para suami dan pasangan menunggu isteri dan pasangan shopping di Izzlegacy Boutique.
Comel kan burung-burung nie?

Menara Jam. Kalau tapak senget, maka condong la menara jam nie.

2 comments:

  1. cantik wallpaper jam dinding tu
    sambil customer try baju, yg lain blh nikmati pemandangan santai wallpaper ni
    dekorasi memikat hati

    teima kasih hadiah kebaya nyonya, moga staff izzlegacy butik sentiasa dimurahkan rezeki. review:

    http://umikasum.blogspot.com/2014/08/jom-shopping-kebaya-nyonya-di-izzlegacy.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak.. aminnn. Awal bulan September nie ade GA lagi. Nanti join lagi ye. Thanks sbb promote kami :-)

      Delete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.