• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, February 19, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 12:10 PM
Bismillah...

Sedar tak sedar, lama dah x menulis new entry.
Hidup yang sangat sibuk dengan pelbagai bentuk pekerjaan dan urusan seharian.
Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun bergelar suami. Suatu masa dulu, dalam sibuk-sibuk menyiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan, sendiri terfikir..
Mampukah diri ini menjadi seorg suami yang baik? Suami yang mampu membahagiakan hati dan hidup seorang gadis yang bergelar isterinya? Mampukah diri ini untuk membimbing, menjaga, mempertahankan, melindungi, menyayangi dan mencintai insan terindah yang sudi untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat?
Setelah menjalani kehidupan bersama lebih dua tahun nie, dugaan dan cabaran tu memang sentiasa ada tapi Alhamdulillah dapat diatasi bersama. Lebih-lebih lagi bila dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. Dah usia setahun 3 bulan pun. Memang sangat membahagiakan bila dikurniakan anak kecil. Syukur kepadamu ya Allah..

Comel tak anak saya?

Sesungguhnya tidak sukar untuk jatuh cinta lalu mencintai seseorang itu. Cinta sebenarnya sangat mudah. Cuma, sudah menjadi lumrah hidup seorg manusia...segala yang mudah itu tidak pernah akan dihargai. Lalu, dalam setiap percintaan pasti akan wujud pelbagai cubaan, dugaan, suka dan duka. Barulah diakhirnya nanti "Cinta" itu akan dihargai dan menjadi sesuatu yang tak ternilai harganya.

Untuk mencintai seseorang itu, sangat-sangat mudah. Kerana kita yang mengawalnya. Kita punya hak mutlak atas kejadian diri yang bernama hati dan perasaan. Kita yang membenarkan cinta itu lahir, berputik dan berkembang dengan mekarnya. Kita akan melakukan segala-galanya, walaupun sesuatu yang dilakukan itu adalah sangat mustahil di mata insan lain yang melihat. Demi cinta yg sejati, cinta yang mendalam dan cinta yang telah memenuhi segenap ruang di hati, kita sentiasa akan pastikan insan yang kita cintai itu bahagia, gembira dan tersenyum.  Hidup seorang manusia tidak pernah akan sempurna.  Kita bukan Nabi yang bersifat maksum. Tapi, atas nama cinta seseorang itu akan menjadi insan yang sempurna dimata dan dihati org yang mencintainya

Persoalannya, adakah kita akan miliki cinta yang sama dari insan yang kita cintai? Bertuah dan bersyukurlah andai kita menerima cinta yang lebih dari cinta yang kita beri. Atau sekurang-kurangnya sama.  Akan tetapi, amat menyedihkan anda kita tidak miliki apa yang kita impikan. Siapa kita untuk mengawal cinta di hati insan lain? Walaupun dihati insan yang amat kita cintai. Kita xkan mampu untuk mengawalnya kerana seperti diri kita, hanya dia yang mempunyai hak mutlak samada untuk membenarkan cinta itu lahir dan memeliharanya, atau membunuhnya saat cinta itu masih berputik ataupun mungkin saat cinta itu sudah berkembang mekar. Jadi, bagaimanakah untuk mendapat balasan sebuah cinta yang sejati dan sepenuh hati dari insan yang kita cintai?

Sama-samalah kita fikirkan, renungkan dan berusaha demi sebuah percintaan yang sejati dan abadi. Setiap sesuatu kejadian, pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan takdir atau melakukan tindakan yang diluar kawal atau bertentangan dengan iman tatkala menghadapi masalah dengan hati dan perasaan yang bernama cinta. Sentiasa ingat bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat diri kita. Mungkin dugaan itu dijadikan demi untuk mematangkan kita dan mendidik kita dalan berhubungan. Insyaallah, sesuatu yang sukar untuk dimilik itu apabila akhirnya dapat dimiliki, pasti sesuatu yang terindah dan sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Pasti kita akan amat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Hidup itu indah, Islam juga indah. Sentiasa berserah kepada takdir dan ketentuan Allah. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.