Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu didalam melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap, setiap ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga (betulkan saya jika tidak benar).
Tapi, kenapa masih ada anak-anak yang sanggup menderhaka pada ibunya? Memukul, menghina, menghamburkan kata-kata kesat dan ada juga yang memutuskan hubungan dengan ibunya. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus hingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu? Kerana tatkala seorang anak meninggal dunia, dalam bacaan talkin namanya akan disebut ber"bin" dan ber"binti"kan ibunya. Jadi, betapa benci dan sejauhmanapun dibuang seorang ibu itu, namanya tetap akan disebut disaat kematian anak yang derhaka itu.
Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Begitu juga di dalam Surah Luqman :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
|
Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Owh betapa sakitnya. Memang benar kata orang bersalin tu sakit. |
Bagi yang tidak dapat membayangkan betapa sakitnya seorang ibu didalam melahirkan seorang anak didunia ini, mungkin anda boleh bayangkan dengan gambaran didalam video ini:
Kalau dilihat dari video nie, memang dapat dirasakan betapa sakitnya bersalin itu. Jadi, hormati dan sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. Tanpa dia kita takkan wujud didunia ini. Tanpa pengorbanan dan kerelaan hatinya, kita takkan boleh melihat dunia ini. Tanpa perjuangaan dia, kita takkan bernafas pada hari ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
salam fizwan..
ReplyDeleteyupss..sungguh besar pengorbanan seorang ibu..seawal dari kandungan hingga dewasa
di tatang bagai minyak yang penuh..mampu kah seorang anak walau sesaat tidak menyakitkan hati seorang yang bergelar ibu..
I love u mak..so much :)
besar pengorbanan seorang ibu. ALLAH. :')
ReplyDelete