• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, December 7, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 5:18 PM
Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kamu kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kamu biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang kamu tak terduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kamu berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... 

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kamu tidak benar2 peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kamu sentuh hidup seseorang bila kamu hanya berniat untuk main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kamu lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...


Sakit... patah hati... bertahan selama kamu menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kamu membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Anda juga boleh tonton entry ini dalam versi video di Youtube:



Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... 

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... 

Hatimu patah melihat org yang kamu cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kamu cintai ternyata tidak bahagia denganmu.

Kepada yg takut MENGAKUI... 

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... 

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Kepada yang sudah berkahwin tetapi BERMAIN CINTA DENGAN ORANG LAIN DIBELAKANG SUAMI/ISTERINNYA.. 

Hormatilah sebuah ikatan yang sangat dimuliakan Allah iaitu perkahwinan. Jangan kerana nafsu semata, ikatan yang tersimpul rapi sebelum ini terlerai di tengah jalan. Hentikan sebelum terlewatkan. Balasan Allah kadang-kadang terus dapat cash je. Percaya pada karma, hari ini kita menghianati suatu hari nanti pasti kita pula yang akan dikhianati. Pastinya dengan satu pengkhianatan yang sangat berat utk ditanggung.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.