Monday, December 9, 2013
Posted by FizwaN
1 comment | 2:46 PM
Korang pernah tak dengar kisah katak kecil berlumba lari dan penamatnya adalah di puncak menara? Memang sangat memberikan motivasi daripada kisah katak kecil nie. Apabila seekor demi seekor berputus ada dan tidak mahu meneruskan perlumbaan kerana penonton sendiri tidak yakin dan percaya bahawa akan ada katak yang mampu untuk sampai ke puncak menara itu. Pelbagai kata-kata negatif dari penonton telah sedikit sebanyak melemahkan semangat para peserta. Akan tetapi, terdapat seekor katak kecil akhirnya telah berjaya sampai ke puncak dan memenangi perlumbaan tersebut. Semua penonton tertanya-tanya bagaimanakah katak kecil yang seekor nie mempunyai cukup kekuatan dan keyakinan hingga boleh berjaya sampai ke puncak menara. Korang pun mesti nak tau kan? Untuk kisah sepenuhnya, jom layan video kat bawah nie. Kalau rasa kisah tu telah memberikan motivasi kepada korang, sharekan dengan rakan-rakan yang lain ye :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yeahhh...sy boleh! itu dia semangat yang perlu ada..pedulikan kata orang lain :)
ReplyDelete