• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, December 31, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 1:05 PM
Sblm tu, mari kita renungi profil tentang seorg manusia hebat kat bawah nie :

Failed in business in 1831
Defeated for legislature in 1832
Failed in business again in 1833
Elected to legislature in 1834
Sweetheart (wife) died in 1835
Nervous breakdown in 1836
Defeated for speaker in 1838
Defeated for land officer in 1843
Defeated for congress in 1843
Elected to congress in 1846
Defeated for re-election in 1855
Defeated for senate in 1855
Defeated for vice president in 1856
Defeated for senate in 1858
Elected as President in 1860

Daripada 15 hanya 3 je yang x gagal, yg lain-lain asyik gagal je dia nie. Tapi, akhirnya dia jadi seorang President sebuah negara yang cukup besar. Hebat kan? Kegagalan x pernah membunuh semangat, perjuangan & masa depan hidupnya.  Siapakah beliau nie?

Dia nie seorg yg simple, x berpelajaran tinggi, berasal dari keluarga miskin, budak kampung yang sesekali tidak akan membenarkan keadaan diri dan persekitaran memusnahkan hidupnya. Dia tak rela untuk menjadi mangsa. Dia jugak enggan untuk menerima kegagalan. Dia buat-buat x tau je & buat2 x dengar bila orang ramai mengatakan yang dia ni seorang yang gila. Dia enggan untuk terus jatuh dan terus berputus asa. Dia terus membangun dan memajukan dirinya walau dalam apa jua keadaan sekalipun dan dia sanggup & akan lakukan apa sahaja demi untuk mengejar & merealisasikan impian dan cita-citanya. Dia sentiasa mengajar dirinya dan lakukan apa yang patut demi untuk terus bergerak ke hadapan mengikut arah tuju yang betul walaupun dia kerap dilanda kegagalan demi kegagalan sepanjang hidupnya. Jadi, siapakah dia nie? Begitu banyak sekali kegagalan, tp akhirnya berjaya menjadi seorang manusia hebat yang dikenali hingga ke hari ini. Beliau yang dimaksudkan adalah ABRAHAM LINCOLN (President US yang ke 16)


Jika kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat lihat satu corak atau patterns yang telah mempengaruhi perjalanan hidup kita. Kebanyakkannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu, atau mungkin juga dari kekerapan berlakunya kegagalan tu. Corak itu lah juga yang akan terus mempengaruhi masa depan hidup kita. Bak kata orang "Siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita"

Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu lagi bila mula-mula nak belajar berjalan. Asyik-asyik jatuh je.  Tp bila jatuh berusaha bangun balik then jatuh lagi. X  penah kenal erti putus asa. Ade kalanya bila kita jatuh kita senyum je & bangun berjalan balik. Jalan beberapa langkah, jatuh balik. Tp, masa tu jatuh silap landing & terhentak pulak kepala kat lantai. Puas kita nangis, tp.. bukan bermakna kita akan berhenti belajar berjalan sebab kesakitan tu.. Tak lama pastu bangun balik berjalan sikit-sikit sampai la satu masa tu kita dah x jatuh lagi. Jalan laju-laju, lompat-lompat dan kadang-kadang berlari-lari keriangan. Seronoknya rasa bila dah x jatuh-jatuh lagi & berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Tapi, bila dah seronok-seronok..dah cukup pandai berjalan & berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan kita pun terjatuh. Dari kecil lagi, Allah dah mengajar kita erti kegagalan, usaha dan tak kenal erti putus asa. Tapi, bila kita dah berjaya...lupa diri, lupa yg kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. Masa tu baru nak sedar & baru nak menangis. Mungkin ade peluang kedua dan mungkin jugak masa tu semua pintu peluang dah tertutup. Fikir-fikirkan la k.

Ingatlah, kanak-kanak tidak pernah kenal erti gagal bila mereka belajar berjalan. Mereka jatuh, jatuh, jatuh & jatuh. Kejatuhan tu jugak la yang telah mengajar mereka dan membuatkan mereka lebih kuat. Mungkin masa mula-mula jatuh, mesti nangis. Tp, lama-lama tu bila jatuh je cepat-cepat bangun & x nangis lagi. Setiap kegagalan tu adalah proses pembelajaran. Semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar & pengajaran diatas setiap kegagalan tu, semakin pantas kita dapat mencapai impian dan cita-cita kita. Dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu pembelajaran yang xkan pernah tamat.

Para-para sahabatku...

"Jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kau terus berjaya dan menjadi manusia-manusia berguna di muka bumi nie..."

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.