• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Monday, December 30, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 12:58 PM
Entry yang terlewatkan. 

Jumaat lepas, lebih kurang kul 8mlm..blk keje terasa nak singgah pasar malam lak walaupun hari tengah hujan. Sampai je pasar malam, walaupun hujan..ramai jugak org yg tengah bersesak-sesak kat pasar malam tu. Petanda ekonomi Malaysia masih kukuh. Punye la susah nak gerak sbb asyik eksiden langgar payung je. Di celah-celah kesesakan tu, terpandangkan seorang mak cik yang sedang duduk di dalam kereta sorong sedang menjual tisu dan menadah bekas duit. Cukup-cukup menyedihkan apabila terpandangkan keadaan mak cik tu. Sempat dia melemparkan satu senyuman padaku. Senyuman yg cukup ikhlas, tulus dan sampai ke hati. Dalam dunia yang penuh dgn manusia bertopeng nie, masih lagi dapat melihat senyuman sebegitu. 

Mm...hatiku cukup sedih dan sebak bila memikirkan nasib makcik tu. Sudah berapa puluh tahunkah dia menanggung hidup sebegitu? Badannya cukup kecil, sebesar kanak-kanak berusia 6-7 tahun. Duduk di dalam kereta papan sorong, dan mengayuh dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Siapakah yang tergamak menghantar dia ke situ? Adakah sindiket telah memanipulasikan hidup makcik tu? Disebalik segala persoalan tu, terdetik dihatiku, betapa bertuahnya dan bersyukurnya aku dikurniakan tubuh badan yang serba sempurna, kesihatan yang baik dan kehidupan yang baik. Sesuatu yang sgt membekas, menginsafkan dan membuatkan aku belajar sesuatu pada malam itu. 

  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita cukup susah, masih ada ramai lagi insan lain yang berkali ganda susah dari diri kita sekarang.
  • Kalau kita merasakan masalah yang membelenggu diri kita membuatkan kita tidak tabah, tekanan, tak sabar & menyalahkan ketentuan takdir Ilahi, masih ramai lagi yang punya masalah yang lebih berat dr diri kita.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita miskin, masih ramai yang papa kedana diluar sana.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita dah berjaya skrg nie, jgn takbur, riak dan mudah lupa diri sbb ramai lagi yang lebih berjaya dr diri kita.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita dilahirkan sempurna, dikurniakan dgn kecantikan & keindahan janganlah bangga diri dan memandang hina org yang kurang cantik dan sempura. Cukup jika kita bersyukur dan memelihara kurniaan Ilahi itu. Sebab segalanya hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata. Allah boleh tarik balik pemberiannya tu sekelip mata je.

Oleh tu, belajarlah bersyukur dengan setiap sesuatu pemberian Allah.  Tabahkan hati dalam menghadapi segala ujian dan dugaan Allah. Belajarlah untuk menerima setiap sesuatu dengan senyuman kerana senyuman sedikit sebanyak dapat meringankan segala bebanan. Belajar dari kisah hidup makcik yg diceritakan tadi. Bayangkan, setelah berpuluh tahun dia hidup begitu.. berbasah didalam hujan demi untuk meneruskan hidup, dia masih boleh tersenyum. Itu hanya satu babak di dalam kehidupannya yg kita nampak. Bagaimana dengan kehidupan sehariannya 24 jam sehari, sesuatu yang tak terfikirkan kan? Bukan pintanya untuk lahir sebegitu rupa dan dengan nasib dirinya pada hari nie. Tapi, Allah Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Penyanyang. Pasti Allah punya perancangan yang baik untuk dirinya. Janganlah kita memandang hina dengan insan-insan yang menerima nasib sebegitu. Kalau boleh, mmg diorg xnak pun nasib sebegitu, tp..apakan daya, segalanya dalam hidup ini sudahpun tertulis sejak azali lagi. Kalau ade yg mintak sedekah, sedekahlah  ikut kemampuan kita. Seeloknya, kalau ade yang mintak sedekah time kita tgh makan. dan takut wang yang kita dermakan masuk ke dalam akaun sindiket yang menjadi dalang kepada peminta sedekah nie..suruh aje mereka duduk di kedai tu, bayarkan setiap apa yang diorg makan. Besar pahalanya kan? Yang penting niat kita baik. Janganlah menghina atau menghalau mereka seperti menghalau kucing kurap. Mereka jugak punya hati dan perasaan. Dan ingatlah, xde siapapun yang menginginkan kehidupan sebegitu. Dan insaflah, bahawa kehidupan ni x selamanya indah..kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang tu kita dibawah. Allah Maha Adil, andai hari ini kita menghina orang yg tengah kesusahan..jangan marah andai satu hari nanti bila kita berada di bawah orang lain akan hina kita lebih teruk lagi.

"Nilai hidup..terletak pada hati dan perasaan, bukan pada kekayaan harta benda..sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara, akhirat nanti yang kekal abadi "

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.