Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali
dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu
Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan
macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti
pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat
aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye.
 |
Kesesakan terlampau : Pic. source from Mr. Google |
Berbalik kepada tajuk entry kali nie "Sikap, Identiti & Masalah Pemandu Di Malaysia".
Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali
dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu
Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan
macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti
pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat
aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye.
- Bila jalan jem, mesti ramai yang akan guna emergency lane.
Orang lain boleh bersabar ikut barisan, tapi ade sesetengah yang tidak
menghormati orang lain dengan memotong menggunakan emergency lane. Ini
akan sebabkan keadaan bertambah sesak dan katakan ade accident kat depan
(maybe penyebab kesesakan), pasti akan sukarkan ambulan dan pasukan
penyelamat untuk ke tempat kejadian. Memang orang yang memotong di
sebelah kiri nie menyusahkan dan membuatkan kita menyampah. Katakan
nanti satu hari, diri sendiri yang accident dan sangat perlukan pasukan
penyelamat dan ambulan untuk sampai cepat..mesti masa tu
menyumpah-nyumpah pada orang lain memotong menggunakan emergency lane.
Padahal diri sendiri pun sebelum nie same je.
- Kalau hujan mesti nak hidupkan 'hazard light' atau lampu kecemasan. Menyalahgunakan lampu kecemasan. Atau memang dia rasa cemas bila hari hujan.
- Kalau hujan, tak nak hidupkan lampu kereta. Lagi-lagi
hujan lebat. Sure kalau tengok kat side mirror xkan nampak kete kat
belakang. So, kalau pasang lampu at least orang depan boleh jugak nampak
cahaya lampu kat cermin sisi dan cermin pandang belakang.
- Yang paling popular la. Sikap pemandu yang suka ambil tahu dan jaga tepi kain orang.
Ade accident skit je tapi dia punye jem bukan main panjang lagi.
Semuanya sebab pemandu perlahakan kenderaan sebab nak tengok kemalangan
tu dan ade jugak yang sempat lagi nak ambil gambar. Ape punye dol
la..hehehe, hangin nie sbb slalu lalu MRR2 dan MRR2 memang boleh
dikatakan hari-hari ade accident.
- Bila masuk simpang pulak, memang ade yang pakai masuk je. Tak kira dah kenderaan lain. Memang mendatangkan marah kepada pemandu lain.
- Satu lagi yang selalu sy nampak, ramai yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan juga ada yang ber'sms'
lagi. Ini akan mengurangkan fokus kepada jalan raya dan antara penyebab
kepada kemalangan.Memang masalah dan identiti pemandu di Malaysia, suka
guna telefon bimbit ketika memandu.
- Satu lagi masalah yang saya nampak adalah bila nampak je orang jual pau ke, durian ke, paper ke, nasik lemak ke...main suka-suka hati je berhenti tepi jalan and ade juga yang berhenti tengah-tengah jalan, mentang-mentang la jalan 2 lorong. Memang menjadi penyebab kepada kesesakan.
- Sy paling x suka memandu kalau kenderaan kat belakang guna lampu tinggi dan juga lampu yang sangat terang.
Memang menyakitkan mata sbb lampu kenderaan tu memantul ke mata melalui
cermin sisi dan cermin pandang belakang. Memang menyakitkan hati.
- Pandu kenderaan perlahan dan macam siput di lorong laju. Ntah ape yang dia fikirkan ntah la.
Mmm...memang
macam-macam sikap, identiti dan masalah negatif dengan pemandu-pemandu
kat Malaysia nie. Kebanyakkannye memang sentiasa pentingkan diri sendiri
hingga menyusahkan orang lain. Bila accident bergaduh, masing-masing
nak menang. Tapi bila difikirkan punca dan penyebab kepada kemalangan tu
sebenarnya boleh dielakkan jika semua pemandu berubah sikap dan
berdisiplin di jalan raya.
Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang. Hidup hanya sekali. Jangan hilang nyawa di jalan raya.
0 comments:
Post a Comment