• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, November 27, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 5:19 PM
Bismillah...

Dah lama sangat nak tulis tentang topik nie, tapi...x tulis-tulis, malam nie baru tergerak nak tulis..Sy ke Pukhet dengan tiket bernilai RM227 pergi balik..tp, just bayar RM27 je sbb sy dapat voucher RM200 daripada Air Asia sbb flight delay masa gi Tawau sebelum tu.

Subuh-subuh lagi dah ade kat KLIA sbb flight ke Pukhet pukul 7.20 pagi. Sampai je kat Pukhet, berita buruk sbb bagasi xde dalam flight yg sama. Staff Air Asia Pukhet ckp maybe bagasi tersalah naik flight. Huhuhu... memang sehelai sepinggang je bercuti kalau gini..mmg risau la, dia ckp akan call kalau beg/bagasi dah sampai airport..ingat lagi dia ckp "Abang, don't worry abang..I try my best to get your luggage..abang round first, don't worry abang..."...banyak la dia punye "abang"...so,sy mintak dia antar terus ke Hotel je..sbb hotel awal2 dah booking, kat Pukhet sy tinggal kat Patong Island..tempat yang menarik..kat Hotel Bel Aire..hotel yang cantik & sewa pun 30USD je satu malam, bilik luas dan memang berbaloi la...cuma bukan tepi pantai la, tu yg agak murah tu..sepanjang pantai Patong nie mmg penuh dengan hotel, chalet & rumah tumpangan termasuklah Club Med Phuket & Hard Rock Cafe Phuket...masa kat Airport, ade booth yang kasi simcard (TrueMove) henpon free..cuma topup je, boleh jugak topup kat 7-Eleven..lagi murah daripada roaming line Malaysia..sms lebih kurang 20 sen je ke Malaysia..
Peta Phuket : Credit to Mr. Google
(Note : Pukhet ade banyak pantai dan teluk antaranya Patong Beach, Kata Beach, Kamala Beach, Nai Han Beach, Rawai Beach, Karon Beach, Chalong Bay, Pukhet Bay, Sapam Bay dan macam-macam lagi..sebab Pukhet ada sebuah pulau peranginan dimana sekeliling pulau di gunakan sebagai tarikan pelancongan) 
Pandangan Dari Hotel Bel Aire

Welcome to Patong Beach
Hari pertama jalan-jalan sekitar Patong Island je..first skali cari makanan Halal dulu..agak susah nak cari makanan halal kat Pukhet nie...kalau ada pun restoren Arab, harga memang xpayah ckp la, memang mahal...tp, kat Food Court Shopping Complex Jungceylon ade kedai makanan halal...kat ruangan bawah, tapi harga memang boleh tahan..dalam lingkungan 100 Baht ke atas ataupun lebih kurang RM10 sbb 10 Bath = RM1 (lebih kurang la, utk senang nak convert)...kat Shopping Complex Jungceylon nie macam shopping complex kat Malaysia jugak..Carrefour pun ade...

Kat area pintu masuk Jungceylon Shopping Complex
Air Pancut Berirama - Cantik dan mengasyikan
Mcdonalds pun ade kat Phuket..tp, ade menu tambahan..hehehe, kalau kat cni ade burger daging ngan ayam je..kat Mcdonals Phuket nie ade burger daging babi..huhuhu...kalau nak beli Mee Segera pun ade perisa babi gak..memang susah nak cari makanan halal kat Pukhet nie..

Sempat jugak la bergambar dengan patung Mcdonalds nie sebagai kenangan...hehehe
Kalau nak gi Pukhet, x perlu nak tukar duit banyak-banyak kat Malaysia sbb sepanjang jalan kat Pukhet nie memang bersepah dengan Money Changer..boleh pilih mana satu yang boleh kasi kadar tukaran yang paling tinggi...so, bawak je duit RM banyak-banyak...sbb kalau tukar kat Malaysia lebih mahal lebih-lebih lagi kalau tukar kat KLIA...memang sangat2 merugikan..

Rasanya Money Changer yang nie yang paling murah...kalau x silap la :-)
Mm...bersambung di Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet - Part 2...banyak lagi yg nak cite nie...mm,sblm mengundurkan diri...ape cite beg/bagasi yang x sampai tu ye? mm..pukul 8 malam kot baru terima panggilan dari Hotel Bel Aire ckp beg dah sampai...masa tu dah tengah shopping baju, seluar, berus gigi, seluar kecik & macam-macam lagi la sbb dah pasrah pun..huhuhu, nasib baik x bayar lagi..tp, bila dapat beg..dah koyak pun pemegangnye..dengan bahagian atas...tak tau ape diorg dah buat...tertulis kat beg tu "RUSH - Expedite baggage" ------- HKT STN (ape maksud tu? - Hong Kong Terminal ke? adakah beg/bagasi sy tu dah smpi ke Hong Kong tadi, patut la malam baru sampai - Wallahulam)...

Tag dari Air Asia Thai - HKT STN tu Hong Kong Terminal Station kan?
 Jauh Perjalanan, Luas Permandangan, Tak Ternilai Pengalaman

Entry asal pada 20 Jan 2012. Repost kembali kerana kehilangan kesemua blog post.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.