• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Thursday, March 5, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 4:03 PM
Perniagaan produk fesyen wanita memang sangat sihat pada hari ini. Banyak je fesyen-fesyen terbaru yang dikeluarkan oleh para peniaga. Kali ni nak tulis tentang fenomena fesyen dress dan jubah muslimah pulak sebab sebelum nie sy ade tulis tentang fenomena tudung segera aka instant shawl. Memang dapat sambutan dan menunjukkan setiap hari ramai je yang search google untuk online shopping. Ini menandakan bahawa perniagaan fesyen wanita dan perniagaan online di Malaysia sedang berkembang dengan pesatnya. Ok, pastinya banyak fesyen dan nama brand untuk dress dan jubah muslimah dekat Malaysia nie kan? Tak perlu kot sebut kat sini. 

Oleh sebab sy pun ada butik fizikal dan butik online menjual produk fesyen wanita, selalu la juga search internet, instagram & facebook untuk fesyen terbaru dress dan jubah muslimah. Memang banyak sungguh design dan koleksi yang dikeluarkan oleh para peniaga dan pereka fesyen. Ada yang design dan jahit sendiri, ada yang borong dari Indonesia, Vietnam dan China dan ada juga yang jual dress dan jubah muslimah yang dibeli borong dari pusat pemborong Jalan Kenanga dan juga Plaza GM. Ada dress dan jubah muslimah yang dijual dengan harga yang mahal, mencecah RM300 - RM400 dan ada juga yang jual dress dan jubah muslimah dengan harga yang murah. Paling murah yang pernah saya jumpa peniaga ni jual dress RM25 sehelai dan jubah muslimah RM40 je sehelai. Tp, yang mahal harganya pasti menggunakan material yang berkualiti dan mahal, jahitan yang lebih halus, kemas dan berkualiti, design dan warna yang menarik dan pasti lebih selesa tatkala memakainya. Ada juga peniaga yang mengambil untung lebih dengan menjual produk yang tidak berkualiti dengan harga yang mahal terutamanya peniaga online. Jadi, kena berhati-hati jugak k. Oleh sebab dah banyak sangat dipasaran koleksi dress dan jubah muslimah, bagi yang baru nak start berniaga, seeloknya cari koleksi dress menyusu dan jubah muslimah menyusu. Yang sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Mesti dapat sambutan. Kami pun tengah cari vendor yang ada jual produk dress dan jubah muslimah untuk ibu menyusu nie. Sebab ramai jugak customer yang singgah butik cari. 

Di Izzlegacy Boutique pun ada banyak jugak koleksi dress dan jubah muslimah. Paling murah harga RM80 dan yang paling mahal harga RM259. Cantik-cantik jugak semuanya. Dress di Izzlegacy Boutique di jahit sendiri oleh tailor yang berpengalaman. Jadi, kualiti jahitan memang dapat dijamin. Oleh kerana fenomena fesyen dress dan jubah muslimah nie sangat banyak design dan sangat cepat design berubah, memang tak terkejar. Jadi, sesiapa yang ada keluarkan fesyen dan produk dress dan jubah muslimah sendiri, boleh la mendaftar sebagai vendor di Izzlegacy Boutique ye. Sewa tak mahal pun. Bagi yang tinggal di sekitar lembah klang dan mencari butik yang menjual produk fesyen dress dan jubah muslimah, jemput la singgah ke Izzlegacy Botuique ya. Izzlegacy Boutique terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Bagi yang suka shopping online, kalau search butik jubah dan dress KL, Serdang, Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Bukit Jalil, Cheras, Balakong dan Seri Kembangan, harap keluar la Izzlegacy Boutique ye. Jemput singgah k. Sebab selain dress dan jubah muslimah, ada macam-macam produk ada dijual di sini. Yang tinggal jauh, boleh juga membeli dress dan jubah muslimah secara online di website kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz

Antara koleksi jubah dan dress di Izzlegacy Boutique

Yang nie sebahagian je. Ada banyak lagi koleksi dress dan jubah muslimah di Izzlegacy Boutique. Jemput singgah ye.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.