• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, August 9, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 9:12 PM
Mesti ramai diantara kita yang pernah mengalami situasi nie kan? Satu masa dulu, semasa zaman persekolahan mesti kita ada kawan baik dan sangat rapat..makan minum bersama, ketawa bersama, menangis bersama, belajar bersama, bermain bersama.. pendek kata semuanya bersama. Kemudian masa berlalu, masing-masing menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi yang berlainan... mula-mula tue, still rapat tapi lama kelamaan jumpa masa balik kampung je.. dekat tempat baru akan jumpa pulak dengan kawan baik yang baru, lepas tu masing-masing dah abis belajar.. kerja pulak di tempat yang berlainan.. dah tak rapat lagi. Kat tempat kerja akan dapat kawan baik yang baru. Begitulah seterusnya. Banyak persinggahan dan simpang didalam satu perjalanan hidup.

Bila jumpa balik kawan baik masa sekolah or kawan sekelas masa sekolah yang boleh dikatakan kawan baik sebab ada yang dari darjah satu hingga enam satu kelas atau dari tingkatan satu hingga tingkatan lima sama kelas. Lima tahun bersama. Begitu juga di kolej or universiti, 3 - 4 tahun bersama. Pastinya hubungan memang rapat. Tapi, bila masa berlalu. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Bila jumpa balik rasa macam orang asing pulak kan? Ya.. dah tak boleh nak bertepuk tampar, minum secawan, berkongsi suka duka.. Kalau dulu masa tengah rapat, semua cakap kita akan kawan sampai bila-bila.. tp, siapa kita nak merancang kerana perangcangan Allah tu tiada siapa yang tahu. Yang pasti ianya adalah yang terbaik untuk kita. 

Bagi yang masih mempunyai ramai kawan rapat, hargailah setiap seorang daripada mereka. Kerana, esok belum tentu dia akan kekal sebagai kawan rapat kita. Jangan nanti, bila dah join MLM or ada produk nak jual baru nak contact balik kawan-kawan. Atau bila dah takde duit baru nak contact kawan-kawan sebab nak pinjam duit. Memang akan hilang terus kawan-kawan dibuatnya. Hargailah setiap seorang yang dikirim Allah untuk menjadi rakan, sahabat dan teman anda. Kerana tanpa insan sekeliling yang menghargai dan mengingati kita, hidup kita pasti kosong dan tanpa warna. Kerana mereka adalah warna-warna yang menceriakan hidup kita. Setuju tak?

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.