• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, June 20, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 1:09 AM
Setelah beberapa minggu berusaha keras melakukan kerja-kerja pengubahsuai butik seperti mengecat, memasang wall paper, memasang rak, memasang rail dan sebagainya, akhirnya butik Izzlegacy telah siap sepenuhnya kerja pengubahsuaian dan telah pun dibuka perniagaannya. Butik Izzlegacy terletak di dalam kawasan The Atmosphere, Seri Kembangan. Terdapat pelbagai produk yang dijual di butik IzzLegacy, antaranya baju kebaya nyonya, kerongsang kebaya, kain pareo, kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain songket, kain pasang sulam dan cotton, pelbagai jenis tudung bawal dan shawl, dress dan jubah muslimah, jubah kanak-kanak, baju kurung moden, baju kurung kanak-kanak, kasut, beg tangan, aksesori wanita, makanan kesihatan dan kecantikan, candy skirt, dress kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk.

Jemput datang ramai-ramai ke butik Izzlegacy. Sambil ke butik boleh bergambar di sekitar The Atmosphere. Ada lebih dari 80 lukisan mural yang cantik-cantik dan memberikan gambar 3D yang menarik. Pastinya satu pengalaman yang menarik. Butik Izzlegacy jugak terletak berhampiran dengan Farm in The City, jadi kalau ke sana singah-singgah la ke butik kami ya. 

Bagi peminat baju kebaya nyonya, dapatkan pelbagai jenis baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz. Dari saiz S yang paling kecil hingga saiz XXXL untuk kebaya yang paling besar. Ada juga kebaya kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga 10 tahun. Bagi yang ingin mengayakan kebaya nyonya sedondon ibu dan anak, anda boleh dapatkan juga di butik kami. Kami juga menyediakan dua bilik fitting room bagi memudahkan anda mencuba pakaian yang sesuai dengan ukuran size badan anda.

Alamat butik Izzlegacy adalah seperti berikut:

No. 28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3, The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

 Berikut adalah gambar-gambar di dalam butik IzzLegacy:

Didalam Butik Izzlegacy
Butik Izzlegacy dari luar. Kami di tingkat satu.
Kaunter jualan butik Izzlegacy
Fitting room di butik Izzlegacy
Koleksi baju kebaya

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.