• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, May 14, 2014

Posted by FizwaN
11 comments | 1:43 PM
Setelah sekian lama tak update blog, arini baru berkesempatan nak update. Maybe lepas ni, lebih rajin dan ada lebih banyak masa untuk berblog kembali. Ok..berbalik kepada tajuk entry ari ini, "Berhati-hati dengan Taktik Kotor Lori Sewa". Mesti ramai yang pernah menggunakan perkhidmatan lori sewa untuk pindah rumah or pindah opis or apa2 tujuan mengangkut barang kan? Saya tak tau adakah terkena pengalaman yang sama dengan saya or tak sbb sy dah dua kali terkena. Tu yang rasa mesti ramai jugak yang pernah terkena jugak. Kalau sebelum nie, pindah rumah dari rumah sewa ke rumah sendiri. Jarak pun dalam 8km je. Dekat depan rumah baru, penuh dekat tiang letrik no telefon untuk perkhidmatan sewa lori. Bila call nombor-nombor tu, rupanya kebanyakkan nombor tu adalah dari orang yang sama or syarikat yang sama. Hehehe..biarkan sbb maybe itu pelan pemasaran diorang. So, sewa lori 3 tan sebab tak banyak barang pun. Maka bermulalah permainan si pemilik bisnes lori sewa ni.
Pertama sampai lambat sebab katanya ari tersebut ada 2 lagi orang yang sewa lori. Sebelum ni cakap ada banyak lori, jangan risau..tapi bila sampai hari yg ditetapkan boleh pulak cakap ada sebijik je lori 3 tan. So, dari pukul 2 ptg kena tunggu smpi dekat pukul 6 ptg baru sampai. Masa call sebelum tu, cakap total sewa lori termasuk 2 orang pekerja RM300. So, ok la kot. Lagipun rumah sewa depan lif, rumah sendiri pun depan lif. So, takde la nak angkat jauh. Keluar lif je dah sampai. Bila dah siap masuk dalam lori, boleh pulak driver cakap kena bayar extra sbb barang banyak & berat. Lagipun dah malam (siap masuk barang dalam pukul 7.30pm), so..kena bayar pekerja overtime. Sangat celaka begitu kan? Masa call cakap all in RM300. Takde pulak ckp kena bayar extra untuk overtime or whatsoever reason lain. Dah la turun naik lif je pulak tu. Lagipun janji pkl 2, dia yang datang lambat kan? Ok, bila cakap nanti la dah siap punggah barang baru tengok mcmmana nanti. So, dengan muka ketat jalan jugak lorinya. Maybe sebab muka housemate mcm gangster & memang kalau lebih2 bertekak memang boleh bawak bertumbuk. Tu yang jalan tu. Bila dah punggah barang, time nak bayar boleh dia cakap tambah la lagi RM150. Tak pasal2 kena bayar RM450. Memang mendatangkan marah. Bagi RM300, tak nak balik pulak. Cakap penat la. Barang banyak. Dan macam-macam lagi alasannya. Last2 kami cakap, boleh kasi extra RM50 je. Kalau tak nak, ambik je RM300 & boleh blah. Last dengan muka ketat smbl mulut kumat kamit mencarut la agaknya. Ambik jugak la extra RM50 & terus balik. Ok, yang ni deal dengan Cina. Ingat ok, tapi tak ok.

Kali kedua, minggu lepas pindah opis dari Damansara Height ke Taman Melawati. Search dekat internet perkhidmatan lori sewa, call beberapa dan dapatlah satu nie. Nama website "WanRosnah". Mula-mula ingat Rosmah. Hahaha. Logo pun 1Rosnah. Kalau 1Rosmah memang dah kena dah. Hehehe..lari topik pulak. Ok kali ni deal dengan Melayu pulak. So, call la brader ni nama dia Azmi. Mula-mula masa call pagi cakap lori 3 tan RM280 termasuk 3 orang pekerja. Petang nak confirmkan cakap RM480 pulak siap dengan wrap barang. Bila cakap wrap sendiri, dia cakap last price boleh bagi RM350. So, ok la. Sbb jauh jugak Damansara Height ke Taman Melawati. Yang ni agak punctual. Cakap pukul 10pagi, 10.30pagi dah sampai. Barang pun tak banyak. Ade 4 almari dengan dalam 20 kotak je. So, lori pun tak penuh. Pulak tu, opis di Damansara Height tu bukak pintu je dah jumpa lif. Memang x susah pun. Bila dah bawa turun barang dan dah masukkan dalam lori. Maka bermulalah kecelakaannya. Ingat dah boleh jalan, tp pekerja yang bawah turun barang cakap lori tak boleh jalan lagi sebab kena deal dengan driver. Eh, kena kena deal dengan driver pulak? Bila tanya kenapa, dia cakap RM350 tak cukup sebab barang berat. Lepas tu tanya pulak kat opis melawati ade lif tak?Tingkat berapa?kalau nak tangga kena extra charge. So, sebab tak puas hati call la si Azmi tu. Sbb driver tu ckp Azmi bos dia. So ok. Talk with the boss. Bila call, dia cakap RM350 untuk lori 2 tan, yang datang 3 tan so harga sepatutnya RM480. Ehhhh...semalam cakap dah nak sewa lori tiga tan dengan pekerja. Dan dia cakap RM350. So, assume all in la kan? Ni, boleh pulak ckp yg harga tu untuk lori 2 tan. Banyak makan duit haram agaknya si Azmi dari WanRosnah aka 1Rosnah ni..tu yg jadi pelupa tu. Lepas tu dia tanya opis yg lagi satu tu, tingkat berapa? kalau tingkat satu ade lif tak?kalau takde lif & kena naik tangga extra charge RM180. So, total semua RM660. Sangatlah penipu orangnya. So, memang dah kena main nie. Cakap kat driver lori, kalau mcm tu tak jadi la sewa. Dia ckp dia takkan bawak naik barang ke atas balik. Dia akan tinggalkan kat atas jalan je. Nampak tak permainannya. Bila barang dah naik atas lori, baru nak demand. Confirm2 la nak tak nak kena jugak bayar kan? So, nego punye nego. Cakap takpela, smpi Melawati nanti staff kat Melawati yang akan bawak barang naik dan bayar lori extra sikit lagi. Baru la nak jalan.

Jadi, daripada kedua-dua kisah nie. Kena berhati-hati. Kerana sangatlah kotor taktik dan permainan bisnes lori sewa nie. Masa call & deal harga. Pastikan korang rekod setiap perbualan. Pasang loud speaker. Henpon skrg banyak yang boleh rekod conversation kan? Rekod dan pastikan harga untuk sewa lori berapa tan? Siap dengan pekerja ke tak? Kalau naik tangga ade extra charge ke tak?Lepas dah final harga, cakap dekat dia yang lepas nie takkan ada extra charge dan hanya akan bayar amaun yang telah dipersetujui. Ok, kalau jadi macam yang telah terjadi kepada saya. Boleh la buat laporan polis dan juga kepada pihak-pihak yang berkenaan. So, maybe lesen perniagaan dia pun boleh ditarik balik sebab menipu. Pastikan korang dapat resit rasmi yang ada nama syarikat dan cop. Berguna untuk tindakan seterusnya. Berhati-hati la k. Share kisah nie dengan yang lain supaya akan lebih berhati-hati. Kalau tak, pasti lebih ramai yang akan terkena.

Untuk perkhidmatan lori sewa yang boleh dipercayai dan menyediakan perkhidmatan terbaik, anda boleh mencuba perkhidmatan dari syarikat The Lorry Online Sdn Bhd. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan sewa lori secara online dan untuk maklumat lebih lanjut boleh baca entry ini:


atau lawat website ini:

11 comments:

  1. haish! ini memang boleh mendatangkan marah! Kalau akak pun bengang...

    ReplyDelete
  2. kita hapuskan perkhidmatan lori jangan bagi lesen semua rahyat malaysia kena pindah guna kereta tu terbaik

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Naaib baik ada pendedahan mcm ni. Tq

    ReplyDelete
  6. Info yg sangat2 beguna..terima kasih

    ReplyDelete
  7. saya pengusaha lori

    saya tak tipu orang

    lori 3 tan ada panjang kargo 14 kaki

    ada yg 17 kaki. saya punya 17 kaki. extra space

    rega saya dlm kl: lori dan driver shj, owner angkat sendiri rm350. driver akan tolong susun dlm lori. susun rapat

    jika complete dgn angkat rm550 ( maksudnya 200 upah angkat ....teruk kerja pindah ni. saya prefer hantar lori shj)

    saya memang x boleh buat rega murah macam 350 siap pekerja....tak lepas nak byr pekerja 3 org dan minyak tol dan kos harian lori)

    kalau ada kena buka dan pasang semula perabot, saya caj extra dlm rm50 pasal masa bekerja tambah. pekerja demand extra.

    jika xder lift, extra 100. pun kerana kerja jadi teruk dan makan masa

    saya akan beritahu clear cut dari awal. ramai yg kata saya mahal, tapi saya buat kerja supaya win-win...saya dapat cari makan, pekerja x ditindas, owner dapat servis terbaik.

    siapa yg pernah pindah akan tahu betapa teruknya kerja pundah ni. walaupun pindah cuma 5 minit jarak, kerjanya tetap renyeh. bawa turun brg, naikkan ke lori, susun, jalan, turunkan brg, masuk rumah, naik ke bilik, susun ikut arahan tuan rumah ( kadang tu letak kat satu sudut, pastu suruh alih semula.....sighhhhh)

    pelanggan selalu underestimate brg mereka....sikit jer bang....hehe...kalau betul sikit, angkutlah sendiri dgn keta or hilux or sewa lori angkat sendiri. then only you will know moving is not easy as you think and your belonging is not sikit as u think.

    moral of the story:
    1. berhati hati dgn servis "murah"
    2. kalau rasa brg banyak, wassapkan gambar, biar org lori yg estimatekan saiz lori
    3. boleh minta org lori datang tengok barang dulu, bagi quotation. ok...amik, tak ok, cari lain. no obligation
    4. jangan lah terlalu berkira. rumah mampu beli sampai 500k, nak pindah mampu byr 350 henggit jer. mereka juga manusia, bagi lah air minum at least. saya dah biasa dgn tuan rumah yg anggap duit 350 mereka tu raja.... jijik jer nak tengok pekerja lori ni. air kosong pun x leh supply.
    5. bayangkan anda sebagai pekerja angkat barang. dapat 50 ringgit ....bawa masuk ke lori rm25, bawa masuk rumah baru rm25....berbaloi ke kerja 3/4 hari dgn 2 rakan lagi for 50 each? ( assuming 3 pekerja x50, minyak tol 50, lori 150....total 350)...tak logik kan? saya bayar pekerja angkat saya minimum 70/person + makan rm10....son80/person x 3= 240 kos pekerja shj. upah pandu another 50-70 ikut jarak...so 300 habih kat labour jer, minyak tol 50. jika saya caj 550, ada lah 200 utk cover kos harian lori dan sedikit untung. banyak ke?
    6. u boleh sewa lori pandu sendiri dari saya:
    for 24hours...lori satu tan 300, lori 2 tan 350, lori 3 tan 450....u isi minyak sendiri, tol sendiri, angkat sendiri. leh buat banyak trip dan puas hati ( dan penat ya Rabbi hehe...tapi yg penting puas hati)
    7. byr ciput, servis ciput. byr reasonable, servis reasonable. byr gold, servis gold.

    thank you. semoga berfaedah pada semua.
    Anuar, bandar baru bangi. 017-8704678, ur friendly transport man.



    ReplyDelete
    Replies
    1. macam la kena angkat barang tu macam dumbbell yang penat ya Rabbi sangat tu. Dan bukan nya jarak dari 1 tiang gol ke tiang gol lagi 1 pun. kerja standard buruh pun nak demand harga ke. Rasenye tak mampu nak bayar pekerja lori sampah kalau macam ni kira - kira nya.

      Delete
  8. You may check www.justlorry.com in the future, another booking platform offering variety type of lorry such as standard lorry (Lori Sewa), lorry crane, cold truck, disposal truck, tow truck, skylift, forklift, and mobile crane.

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.