• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, November 29, 2013

Posted by FizwaN
19 comments | 10:20 AM
Beberapa hari yang lalu, kira-kira jam 4 pagi saya diserang sesak nafas dan dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Serdang. Memang pengalaman yang memberikan banyak pengajaran dan peringatan kepada diri.Mcm-mcm fikir dah masa tu & mcm-mcm rasa... rasa x cukup nafas, rasa senak, rasa nak buang air besar, rasa pening, rasa nak muntah & rasa mcm nak pengsan dah..untuk rekod, ini kali ketiga diserang sesak nafas..dua hari sebelum tu pun dah kena dah, dari pukul 1pg sampai pukul 7 pagi tak boleh tido..tp, tak pegi hospital..tp, kelmarin tu rasa mcm dah teruk sangat..tu yg terus ke hospital..nasib baik Hospital Serdang dalam 5 minit je dari rumah..

Sampai je kat Hospital, terus di buat ECG test..kalau tak silap nama penuh ElectroCardioGram test. Dada, kaki & tangan di letakkan dengan klip yang disambung dengan wayar yang berselirat. ECG test nie dibuat untuk cek jantung, sbb selalunya kalau sesak nafas dan sakit dada kemungkinan besar ada masalah kegagalan jantung ataupun dengan lebih mudah sakit jantung. Alhamdulillah, jantung ok..tp, masih lagi sesak nafas dan sakit dada. Masuk pulak satu lagi bilik, saya diberi minum ubat yg berwarna putih dan juga diberi suntikan cecair dengan jarum yang agak besar. Lepas tu, dah rasa makin ok..lps tu tunggu untuk jumpa doktor pakar pulak. Lepas jumpa doktor, dia ckp kemungkinan saya terkena gastrik. Mm..dah 32 tahun hidup, x pernah pun kena gastrik & makan x penah miss tetiba kena gastrik. Huhuhu...doktor ckp kemungkinan, kalau kena lagi cepat-cepat gi Hospital balik utk rawatan lanjut.

Bila dibaca balik sebab-sebab sesak nafas dan sakit dada di Internet, berikut adalah info yang saya dapat:
  • Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias). Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
  • Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru ) . Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. 

  •  Berkenaan dengan sakit dada. Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka. Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit. Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah GTN) di bawah lidah. Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.
Yang diterangkan diatas banyak seperti yang saya alami tempoh hari. Maksudnya, mulai arini saya kena menjalankan gaya hidup sihat, banyakkan bersenam, banyakkan minum air kosong, kurangkan gula dan banyakkan beramal. Untuk rakan-rakan diluar sana, sentiasa amalkan gaya hidup sihat kerana bila kita dah mula sakit baru nak menyesal dan kemungkinan dah terlambat untuk berubah.

Kat bawah nie ubat yang doktor bekalkan. Harap-harap lepas nie xde lagi diserang sakit dada & sesak. Memang rasa macam dah hujung nyawa & nyawa-nyawa ikan dah. 


Note: Entry asal pada 14 April 2013. Oleh sebab kehilangan kesemua blog entry, re-post kembali.

19 comments:

  1. kadang2 angin pun boleh jugak. buat kita sesak..kaksura pun ada jugak kena...apapun jalani hidup dengan sihat dengan aktiviti dan gaya hidup..:)
    Supplement pun boleh membantu..:)

    ReplyDelete
  2. Darah a+ possiblity tinggi kena ni

    ReplyDelete
  3. Mcmna keadaan skrg. Sy pun mgalami spt tuan alami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg dah lama tak kena sejak berbekam dengan Tabib Cina Muslim sblm ni. Alhamdulillah. Bekam angin dengan bekan darah. Rasa macam nak pegi lagi sebab dah makin ok :-)

      Delete
    2. Salam. saya pun kena sama macam tuan. dah dikejarkan ke wad kecemasan sebanyak 8 kali dalam tempoh 2 bulan ni. bila doktor check, buat ecg, scan jantung dan xray dia cakap ok ja. pastu dia cakap kemungkinan sbb gastrik.

      boleh saya mintak no contact tabib cina muslim tu tak? ingat nak try juga la

      Delete
    3. No phone dia xde, nanti sy try cari resit ye..dia dah pindah. Sy tak sure dia pindah kat mane, katanya pindah kat GM Klang or Jusco Bukit Tinggi..

      Delete
    4. Saya pun jd mcm 2 jgk.sakit dada,sakit bahu kiri hgga tidak boleh gerak tgn kiri..npk berat belah jantung tp bila dpa buat ecg,scan gan amik darah xdak pape pun..dy kata sihat semua.padahal kita sakit lg.heran la..

      Delete
    5. Same la sy gastrik doc ckp tpi hari2 sesak nafas muntah loya ape sume ad pning ad sape2 tau ubatnye xtahan rse

      Delete
    6. Ak pong same die ckp gastrik hari sesak nafas 5kali da kecemasan mcm mne nk ilngkn pnykit ni xtahan da rse

      Delete
    7. Minta bantuan.
      Saya disahkan anxiety.
      Saya kene dah lama tp sembuh.
      Kini kena semula yg lagi teruk sampai disahkan anxierty.
      Doc kata saya anxiety yg menyebabkan gastrik.
      Tp saya gastrik dulu baru kene anxiety.
      hKL rumah kedua lah kiranya.
      Test darah 5 jam tggu kat hospital hasil alhamdulillah.
      Ecg alhamdulillah
      Tyroid alhamdulillah.
      Usus minta masuk camera x bg.
      Sebab saya xde sakit abdoment so doc kata awak x teruk.
      Padahal kerap saya rasa nk mati.
      Bila solat menangis ketakutan.
      Dosa terlalu bnyk. Nk hadapi ujian ini sgy takut.

      Delete
  4. Sy pedih ulu hati sbb asid byk sgt dlm perut n dh naik, ke atas...sesak nafas smpai mnngis la...angin dlm bdn pun byk bertmbh2 la sesak nafas.hari2 berurut utk pecahkn angin ade rase kurng sikit nafas tu lega sikit tp still msh ade sesak la.10/11 appoinment utk buat endoscopy aduhai lg la takut....

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yg ada msalah gastrik blh pm saya...inshaalah saya,akan cuba bantu...saya pernah mengidap gastrik setahun lps n skg saya,dah sembuh dgn izin Allah swt dan saya amal minum jus aloevera gel dan minyak ikan artic sea...blh hubungi saya utk thu lbh detail ttg produk lan 0148111556

    ReplyDelete
  6. Sape boleh tolong aku dgn rasa gila yg aku alami sekarang?aku dh hampir 24 jam je rase sesak nafas.angin penuh dlm bdn.doktor kate aku gastrik tp mkn ubt x jugak sembuh2.makanan byk kena pantang.minum pun sama.abis kalau aku x mkn..cmne nak ada tenaga?aku ade lagi penyakit asma.sedut inhaler tp masih gak.sedut dadah je blum.nak cuba lah kot2 bole sembuh asma aku.rase gila kalau hari2 kena asma.dh tu aku ade tekanan drh rendah.boleh tahan jugak pnyakit yg aku alami ni.kalau dh makanan byk pantang mcm mane aku x kena darah rendah??makan skit je perut aku dh mcm tempayan yg dh kena isi air.penuhhhh je rase.brat bdn makin kurang..bdn jadi salu lemah..angin dlm bdn x payah cakap lah..skrg dh beberapa bulan ni aku x dpt keje sbb penyakit2 yg cukup menyusahkan niiii.fed up dh aku nak hidup.sape ade senapang?tolong tembak aku dulu.dh stress giler aku dgn sakit yg aku alami ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak produk dah saya cuba, yg terbaik setakat ni bagi saya adalah alkalising green plus(agp).

      Delete
  7. aku pon sama... aku pon barubje balik hospital ni, pi ambik ubat magnesium sakit gila kat ulu hati n dada belah kiri,kadang2 kat belakang pon sakit jugak,ingatkan sakit jantung, aku dah setahun gastrik,histac ranbaxy ni dah mcm gula2 dah.. hari2 kena makan, ecg jgn cakap lah dah berpuluh kali dah.. dah kena tahan kat unit pemerhatian dah aku.aku p klinik swasta aku dapat pentaprazol. mkan segala ubat dah.. ntah lah.. dah mcm xtau nk mkn ubat apa..

    ReplyDelete
  8. Yang tuan kena tu penyakit gerd..
    GASTRO ESOPHAGUS REFLUX DEASES
    nemang sesak nafas lebih kurang simtom jantung..ubat dia pantang makan jer..bila dh kena axiety atrack pun akan menyerang..

    ReplyDelete
  9. Jaga pemakanan+kawal pernafasan jangan panik bila susah nafas, lakukan stretching exercise... Ambil ubat cth:mmt/losec/zantac/nexium.. Ikut nasihat dr.

    ReplyDelete
  10. Assalam semua sy nk minta pendapat semua apa ubat yg boleh bantu klu angin dlm badan terlalu byk yg buat kita sakit klu lambat makan atau salah makan angin dtg sakit ulu hati smpai blkg dan rasa penat sgt2 bila dah sapu minyak panas dan mkn sikit barulah akan rasa kurang itu pon kadang2 ambk masa 2@3jam baru nak ok...klinik n hospital dah byk sy pergi semua kata gastri dpt pon ubat sama.....harap semua yg baca dpt membantu

    ReplyDelete
  11. Salam..dulu sy ada sakit gastrik angin..skrg alhamdulilah..kwn rekemen kan sy susu unta..xda bau pon hamis atau busuk pon..cuma ase pening2 skjp je..slps 2kotak minum..alhmdulilah nampak hasil..skrg sy da jd agent dan nk bantu orang yg ada sakit macam saya dulu..sape2 nak oder mehh whatsap sy 0125148325.nazri

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.