• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Thursday, November 28, 2013

Posted by FizwaN
1 comment | 3:16 PM
Penah tgk gambar nie tak? Salah satu hero dalam citer Kung Fu Panda yang bernama Master Crane. Glamer dia nie sbb kat Malaysia pun ade lagu khas untuk dia - Master Crane aka Cik Bangau.

Masa kecik-2 dulu untuk sesiapa yang membesar di era 80-90an mesti penah dengar lagu bangau oh bangau ni kan? Lagu nie pun rasanya diajar masa tadika lagi. Lagu Bangau Oh Bangau ni mmg nostalgia zaman kecik-kecik dulu... puncanya bangau tu kurus je, tapi dia punye sbb kenapa kurus tu yg menarik tu.. semua & segala yang berkaitan saling menunding jari menyalahkan yang lain untuk melepaskan diri... begitu la kehidupan manusia, kalau ade ape-ape kesalahan dan kesilapan, mesti akan cipta alasan dan menunding jari menyalahkan orang lain walaupun sesuatu itu adalah atas kesalahan diri kita sendiri...malahan memang kita sedar pun yang kesalahan tu berpunca daripada kealpaan dan kekhilafan diri kita. Tp, demi menegakkan benang basah kita akan mencipta alasan dan mencari orang lain utk dipersalahkan. Akhirnya dari satu kesilapan yang sangat kecik ianya membiak dan membesar menjadi sesuatu yang sangat besar. Betul x? Mesti ramai diantara kita yang pernah melihat dan mengalaminya kan?


Jangan terlalu diikutkan perasaan amarah itu, kelak akan membinasakan diri. Selalu kita dengar, "Beringat-ingat dahulu, sesal kemudian tiada gunanya". Belajar memaafkan kesilapan diri dan juga kesilapan orang lain. Kerana kemaafan itu sesuatu yang amat baik dan sikap yang terpuji. Buang ego tu jauh-2. Jangan kerana atas kesilapan yang amat kecil, perasaan amarah menguasai diri lalu meleraikan sebuah ikatan. Puncanya hanyalah sikap menunding jari. Sejak kecil lagi kita diajar. Dari lagu bangau oh bangau nie, kalau dilihat dr sudut yang positif mmg sesuatu yg baik untuk mengajar diri kita bahawa saling menunding jari tu mmg xkan abis dan akan merebak lalu membiak kepada sesuatu yang lebih besar dan akhirnya tidak dapat dikawal lagi. 

"...erti sebuah kemaafan"

1 comment:

  1. besh lagu ni..slalu nyanyi time kecik2 dl..ada pengajaran yg tersirat..

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.