Wednesday, November 20, 2013
Posted by FizwaN
2 comments | 2:40 PM
Bismillah..
Tolong jawab persoalan di akhir kisah nie k. Mm...ok2, amik feel...amik feel...
Cuba kita bayangkan bila situasi berikut berlaku pada diri kita. Alkisahnya, pada satu hari terjadilah kejadian berikut:
Malam
tu kuar rumah nak gi tgk wayang or bersukan (main badminton,futsal or
etc), dah smpi pertengahan jalan baru tersedar yang henpon tertinggal
kat umah. Nak patah balik, cam jauh lak. So, hati pun memujuk..biarkan
je la henpon tu,malam-malam nie sape je la yg nak kol. Kalau sebelum
nie, ade jugak "orang penting dlm hidup" yang
selalu kol or sms, skrg ni lps kejadian hari tu.. dia dah menyepikan
diri, maybe dah xnak kawan lg dah kot. Ari2 tunggu dia kol or balas
msg, senyap je....huhuhu, pasrah dah..biar je la henpon tu..
Beberapa ketika lepas tu, seorg insan menelefon kita. Penerangan ttg "seorang insan" tu :
- seorang yang penting dlm hidup kita (sahabat baik atau kekasih barangkali)
- beberapa hari sblm nie, berlakunya perselisihan faham yang membawa kepada terputusnya / terlerainya sebuah "ikatan"
-
hari tu.. mm, malam tu utk lebih spesifik.. insan nie tergerak hati
untuk menghubungi kita sbb dia dah boleh maafkan dan lupakan segala yg
terjadi & niat dia nak berbaik2 dan menyimpul kembali "ikatan" yang
dah terlerai beberapa hari yang lalu ... sblm nie, hati dia cukup keras
utk jawab kol, balas sms , saje2 nak kol or sms.. lebih suka
menyendiri & memujuk hati yang tgh bergolak... ok2, cukup
penerangan ttg "insan" tu.
Pertama kali dia kol, x
dijawab.. fikirnya mungkin kita tgh mandi kot. beberapa minit lps tu,
kol lg...x jawab jugak, fikir dia lg..tak sudah mandi lg ke?or
barangkali lps mandi kita solat terus kot..xpela,jap lg kol lg
la...10mnt kemudian, kol lg..lama tunggu di talian, operator lak yg
jawab...isk,nape lak nie..bz sgt ke?slalunye kalau bz mesti akan msg ckp
will call back later...tp,nie senyap je...try kol lg, x dijawab
jugak..huhuhu, hatinya dah terdetik...mungkinkah kita sengaja xnak jawab
kol dia sbb masih lg x recover dgn perselisihan tempoh hari.. mm, then
dia try sms lak... sms ckp dia mintak maaf psl kejadian tempoh hari,
harap dpt menyambung kembali hubungan seperti bbrp hari yg lalu &
mintak kita jawab phone or return call dia blk. Bbrp ketika tunggu, x
balas jugak sms..then try kol lg...x dijawab jugak, sms kedua
menyusul...berbunyi begini lebih kurang " Salam, nape xnak jwb kol or
balas sms? marah lagi ke?kan sy dah mintak maaf..semoga awak maafkan sy,
sy tunggu awak kol blk or sekurang-kurangnya balas sms sy..dah x sudi
lg ke nak kawan ngan sy?".. mm,ade persoalan di akhir sms tu, pastinya
menanti sebuah jawapan...hehehe, cam lagu Padi lak...
Insan
tu pun menunggu kita return call & bls sms...tp, still hampa.
Fikirnya, kenapa ini berlaku? Besar sgt kah erti sebuah kemaafan?
Adakah kita x hargai diri dia lagi? Mm...dengan penuh kesedihan,
kesabaran dan pemikiran & hati dah semakin kuat dihasut oleh nafsu
& syaitan yg menyesatkan.. sms skali lagi, yg ketiga
kalinya..."Tolong return call kalau awak masih menghargai hubungan
kita, kalau awak x return call anggap saje lepas nie sy x wujud lagi
& jgn pernah awak cari sy lg...sy tunggu awak return call!!!"
mm...siap tanda seru dah kuar,mmg betul2 serius kali nie...kalau x call
jugak nie, mmg kompem hubungan tu x dpt diselamatkan lg...tp, oleh
kerana henpon tu kat umah & kita x tau menahu ttg keadaan kritikal
yg tgh berlaku...mmg permintaan dia xkan dapat kita tunaikan. dalam apa
jua keadaan sekalipun..lalu utk terakhir kalinya, insan itu call dan
time2 tu jugak la...henpon kita abis bateri & terpadam..for sure,
dihatinya pasti bergelora dgn pelbagai perasaan...sedih, marah,
bengang, kecewa, terhina dan mcm2 lagi...pada dirinya, smpi hati kita
membuang dirinya...kol x jwb, sms x bls...pastu bila kita rasa rimas
sgt terus off henpon.. jgn salahkan dirinya andai berfikir sedemikian,
sebab itulah yg telah terjadi...maka, dgn hati yang bulat dan
diselubungi oleh kesedihan, kekecewaan dan segalanya yg menyelubungi
diri...bermula saat tu, pastinya dia telah membuang jauh2 diri kita dan
jangan harap akan berbaik lagi sbb segala pintu peluang & harapan
dah tertutup serapat-rapatnya...kuncinya pulak dah dibuang entah kemana
& pasti xkan berjumpa lagi.. amboi, bukan main marah lagi nie..
Dan
tgh malam tu...kita pun smpi umah, mm..ambik henpon sbb nak set alarm
clock,isk..off pulak henpon ni, mm..masa tinggal td pun tinggal 2 bar
je..maybe ade org kol then padam kot..mm,sape pulak yg kol...on henpon,
amik kau...10 miskol & 4 msg...tgk sape yg kol, MasyaAllah..muncul
nama sesorg yg kita nanti-nantikan utk hubungi kita dlm beberapa hari
nie..dengan pantasnya kita return call, tp...ade seorg perempuan
menjawab,hehehe cik operator la tu..dgn suara yg lunak merdu siap
speaking London lg dia ckp "We are sorry, your network has been disturbed due to unsettled bill..please make a payment to continue our service"...hah,
ape nie?lupa pulak nak byr bill siang td...nak pinjam phone kwn2, duk
umah sorang2 lak..nak cari public phone, ade lg ke public phone zaman
skrg nie..nak beli no prepaid, dah tgh malam..kedai pun dah
tutup...pasrahnya hati Allah saje yg tau..tunggu je la smpi pg esok,
berharap moga "insan" itu akan dapat dihubungi dan kita dapat
menceritakan hal yang sebenar... Persoalannya, andainya
rakan-rakan berada di pihak "insan" itu dan berfikir dari kacamata
"insan" tu.. apakah korang akan dapat menerima segala penjelasan yg
diberikan? Adakah perhubungan tu dapat diselamatkan? Atau, dgn penuh
keegoan, hati korang dah tertutup untuk mendengar sebarang penjelasan
dan merelakan perhubungan tu terputus selamanya?
Andai itu takdirnya,
siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal nie? Adakah kita patut
menyalahkan takdir Allah yang telah menyebabkan segala ini berlaku?
Renungilah, kadang-kadang tu...bukan semua alasan direka-reka bagi
menyelamatkan diri, tp..alasan itu dtg dr kejadian yang benar-benar
telah melanda diri si pemberi alasan. Selalunya, kita akan mendengar " Ahhh, semua alasan..sudah la, semuanya dah terlambat" ...xpun, "Sudah-sudahlah cipta alasan, dah tau sgt dah"...xpun, "Jgn nak tipu la, alasan je semua tu.."....mmm,sebelum
cakap semua tu...fikirkanlah betapa luluhnya hati org yg betul-betul
menghadapi kesusahan sepertimana yg ingin diterangkan kepada
kita...hidup ni penuh misteri, kadang-kadang tu.. sesuatu yang terjadi
diluar kawalan dan keinginan diri kita. Apa yang pasti, Allah Maha
Mengetahui alasan dan jawapan di sebalik setiap sesuatu yang berlaku.
Pasti ade hikmah atau rahsia disebalik kejadian tu. Cuma, cepat atau
lambat aje untuk kita mengetahuinya. Begitulah kisahnya.."Andai Itu Takdirnya".. hanya rekaan semata-mata, tiada kene mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Wassalam.
" Live
has its Up and Downs.. Sometimes the Sun Shines, Sometimes the Rain
Lashes... But, then it takes both the Sun & Rain to make a Rainbow
(^_^)"
Akan bersambung dengan "Kalau Itu Takdirnya"
p/s: Entry ini dah pun di post pada hujung tahun 2010, tapi oleh sebab dah blog post semua dah hilang, repost semula... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dalam apa pun situasi..ikhlas dan redha..andai 2 unsur ini kita aplikasikan insyaAllah semuanya baik-baik belaka :)
ReplyDeleteRedha dengan apa yang berlaku. Inshaallah :)
ReplyDelete