• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Thursday, October 13, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 3:29 AM
Saya bekerja sebagai freelance modeller (salah satu pekerjaan dalam skop civil engineering). Tinggal di Selangor tapi projek di Pulau Pinang. Tahun ni ada 4 projek sedang berjalan. Boleh dikatakan sebulan saya akan ke Pulau Pinang 5-6 kali untuk menghadiri project meeting. Kalau pergi dengan kawan, naik kereta tp kebanyakkannya pergi seorang. So, memang pilihannya naik kapal terbang. Tak penat nak memandu. Kadang-kadang dalam satu minggu ada 2 meeting pada hari yang berbeza. Jadi,  balik KL dalam sehari dua then kena Pulau Pinang semula. Oleh sebab banyak kali naik kapal terbang dengan Air Asia dalam setahun, ada beberapa pengalaman yang saya nak kongsikan. Mungkin berguna kepada sesiapa yang nak kemana-mana dengan kapal terbang Air Asia. 

Pertamanya, sampai airport lambat dan dah tak boleh nak check in masuk. Pernah kena sekali pada saya sebab terlepas ERL dari Putrajaya ke KLIA2. Bila dah terlepas kena tunggu lagi lebih kurang 30 minit untuk train seterusnya. Dari Putrajaya ke KLIA2 pulak ambil masa dalam 25 minit. Sampai KLIA2, jalan kaki ke kaunter check in paling laju jalan pun ambil masa 5 minit. Masa tu flight pukul 12.50 tengah hari. Sampai kaunter self check in pukul 12.10 tengah hari. Ok, masuk je itenary no, kat mesin tu tulis closed kalau x silap. Memang masa tu gelabah puyuh dibuatnya. Yela, meeting pukul 3.00ptg di Komtar, Penang. Kalau naik flight pkl 12.50, pukul 2ptg dah smpi airport Penang sebab dari KLIA2 ke Penang selalunya ambil masa 55minit - 1 jam 5 minit bergantung kepada cuaca. Memang gelabah puyuh sebab kalau sy tak sampai, meeting tak boleh nak mula dan mungkin kena postpone. Sebabnya sy yang bawa slide presentation utk meeting dan saya yang akan present. Sambung balik, bila dah tak boleh check in dekat mesin self check in terus ke kaunter. Staff di kaunter suruh pergi tanya di kaunter customer service. Sampai dekat kaunter customer service, terus staff Air Asia cakap tak boleh nak tolong. Kena beli tiket baru untuk flight seterusnya. Confirm takkan beli sebab memang takkan sempat sampai sebelum pkl 3. Tanya lagi, takkan tak boleh tolong sebab saya bawa beg galas je. Tu pun ada laptop je dalam bag. Lima minit jugak la mintak tolong. Dia call ntah sesapa lepas tu cakap memang tak boleh bagi masuk. Tengok jam baru pkl 12.20. Sy cakap lagi setengah jam baru terbang, takkan x boleh masuk. Kata staff tu, prosedur Air Asia untuk domestic flight kena check in sejam awal. Maksudnya kalau flight pkl 12.50pm, kena check in sebelum pkl 11.50am. Ok. Pengajaran disitu. Sila datang awal ye walaupun just bawak beg laptop. Kalau ada bagasi, sila datang dua jam awal ye sebab kalau ikut pengalaman memang lembab proses check in bagasi ni. Dah pasrah dah masa tak boleh masuk tadi. Lepas tu, ada datang sorang lagi staff Air Asia yang lebih cerdik dari staff kaunter tadi. Katanya, boleh direct jumpa dengan supervisor, mungkin boleh tolong. Kena pergi kaunter customer service yang lain yang ada supervisor. Bila jumpa supervisor, baru nampak cahaya di hujung jalan. Dia buat satu call, lepas tu cakap pergi kaunter sebelah ambil tiket. Tapi kena lari sebab penumpang dah start masuk flight. Nak print tiket kena bayar RM10.60 termasuk GST. Bagi RM11, cakap x pyh bagi balance, bagi tiket je. Nanti nak cari siling 40 sen pun dah makan masa dua tiga minit. Bukan boleh percaya, time tengah kalut ni la macam-macam hal jadi. Lepas dapat tiket, memang berlari jugak la. Sebab nak kena lepas polis cek tiket, then kena lepaskan pemeriksaan keselamatan. Kena buka tali pingggang, then kasut bunyi pulak. Patah balik bukak kasut. Potong barisan memang confirm. Tak kisah la apa orang nak cakap. Lebih tu, pakai tali pinggang sambil berlari. Nasib masa hari tu Pintu No 8. Buatnya pintu 15 or 16, memang terlondeh seluar dibuatnya. Pintu No 8, tengah2. Tu pun lepas berlari ambil masa 5 minit jugak. Ngam2 sampai dah tinggal tak ramai tengah beratur utk masuk dalam kapal terbang. Alhamdulillah. Nasib sangat baik aritu. Ok, kalau smpi lambat, mungkin sebab kereta rosak, jalan jem, or terlepas train sebenarnya boleh nego lagi. Cuma terus cari kaunter yang ada supervisor. Macam mana nak tau yang mana satu supervisor, cari yang baju kemas. Mungkin pakai kod dan tailor. Ada rantai kain Air Asia tergantung di leher. Muka pun lebih cerdik dari yang lain. Cari la orang yang itu.  Boleh juga install Air Asia apps, dah check in guna apps ataupun boleh web check in. 

Dengan Air Asia apps pun pernah juga ada pengalaman. Esok nak naik flight, hari ni check in guna apps. Kenapa tak check in awal, sebab tiket baru beli. Terus check in. Tp, klik check in tapi xde confirmation. Esoknya try guna self check in, kat monitor tulis error. Cannot check in. Nasib masa tu sampai awal, ke kaunter customer services lagi kita. Bila cakap pada staff Air Asia di kaunter, katanya apps memang kadang2 error. Dia reset balik then suruh try self check in skali lagi. Ok, keluar pun tiket. Pengajaran disitu, sila datang awal ye. Apa2 hal jadi, takde la mengelabah puyuh dibuatnya. 


Seterusnya, esok sepatutnya ada meeting so dah beli tiket flight. Tiba2 pada petang yang indah, dapat pula call / whatsapp cakap meeting postpone. Ok, masa tu tengah cuti sekolah. Cuti raya haji. Tiket ke penang RM600++. Tiket bila dah beli, tak boleh cancel dan mintak refund dari Air Asia. So, kebetulan, minggu depannya ada meeting untuk projek lain. Bila tukar ke tarikh meeting tu, kena pulak bayar lagi RM200 untuk guna tiket yang dah beli tu. Sebab selalunya beli return tiket. Akhirnya jadi RM800 ++ return tiket ke Penang. Huhuhu. Penamatnya, tiket RM600 burn, pergi Penang naik kereta sebab kebetulan kawan pun nak ke Penang. 

Tentang flight Air Asia delay, memang selalu dah. Sekali tu, dah naik flight sebab sepatutnya terbang pkl 9 pagi. Tapi, ntah kenapa ada pulak dua tiga orang Arab ni gaduh dengan flight attendance Air Asia masa tengah beratur nak masuk lagi. Tak tau kenapa. Mungkin arab2 tu tak sabar nak ke Penang kot. Sorang lelaki Arab tu, macam tumbuk perut flight attendance tu tapi mcm tak kuat pun. Mungkin just letak tangan. Tapi, berlarutan pulak sampai ke dalam flight. Mula-mula datang mungkin officer Air Asia, bagi warning pada lelaki arab tu. Kemudian datang pulak polis bantuan. Tak lepas tu, lelai Arab tu kena suruh keluar pulak. Ambik beg keluar dengan polis bantuan. Bila sorang keluar, lagi 3 orang kawannya pun keluar. Tak lama lepas tu masuk balik pulak. Betul2 drama di pagi hari. So, ding dong ding dong, dekat 40 minit jugak la duduk dalam flight yang tak bergerak. Oleh sebabkan delay 40 minit di pagi hari, malam tu sepatutnya balik KL flight pkl 8.50 sekali delayed sampai pkl 10.40 malam. Dekat dua jam dah. Huhuhu. So, sape2 yang ada perancangan tu, sila masukkan kemungkinan flight delay dalam list anda ya. 

Baru-baru ni, beli tiket ke Indonesia. Bawa anak2 dan wife juga parent dan mertua. Masa beli tiket, pilih kerusi dan beli berat luggage. Untuk pengetahuan yang jarang-jarang naik flight Air Asia or yang pertama kali nak naik flight Air Asia tu, tiada free luggage ya. Air Asia berikan maximum 7kg untuk hand luggage sahaja. Hand luggage maksudnya beg galas ataupun bagasi kecil. Kalau beg bagasi anda tu besar, silalah beli berat luggage ya. Minimum 20kg RM45 kalau tak silap, tapi better beli 25kg sebab lebih kurang RM50. Maksimum berat yang boleh beli ialah 40kg untuk seorang penumpang. Masa beli tiket ke Indonesia dan dah buat bayaran, seminggu nak sampai tarikh tu login balik website Air Asia sebab nak tambah berat luggage sebab balik confirm lebih berat dari pergi. Bila klik pada return flight, alamak kosong je. Tempat duduk xde pilih, berat luggage pun xde beli. Rupanya masa beli tiket kena klik pada return juga. Ingatkan automatik beli untuk pergi dan balik. Maklumla, selalunya xde luggage. Bawak beg galas je. Nasib baik la terasa hati nak tambah berat. Terus beli berat luggage untuk return tiket. Beli terus 70kg. Untuk tiket seorang pembeli, tapi ada banyak nama berat luggage boleh kongsi. Tak perlu semua orang nak beli sorang 20kg. Cukup 2 orang je beli. Xde mahal sangat. Nanti masa check in bag, Air Asia akan total up berat beg untuk semua penumpang yang ada dalam satu resit pembelian. Kalau tak cek sebelum pergi tak tau la berapa ringgit nak kena bayar masa nak balik dari Indonesia tu. Sebab total berat dalam 65kg. Kalau kena bayar 1kg RM20, dah RM1300 kena bayar untuk bagasi. Jadi, kepada yang dah beli tiket return flight tu, silap cek betul-betul ya. Takut nanti dah seronok-seronok bercuti, kerugian pulak sebab ken bayar mahal untuk luggage. 

Ok dah panjang. Nanti kena buat entry baru untuk sambungan rasanya. Last perkongsian tentang ibu mengandung naik flight Air Asia. Masa wife saya mengandung anak kedua tahun lepas. Dah masuk usia kandungan 30 minggu teringin pulak nak ke Sabah. Ok, sebelum naik flight kena pergi klinik yang selalu buat check up kehamilan setiap bulan. Dapatkan surat kebenaran dari doktor baru boleh naik flight. Semestinya kena bebel dengan doktor sebelum dapat surat. Masa saya mintak surat kebenaran dari doktor, doktor tu nasihat kalau tak urgent postpone je. Risiko pada wife dengan baby sebab ke Kota Kinabalu ambil masa 2 jam 30 minit juga di udara. Bila di ketinggian 20,000 or 30,000 kaki tekanan rendah. Mungkin akan beri ketidakselesaan or maybe buatkan sakit perut or ada effect pada baby dalam kandungan. Tapi oleh sebab wife macam mengidam nak naik flight ke Sabah, diturutkan juga. Orang cakap kalau wife mengidam masa mengandung, sebolehnya diturutkan segala kehendak. Tapi sebelum naik flight, banyak jugak la surf internet tentang risiko ibu mengandung nak kapal terbang. Baca tips2 yang sahih dan rasanya tak la memudaratkan sangat. Jadi tiba harinya, kita terbang juga ke Sabah. Sebelum naik flight, kena isi borang yang diberikan oleh Air Asia. Kena kepilkan salinan surat kebenaran doktor. Lepas tu baru boleh check in. Alhamdulillah, wife tidak ada masalah sepanjang perjalanan. Baby pun ok. Masa balik KL pun sama, kena isi borang sekali lagi di Airport KK. Sepanjang perjalanan pun wife dengan baby dalam kandungan tak de apa2 masalah. Kiranya, ibu mengndung boleh naik flight sebenarnya cuma kena tanggung risiko sendiri. Dalam borang Air Asia pun kalau tak silap, 35 minggu kandungan masih boleh naik flight. Nanti saya cari balik borang tu dan attach di sini ya. Kalau terberanak dalam flight pun, baby dapat tiket flight free seumur hidup. Tapi, menyusahkan ramai orang pulak nanti. Yela, melahirkan anak tu susah. Banyak darah pulak tu keluar. Bayangkan kalau terberanak dalam kapal terbang, bau hanyir darah tu boleh buat ramai penumpang yang muntah dan pitam kan? 

Nanti saya kongsikan lagi pengalaman yang lain ya. Jumpa lagi. 

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.