• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Saturday, April 30, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 1:02 PM



Apa itu Kasa Rubia ?

Since ramai customer yang walk in ke butik Kebaya Nyonya saya bertanyakan mengenai Kasa Rubia, maka disini saya akan terangkan serba sedikit yang saya tahu mengenai Kasa Rubia ini.

Material asal yang sering digunakan untuk menjahit dan menghasilkan baju Kebaya adalah kain Kasa Rubia. Ada juga orang lain yang menyebut kain Kasa Rubia ini sebagai Kasa Rubiah. Walaupun bunyi sebutan lain sedikit, material kain adalah yang sama.

Kain Kasa Rubia ini ialah kain kosong yang jarang,ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang amat halus. Dalam erti kata lain, material nya bersifat seperti kain Bawal. Mungkin ramai orang Malaysia yang mengenali kain Bawal ini.

Material Kasa Rubia ini selesa untuk dipakai dan tidak mudah berkedut. Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, ramai customer memilih material Kasa Rubia ini sebagai pilihan untuk baju Kebaya terutamanya baju Kebaya Nyonya.

Proses sulaman benang yang digunakan untuk menyulam material Kasa Rubia adalah jenis benang yang bermutu tinggi. Manakala sulaman yang dihasilkan adalah sulaman tangan sepenuhnya. Cukup teliti dan kemas hasil sulaman yang dihasilkan.

Maka tidak hairanlah jika harga untuk membeli dan mendapatkan Kebaya Nyonya agak mahal harganya. Ada yang ratusan ringgit sehingga ribuan ringgit. Cukup berbaloi harga yang ditawarkan seiring dengan hasil sulaman tangan yang dihasilkan.

Sesiapa yang berminat untuk membeli Kebaya Nyonya jemput lah datang shopping di butik Kebaya Nyonya saya.


Walk in : Izzlegacy Boutique (Tingkat 1) No 28-1, Blok A, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Contact No : 03-89596970 / 012-6907705 / 012-3199026
Website : Izzlegacy Boutique 
Facebook : Izzlegacy Boutique
Izzkebaya & Izwanizzati.com

#izzlegacy #izzlegacyboutique #izzlegacydesign #izzkebaya #kebaya #kebayanyonya #nyonyakebaya 

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.