Discount,Discount lagi lah
*entry ini ditulis ketika perasaaan geram
Alkisahnya, Kita semua ada kawan tak kiralah kawan baru mahupun kawan lama.
Kawan ni ada satu jenis perangai iaitu suka dgn discount.
Discount,Discount & Discount.
Mmg dah jadi lumrah manusia ni lagi lagi kaum hawa,pantang dengan perkataan Discount. Kaum adam pun ada juga. Kekadang tu ada yang lebih lagi dari kaum hawa.
Kalau ya pun korang ni suka discount,jangan la minta discount yang terlajak sgt..
Contoh macam ni la, aku baru buka kedai. Dan kawan kawan aku ni boleh whatsapp aku tanya “babe,kalau aku beli dgn kau dapat harga kawan kawan tak?“ “alah..kawan kawan,bagilah harga discount..”
Dan...bila aku dah bagi harga yg aku rasa okaylah “kawan-kawan”,dengan selamba dia boleh reply “kat luar ni harga 30 lebih je” “harga standard mcm tu je” “discount lagi la..kawan-kawan punya harga”
**#$/^!**#$/^!** (faham sajalah)
Bagi aku la, korang ni nama je kawan. Kata support kawan-kawan,tapi banyak pulak minta discount nya. Baru mula bisnes kot. “Tak patut..tak patut ..” (geleng kepala). Patutnya sebagai kawan,korang beli la dengan harga yang dijual tu. Bagi sikit semangat & sokongan tu. Baru la dinamakan kawan.
Akhir kata,support kawan..support bisnes kawan. Jgn asyik nak discount melampau je.
korang jgn lupa support bisnes aku juga.
Follow Instagram : @izzlegacy_boutique @izzkebaya
Website : www.izzlegacy.biz
Sekian.
Kuat bebel
tak syiok betul kalau kekawan yang jenis suka mintak discount. kekadang kita rasa serba salah. erhhh
ReplyDeletekan..itu la. bagi la support dulu sepatutnya.
ReplyDelete