Antara koleksi baju kebaya design terbaru. Cantik kan? Semua nie ready stock. Jom dapatkan sekarang. |
Wednesday, March 18, 2015
Posted by FizwaN
No comments | 5:51 PM
Tak lama lagi Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Dayak, Sarawak bakal menjelma. Seperti tahun-tahun sebelum nie, memang sy banyak terima tempahan baju kebaya nyonya untuk dipakai semasa menyambut perayaan hari gawai. Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk perayaan hari Gawai dan dah banyak terima tempahan pre-order baju kebaya nyonya. Memang cantik berkebaya di hari perayaan. Kepada yang tidak mahu menunggu lama dengan tempahan pre-order, boleh beli baju kebaya nyonya ready stok di website kami. Ada hampir 200 helai baju kebaya nyonya ready stock dengan pelbagai motif, warna dan saiz. Cantik-cantik semuanya. Design-design yang baru dikeluarkan. Untuk tempahan pre-order dan pembelian baju kebaya nyonya ready, boleh lawat website butik saya di : http://www.izzlegacy.biz/index.php?main_page=index&cPath=1_27. Ada lebih 800 design kebaya pre-order dan 200 helai kebaya nyonya ready stock.
Kat sini sy kongsikan info tentang Perayaan Hari Gawai, Sarawak. Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat
tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang
disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di
Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali
Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat),
Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang
lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini
sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan
menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera
orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan
dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan
daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh
itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap
tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan
mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai
tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai
Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang
berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan
penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim
penanaman padi yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment