Kadar bayaran BRIM 4.0 2105 |
Wednesday, January 14, 2015
Posted by FizwaN
2 comments | 1:47 AM
Minggu nie ramai yang bercakap tentang BRIM kan? Sape yang dah dapat?Siang tadi dengar kat Radio, menteri Ahmad Maslan cakap hentikan sebaran mesej palsu yang katakan duit BRIM 4.0 dah masuk dalam akaun bank. Semua duit BRIM 4.0 hanya akan diagihkan selepas 15 Januari 2015. Tapi, tadi cek akaun Maybank, dah ade la pulak masuk duit BRIM 4.0 kelmarin 12 Januari 2105. Tapi, masuk RM300 je. Kira betul la jugak yang cakap duit BRIM 4.0 dah masuk. Menteri yang kurang alert.
Kenapa masuk RM300 je? Mesti ramai yang tak tau dan tertanya-tanya kan? Kenapa tahun nie BRIM dapat sikit je? Rupanya tahun nie untuk BRIM 4.0 pembayaran adalah sebanyak 3 kali iaitu bulan Januari RM300, May RM300 dan September RM350. Total, untuk BRIM 4.0 adalah sebanyak RM950 untuk sesiapa yang pendapatan isi rumah di bawah RM3000. Untuk pendapatan melebihi RM3000 pulak, akan terima BRIM ansuran RM200, RM200 dan RM350. Total RM750. Manakala, untuk individu bujang umur 21 tahun ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan pula akan terima BRIM 4.0 RM350 sekaligus bulan Januari 2015 nie. So, bulan nie ramai la yang dapat duit tambahan kan? Gunakanlah duit bantuan kerajaan nie untuk perkara yang berfaedah ye. Jangan gi enjoy pulak. Sehari dah abis.
Masuk tahun nie, dah 4 tahun terima BRIM kalau tak silap dan kalau diikutkan 4.0 tu maksudnya dah 4 tahun la kan? Ramai juga yang mempertikaikan pemberian BRIM nie dan ada juga yang mempersoalkan kerevelan pemberian duit bantun rakyat satu Malaysia nie. Kepada yang amat memerlukan, pasti akan sangat bersyukur dengan pemberian ini. Jadi, selagi kerajaan nak beri walau apa pun fahaman politik, terima aje la. Ini tidak, bagi pun banyak complain, tak bagi pun banyak complain jugak kan? Cuba sekali sekala tu bersyukur dengan sesuatu pemberian dan rezeki yang diterima. Pasti hidup lebih bermakna kan? Sape yang kasi sini terima BRIM tahun nie? Korang buat ape dengan duit BRIM tu? Sy ingat nak buat tambah duit renew roadtax kereta. Bulan nie memang banyak nak guna duit. Syukurlah duit BRIM nie dapat membantu kurangkan sikit beban. Ok. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sy bujang xdpt pun RM350..dpt RM100 jr ni..knp ye
ReplyDeleteThanks for taking this opportunity to discuss this, I feel fervently about this and I like learning about this subject. If possible, as you gain information, please update this blog with more information. I have found it really useful. semakan status br1m 2016
ReplyDelete