• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Tuesday, September 5, 2017

Posted by FizwaN
1 comment | 10:35 PM
Blog ni sekarang banyak entry tentang kebaya nyonya je kan? Maklumlah owner menjalankan perniagaan butik kebaya nyonya sepenuh masa. Promote je la selagi boleh. Nak tulis entry lain belum ada idea lagi. Mungkin sebab umur dah makin meningkat agaknya. Kalau masa mula2 menulis blog 10 tahun yang lalu, banyak je idea nak tulis. Sekarang ni makin kurang dah idea-idea nak menulis. Mungkin jugak hari-hari sibuk berbisnes sampai otak nak berblog pun dan makin membeku. 

Ok, sape kat sini yang minat dengan baju kebaya nyonya? Mesti ramai peminat baju kebaya kan?Sebab memang cantik bila pakai kebaya nyonya. Tak kira sekecil mana dan sebesar mana badan anda, bila pakai kebaya nyonya je mesti sentiasa akan kelihatan cantik. Tak percaya? Boleh tengok album kebaya nyonya lovers di website saya. Di dalam album tu, dikumpulkan semua gambar-gambar yang dikirimkan oleh para pelanggan yang membeli kebaya di butik saya. Jom KLIK SINI untuk tengok album kebaya nyonya lovers tu ya.

 
Ramai customer yang beli kebaya nyonya walk in di butik dan juga beli online di website cakap tak tau nak pakai kebaya nyonya tapi minat nak pakai. Ramai yang first time pakai kebaya nyonya. Kebaya nyonya kalau korang semua nak tau, bagi yang tak pernah beli dan pakai kebaya, kebaya nyonya tak ada butang. Selalunya pakai dengan pin atau dokoh kebaya / kerongsang tiga berantai. Selain itu, kebaya nyonya juga dibahagian depan kena lipat baru betul cara memakainya. Untuk lebih mudah terangkan tentang cara-cara pakai baju kebaya, boleh tengok video kat bawah ni ya: 


Untuk kain padanan baju kebaya nyonya, ada banyak jenis. Boleh tengok video kat bawah ni ya:


Lima Fesyen Kain Batik Padanan Kebaya Nyonya


Lima Jenis Kain Pareo dan Cara-Cara Memakai Kain Pareo Batik

Sunday, September 3, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 4:13 PM
Kebaya nyonya sesuai dipadankan dengan kain batik, pareo, skirt, palazo, jeans dan sebagainya. Kebaya nyonya merupakan legasi fesyen zaman-berzaman, tak pernah lapuk dibayangi arus kemodenan fesyen terkini. Di butik Izzkebaya, terdapat banyak pilihan fesyen kain batik dan kain pareo untuk dipadankan dengan baju kebaya nyonya.

Untuk entry kali ini, saya akan kongsikan tentang fesyen kain batik yang boleh didapati di butik Izzkebaya yang sesuai dipadankan dengan baju kebaya nyonya. Terdapat 5 jenis fesyen kain batik di butik Izzkebaya iaitu kain batik selisih lipat, kain batik selisih belah, kain kembang labuci, kain kembang payung duyung dan kain batik kipas depan. Semua pun cantik bila digayakan dengan baju kebaya nyonya.

Contoh Fesyen Kain Batik Selisih Lipat
Contoh Fesyen Kain Batik Kipas Depan
Untuk lain-lain fesyen kain batik, boleh tengok video ni ya:

Friday, September 1, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 10:34 PM
Kain pareo merupakan salah satu fesyen kain yang sesuai digayakan dengan baju kebaya nyonya. Mudah dipakai dan cantik tersusun je. Di butik kami terdapat lima jenis kain pareo iaitu kain pareo satin plain, kain pareo satin printed, kain pareo pantai, kain pareo songket dan juga kain pareo batik. Mudah sahaja untuk pakai kain pareo ni. Kami ada publish beberapa tutorial tentang kain pareo dan cara-cara memakai kain pareo. 

Untuk pembelian kain pareo, anda boleh singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga KLIK SINI untuk pembelian kain pareo secara online. Kain pareo sesuai untuk size XS hingga size XL sahaja kerana jika lebih besar tak berapa nak sesuai dan kurang cantik bila dipakai. 

Berikut adalah video-video yang kami publish berkaitan dengan kain pareo. Semoga bermanfaat. Jika berminat nak beli, boleh hubungi kami ya. Buckle pareo pun kami ada jual. Ada buckle plastik dan juga buckle tempurung kelapa.




Thursday, August 31, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 5:50 PM
Adakah anda seorang peminat kebaya nyonya? Ya, ramai yang minat dengan fesyen kebaya nyonya kan? Legasi fesyen zaman berzaman. Tak pernah lapuk dibayangi arus kemodenan fesyen terkini. Sentiasa cantik, ayu dan anggun tatkala menggayakannya. Dengan corak dan motif sulaman tangan yang kemas, cantik dan menarik dipadankan pula dengan pelbagai dengan kain, memang cantik bila dipakai. 

Kepada semua peminat kebaya nyonya, anda boleh lawat website ini ya : http://www.kebayanyonya.com kerana di website ini anda boleh tengok video-video tentang kebaya nyonya, cara-cara kebaya nyonya dihasilkan, bagaimana kebaya disulam, cara-cara memakai kebaya nyonya dan juga koleksi tutorial cara-cara memakai kain pareo satin, songket dan batik. 

Selain daripada koleksi video, anda juga boleh mencuci mata dengan koleksi gambar-gambar kebaya lovers menggayakan kebaya nyonya masing-masing. Koleksi gambar ini dikumpul dari kiriman para pelanggan yang membeli kebaya nyonya di butik Izzlegacy, Izzkebaya, Rona Klasik, Kebaya Nyonya KL dan IzwanIzzati Collection. Bagi anda yang teringin untuk memakai kebaya nyonya tapi kurang yakin dengan saiz badan anda, boleh la tengok koleksi gambar kebaya nyonya di website ini sebab terdapat gambar peminat kebaya yang bersaiz kecil sekecil saiz XS sehigga yang bersaiz besar sebesar size 9XL. Cantik je semuanya. Jadi, jika teringin nak pakai kebaya, cuba je beli sepasang pasti puas hati. Jika anda tinggal di Lembah Klang, anda boleh singgah ke butik Izzkebaya yang terletak The Atmosphere, Seri Kembangan. Butik yang serba lengkap untuk peminat kebaya nyonya. Lebih dari 800 helai kebaya nyonya ready stock dari size XS hingga 6XL, terdapat juga pelbagai jenis kain untuk dipadankan dengan kebaya nyonya pilihan anda. Selain itu, anda juga boleh dapatkan kelengkapan kebaya nyonya yang lain seperti dokoh kebaya, kerongsang berantai, cucuk sanggul, tali pinggang besi dan juga payung kertas nyonya. Bagi yang berminat nak pakai kebaya nyonya, tapi kurang yakin, singgah la ke butik Izzkebaya ya. Team Izzkebaya akan membantu anda untuk memilih kebaya nyonya yang sesuai untuk anda dan juga kain yang paling sesuai untuk dipadankan dengan kebaya nyonya pilihan anda. 

Kepada peminat kebaya nyonya, anda juga dijemput untuk kirimkan gambar anda tatkala berkebaya untuk dimasukkan ke dalam koleksi gambar kebaya nyonya didalam website ini. Anda juga dijemput untuk share website ini ya. Sama-sama kita berkebaya nyonya. Memang cantik kalau berkebaya. Tak perlu berkebaya hanya untuk ke majlis dinner atau kenduri kahwin sahaja. Sekarang ni ramai yang ke pejabat dan melakukan aktiviti social dengan menggayakan kebaya nyonya kerana kebaya nyonya juga cantik dipakai dengan seluar jeans, skirt dan seluar slack. 

Jemput lawat website untuk peminat kebaya nyonya ni ya: http://www.kebayanyonya.com 

 

Saturday, March 18, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 12:32 AM
Sedar tak sedar, dah pertengahan bulan March dah pun. Tak lama lagi sudah nak puasa dan kemudian kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang memiliki perniagaan butik pakaian, pastinya sekarang sudah mula buat persediaan untuk membuat jualan hari raya. Begitu juga dengan butik kebaya milik saya. Butik saya terletak di THE ATMOSPHERE, SERI KEMBANGAN. Kami menjual PELBAGAI JENIS BAJU KEBAYA iaitu baju kebaya nyonya, kebaya moden, kebaya labuh muslimah, kebaya pendek, kebaya lace, kebaya kota baru, kebaya cotton, kebaya plus size dan kebaya budak.

Untuk KEBAYA NYONYA boleh order custommade mengikut ukuran badan, set sedondon ibu anak, set sedondon bridesmaid, tambah labuh, tambah lining, tambah zip dan sebagainya. Terdapat lebih dari 3,000 pilihan corak sulaman kebaya nyonya boleh di pilih untuk pre-order. Masih lagi sempat kalau nak order. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ramai yang order baju kebaya sedondon ibu dan anak sebab memang comel sangat bila anak beranak berkebaya. Selain itu, kalau tak nak tunggu lama untuk pre-oder, di butik kami terdapat hampir 1,000 helai baju kebaya ready stock. terdapat 10 pilihan saiz boleh pilih iaitu dari size XS untuk saiz yang paling kecil dan size 6XL untuk kebaya nyonya size paling besar / plus size.


Kami juga ada menjual AKSESORI KEBAYA utk digayakan dengan kebaya pilihan anda seperti dokoh kebaya, kerongsang rantai, payung kertas, tali pinggang besi dan juga cucuk sanggul.

Terdapat juga beberapa PILIHAN KAIN utk digayakan dengan baju kebaya seperti kain batik selisih, kembang payung, kipas depan, pareo satin dan pareo songket. Kain batik belum jahit pun ada banyak pilihan. So, kalau kalau batik siap jahit xde yang boleh match dengan kebaya pilihan anda, anda boleh juga pilih kain batik belum jahit dan kami boleh jahitkan mengikut ukuran saiz anda.

Jom singgah 🤗 ke IZZLEGACY BOUTIQUE utk mendapatkan baju kebaya pilihan anda. Kebaya merupakan LEGASI FESYEN zaman berzaman, x pernah lapuk ditelan kemodenan dan sentiasa anggun, ayu dan bergaya tatkala memakainya.

HUBUNGI KAMI ☎ di talian 03-89596970 atau whatsapp 0126907705 / 0123199026 utk sebarang pertanyaan. Jemput LIKE 🖒 INSTAGRAM kami dan juga🖒 FACEBOOK PAGE ini utk rujukan di masa hadapan jika anda ingin mencari baju kebaya. SHARE 🗣 dgn rakan-rakan dan kaum keluarga jika anda suka berkebaya dan suka orang di sekeliling anda berkebaya. Pembelian dan semua koleksi kebaya kami juga boleh dilihat di instagram dan website kami.

**********************************************
Instagram : @izzkebaya dan @izzlegacy_boutique

Website: http://www.izzlegacy.biz

#butikkebaya #kebaya #kebayanyonya #butikkebayakl #izzkebaya #izzlegacyboutique #kebayacustomemade #kebayamurah

Friday, March 17, 2017

Posted by FizwaN
1 comment | 1:01 AM
Untuk pengetahuan yang membaca entry nie, saya menjalankan perniagaan butik kebaya iaitu Izzlegacy Boutique (Izzkebaya) sejak dari tahun 2008 lagi. Sedar tak sedar dah masuk tahun ke sembilan dah. Oleh sebab dah nak masuk satu dekad berniaga butik kebaya ni, macam-macam pengalaman baik dan buruk dah ditempuhi. Berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mempromosi dan memasarkan produk kebaya keluaran butik saya. Salah satunya adalah dengan sponsor artis dekat Malaysia ni untuk dipakai didalam penggambaran drama, telefilem, filem, pengacaraan, pementasan teater dan sebagainya. Dengan balasan, artis perlu post gambarnya memakai kebaya dari butik saya dan tag butik saya di Instagram dan Facebook. Selain itu, untuk drama, telefilem, filem dan sebagainya perlu meletakkan logo butik saya di bahagian senarai penaja. Dengan itu, sekurang-kurangnya butik saya akan lebih dikenali. Persoalannya, berbaloi ke sponsor artis nie? 

Bila di soal berbaloi ke sponsor artis ni, saya akan jawab ikut nasib. Ada artis yang di sponsor bila dia pakai kebaya dan tag gambar di Instagram, dalam sehari beribu follower baru yang akan follow Instagram butik saya iaitu @izzlegacy_boutique dan @izzkebaya. Memang berbaloi-baloi. Tapi, ada juga artis yang pakai dan pos gambar di IG tak sampai 10 follower baru pun yang follow instagram butik. Dari situ boleh dilihat pengaruh seseorang artis tu. Jadi, bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan butik, jangan teruja sangat bila ada pengurus artis atau produksi drama yang call minta sponsor ya. Selidik dulu pengaruh artis tu. Tengok IG dia. Tengok berapa ribu like dia akan dapat setiap kali post gambar. 

Sepanjang pengalaman saya, tak ramai artis yang akan direct contact kita untuk minta sponsor. Selalunya PA artis tu, atau wakil wardrobe  atau wakil dari produksi drama yang akan call dan collect pakaian yang dia minta sponsor tu. Memang masalah untuk pastikan artis akan tag IG or FB sebab bukan direct deal dengan mereka. So, penting untuk buat surat perjanjian tajaan. Tulis dalam surat semua pihak yang terlibat perlu kredit logo dan nama butik setiap kali menggunakan produk kita. Seperti biasa, masa nak mintak sponsor tu bukan main manis lagi mulut dan bukan main baik lagi perwatakan supaya kita yakin bahawa tajaan kita ni berbaloi. Tapi, lepas pakai jenuh juga la nak ingatkan supaya tag dan kredit butik. Ramai juga yang dah kena blacklist dengan butik saya. Lepas ni nak mintak sponsor memang harap maaf. Sebab bila tak dihargai memang tak berbaloi nak sponsor dan berbuat baik dengan manusia macam tu. 

Ada juga artis yang pos gambar tidak di akaun instagram utamanya tetapi meminta atau menggunakan akaun fan club dia je. Dah la baju orang sponsor, lepas tu guna akaun fan club je pulak tu. Industri hiburan dekat Malaysia ni memang macam tu agaknya. Dah glemer sikit, lupa diri. Ada juga artis yang pakai baju kebaya yang ditaja oleh butik saya sampai 6 helai. Lepas tu ada satu pos je gambar dekat IG tag akaun IG butik saya. Lepas tu, telefilem ntah apa tajuknya. Tak bagitau pun bila ditayangkan. Lepas tu, xde tulis pun siapa yang taja baju kebaya. Lepas tu, pulang balik siap tak basuh lagi. Punya la busuk bau ketiak. Satu keje pulak nak hantar dobi. Huhuhu. Macammana la industri hiburan kat Malaysia ni nak maju. Sikap orang2 dalam industri ni yang melingkupkan industri. Kalau rasa tak kredit, tak reti nak hargai penaja, kenapa perlu minta sponsor. Beli je la kan?

Ada 3 telemovie yang dapat detect tak senaraikan butik saya dalam senarai penaja walaupun saya sponsor lebih dari 5 set kebaya nyonya. Yang lain yang saya terlepas pandang atau x berkesempatan nak tonton dan tunggu sehingga bahagian penaja tu, kalau ada yang tak credit dan tak senaraikan butik saya dalam senarai penaja, memang tak dihalalkan. Tiga telemovie dan drama yang dapat saya kesan tak credit tu adalah Telefilem bertajuk "Dari Kerana Mata" #darikeranamata, telefilem raya bertajuk "Madam Nona Pokok Sena" #madamnonapokoksena dan yang terbaru drama bersiri "Namaku Bedah" #namakubedah. Memang saya tidak halalkan dunia akhirat. Silalah menjawab nanti sumber rezeki yang menganiaya orang lain dan tidak menepati perjanjian tajaan. Susah sangat ke nak letakkan logo butik saya macam kat bawah ni dibahagian penaja?

Oleh kerana sikap segelintir artis, penerbit, produksi dan wardrobe yang tidak bertanggungjawab dan tak tau nak menghargai penaja, selepas ini butik saya menutup terus peluang untuk sesiapa yang ingin meminta tajaan kebaya nyonya untuk apa juga tujuan dalam industri hiburan. Mungkin ada yang cakap, ramai lagi yang boleh sponsor. Ok, no problem. Sila cari penaja lain yang sanggup nak menaja. Tak ramai pun kat Malaysia ni yang jual set lengkap baju kebaya nyonya. Kebanyakkannya jual baju kebaya sahaja. Itu pun x banyak dalam koleksi. Untuk butik saya, terdapat lebih kurang 3,000 pilihan corak sulaman, boleh customemade, ready stock ada dekat 1000 helai di butik. Ada 10 pilihan saiz (XS - 6XL). Empat pilihan kain (kain batik selisih, kain kipas depan, kain pareo satin dan kain pareo songket). Aksesori pun ada banyak. Dokoh, kerongsang, tali pinggang besi, cucuk sanggul, sanggul lintang, payung kertas dan sebagainya ada dijual di butik saya. Tu sebab kot ramai yang hubungi saya untuk minta sponsor artis. Kebaya budak pun ada banyak. Dari saiz 1 tahun sampai la 12 tahun. Jadi, industri hiburan malaysia dah kehilangan satu penaja. Mungkin xde kesan pun. Tapi, dari satu lah yang akan meningkat hingga 10, hingga 100 dan hingga 1000 kalau ramai yang terkena macam saya ni. Kalau cakap tak beri kesan, tunggulah satu hari nanti bila tiada siapa lagi yang sudi nak menyokong dan menaja. Masa tu nak menyesal pun dah takde guna. Dah memang perangai orang glamer macam tu kot.Terima je la k. So, untuk mengakhiri entry ni, saya glamerkan lagi telemovie dan drama yang tak senaraikan butik saya sebagai penaja dan sekurang-kurangnya kalau ada yang mencari siapa yang menaja baju kebaya untuk cerita tu boleh tau dari entry ni kan?Banyak lagi nak bebel sebenarnya sebab kecewa dan sakit hati. Kebaya sesiapa diluar sana yang menjalankan perniagaan butik atau yang selalu menerima pelawaan untuk tajaan artis, fikirlah masak-masak ya. Rugi dan buang masa je nanti. 

Rasanya 8 helai kebaya saya sponsor untuk telemovie #darikeranamata ni. Tapi, haram dia nak tulis nama butik saya dalam senarai penaja.

Rasanya 8 helai juga kebaya saya sponsor untuk telemovie #madamnonapokoksena ni. Baju kebaya dengan payung dekat poster pun dari butik saya. Tapi, haram juga tak di senaraikan butik saya dalam senarai penaja.

Ini yang paling latest.drama #namakubedah 4 set kebaya nyonya dan kain batik selisih dengan 2 helai kebaya nyonya plus size. Banyak kali dah ingatkan tentang logo, last2 haram juga nak dimasukkan logo butik saya dalam senarai penaja. Susah sangat ke pun. Kalau rasa dah banyak duit dan tak tau hargai penaja, sila beli dan jangan minta sponsor ya.


Wednesday, March 15, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 11:21 PM
Sebagai seorang lelaki, kita juga perlu grooming diri kita dan bukan hanya wanita je yang perlu nak grooming-grooming ni. Bila diri kemas dan segak bergaya, barulah lebih yakin dan bersemangat untuk melakukan rutin harian. 

Pada masa kini, bukan wanita sahaja yang mempunyai masalah kulit yang boleh memberi impak terhadap keyakinan diri. Lelaki juga mempunyai masalah yang sama cuma kurang diberikan perhatian kerana banyak stereotaip mengenai lelaki yang menjaga ketrampilan diri. Mereka mungkin akan dilabel sebagai “metro” tetapi anda harus tinggalkan itu semua. Masa untuk memikirkan tentang diri anda sendiri. Jadi mari kita lihat apakah itu grooming untuk lelaki dan bagaimana anda boleh mulakan hari ini. 

Grooming bagi lelaki terdapat pelbagai aspek seperti penjagaan wajah, rambut dan penampilan diri. 3 aspek ini akan menyerlahkan keyakinan serta penampilan diri anda jadi ia sangat baik untuk dipentingkan. Penjagaan kulit wajah mungkin agak baru untuk sesetengah lelaki kerana lebih dikaitkan dengan wanita. Tetapi kini banyak produk khas seperti men skin care yang diformulasikan untuk kulit wajah lelaki. Jadi, apa salah menjaga kulit wajah anda. Pilih sahaja produk asas iaitu pencuci dan pelembap muka yang cukup memadai. 


Dalam aspek penjagaan rambut, ada lelaki yang mempunyai masalah kelemumur jadi haruslah memilih syampu yang bersesuaian. Untuk rambut di raut wajah, anda perlu menggunakan pencukur yang sesuai agar anda tidak melukakan diri semasa bercukur. Pilih juga krim wajah khas untuk digunakan semasa bercukur agar anda mendapat cukuran yang lebih halus dan berkesan. Bagi lelaki yang gemar mendandan rambut, anda memerlukan krim, wax atau gel rambut yang bersesuaian dengan gaya rambut anda. 

Akhir sekali, penampilan diri. Yang ini merangkumi penampilan diri anda secara keseluruhan dan dalam aspek grooming, ini adalah di mana deodoran dan minyak wangi menjadi tumpuan utama. Tidak kira rupa anda kacak tetapi jika mempunyai bau badan, keyakinan diri dan penampilan anda akan berkurangan. Jadi, mesti lah anda menggunakan deodoran kerana minyak wangi tidak berfungsi untuk mengurangkan bau badan. Hanya deodoran mampu mengurangkan bau badan. Minyak wangi ialah yang kedua anda gunakan selepas deodoran. 

Jadi apakah pandangan anda tentang mens grooming? Bersediakah anda untuk meningkatkan penampilan serta keyakinan diri anda? Mulakan dengan membeli produk yang betul sekarang!

Saturday, February 11, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 11:26 PM
Entry kali ni nak promote tentang pre order baju kebaya nyonya raya untuk butik saya, Izzlegacy Boutique. Lagi beberapa bulan kita dah nak sambut bulan puasa dan kemudian berhari raya. Pasti ada yang telah berkira-kira tema apa nak pakai raya tahun ni kan? Apa kata tahun ni beraya dengan baju kebaya nyonya? Legasi fesyen zaman berzaman. Tak pernah lapuk di telan kemodenan fesyen. Sentiasa cantik, anggun dan ayu tatkala menggayakannya. 

Kami mempunyai lebih dari 2,500 pilihan corak sulaman baju kebaya untuk anda pilih. Jika anda mempunyai anak kecil, kami cadangkan anda untuk order baju kebaya set ibu dan anak. Memang cantik dan comel bila menggayakan baju kebaya nyonya yang sama warna dan corak sulam ibu dan anak. Raya sebelum-sebelum ni pun ramai juga yang order set baju kebaya nyonya ibu dan anak. Bila beraya, ramai juga yang send gambar kepada kami dan ada juga yang post gambar di Instagram / Facebook dan tag kami. Memang cantik dan comel. Tak percaya, order la satu set :-) Kalau nak order, boleh lawat website kami ya. Ini alamat website : http://www.izzlegacy.biz/

Ada juga yang order set baju kebaya nyonya untuk satu family. Ada yang order sedondon satu family dan ada yang order baju kebaya dengan macam-macam warna. Memang ceria dan berwarna-warni raya mereka satu family. 


Jika anda berbadan besar dan memang teringin nak pakai baju kebaya, kami boleh jahitkan mengikut ukuran saiz anda. Tak kisah besar mana pun, kami boleh buatkan mengikut keselesaan anda. Lepas ni jika ada impian untuk berkebaya nyonya, order saja dengan kami ya. Untuk kebaya nyonya budak juga, anda boleh order dari saiz 1 tahun hingga 12 tahun. Semua kebaya pre order dewasa boleh di buat saiz kebaya budak. Kalau nak bagi ukuran saiz pun boleh.

Jika sebelum ni teringin nak pakai baju kebaya tapi kebanyakkan baju kebaya nyonya nipis dan jarang. Singkat dan tak tutup punggung pulak tu. Jadi, jika anda bertudung memang ianya menjadi penghalang kepada keinginan anda untuk berkebaya. Bagi mengatasi masalah berbangkit ni, anda boleh tempah baju kebaya nyonya menggunakan material cotton ima yang tebal, sejuk dan selesa dipakai. Anda juga boleh tempah kebaya yang menutupi punggung dan juga memasang butang pada baju kebaya anda. Untuk makluman, baju kebaya nyonya yang asli memang menggunakan material kasa rubiah yang nipis dan jarang. Labuh baju kebaya nyonya ditengah punggung. Baju kebaya nyonya yang asli juga tidak mempunyai butang. Kebiasaannya baju kebaya nyonya digayakan dengan dokoh ataupun kerongsang berantai. Jadi, untuk pre-order baju kebaya nyonya raya, anda boleh tempah baju kebaya nyonya mengikut keselesaan anda. Serahkan kepada kami, konsep baju kebaya nyonya anda. Kami akan siapkan. 

Baju kebaya nyonya keluaran butik kami adalah baju kebaya nyonya sulaman tangan. Setelah terima tempahan dari anda, pekerja kami akan mula melukis corak sulaman pilihan anda di atas kain dan seterusnya menyulam benang mengikut warna corak sulaman pilihan anda. Sulaman ini dikenali sebagai sulaman ayak goyang. Pastinya di sulam secara manual. Selepas siap di sulaman benang, proses seterusnya adalah sulaman tebuk pula. Sulaman tebuk ini untuk menghasilkan sulaman lubang kerawang yang pastinya membuatkan baju kebaya anda kelihatan lebih cantik dan menarik. Setelah selesai proses sulaman tebuk kerawang, baru la baju kebaya anda dijahit mengikut ukuran saiz pilihan anda. Kebiasaannya, untuk menghasilkan selesai baju kebaya nyonya mengambil masa antara 1 minggu hingga 1 bulan. Bergantung kepada kesukaran, keunikan corak sulaman dan bilangan warna benang pada corak sulaman baju kebaya nyonya anda. Oleh sebab itu, kami membuka order lebih awal kerana jika order lambat, takut nanti lepas raya baru baju kebaya nyonya anda siap. Dah x best nak beraya. Baru berangan-rangan nak photoshoot ramai-ramai dengan baju kebaya nyonya. Kalau nak tengok bagaimana kebaya nyonya keluaran kami dihasilkan, boleh tengok video ni ya:


Kalau teringin nak order baju kebaya or teringin nak beraya dengan set baju kebaya nyonya, cepatlah order ya. Untuk melihat semua corak sulaman yang ada, jemput lawat website kami di:  http://www.izzlegacy.biz

Kalau tak nak order yang pre order, anda juga boleh beli baju kebaya nyonya ready stock di butik kami. Ada lebih dari 700 helai, baju kebaya nyonya ready stock dengan 10 pilihan saiz (saiz XS - 6XL). Cantik-cantik semua. Baju kebaya budak pun banyak. Available size 1 tahun - 12 tahun. Kalau tinggal berhampiran dengan Seri Kembangan atau di Lembah Klang, jemput singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Jom tengok antara koleksi kebaya nyonya di butik kami dalam video ni ya:

Saturday, January 28, 2017

Posted by FizwaN
No comments | 11:17 PM
Sejak buka butik 3 tahun lepas, rasanya dah 10 orang pekerja bertukar ganti. Semuanya tak kerja lama sebab dapat better offer katanya dan ada dua orang yang sambung belajar. Bekerja sebab baru lepas abis SPM or diploma. Jadi, bila dapat offer sambung belajar, berhenti la bekerja. Susah sebenarnya nak dapat pekerja yang betul-betul ikhlas, berdisiplin dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Kebanyakkan bekas pekerja, memang x boleh pakai sangat dan memang harap pun dia akan berhenti tanpa diminta. Dalam 10 orang yang pernah bekerja dekat butik saya, rasanya dua orang je yang boleh pakai dan terasa bila dia dah berhenti. Yang lain-lain tu hampeh. 

Ada staff yang mula-mula tu rajin sangat lepas tu tak berapa lama tiba-tiba malas sangat pulak, ada yang henpon x pernah letak. Ada yang layan customer yang walk in butik dengan muka ketat dan tak berapa nak layan. Siap ada customer yang balik tangan kosong lagi. Bukan sorang dua tapi ramai juga customer yang komplen dan balik. Saya juga yang rugi. Ada pekerja yang anak mak. Semua pun mak yang kontrol, datang kerja mak hantar, balik kerja mak ambil. Lewat sikit tak boleh. Mintak kerja lebih masa tak boleh. Nanti mak dia akan call or whatsapp, cakap macam-macam. Siap mintak bayar anak dia lebih. Raya tanya tentang duit raya or bonus kenapa takde walhal anak dia baru kerja dua bulan. Huhuhu. Boleh gitu? Ada pekerja yang asyik datang lewat, waktu kerja pkl 10pg - 7ptg, tapi selalunya akan dtg antara pkl 10.30 smpi pkl 11 pagi. Cukup pkl 7 balik. Malas nak tegur sbb nanti berhenti pulak, tapi terpaksa jugak la. Sebab banyak sangat makan gaji buta. 

Malas nak berkira dengan pekerja sebab dalam satu masa saya ada sorang je pekerja, bila berhenti nak kena cari yang baru. Lepas tu kena ajar balik dari mula. Tu yang x nak berkira dan berkeras. Tapi, bila dah mcm tu kena pijak kepala pulak. Ada pekerja yang suka layan youtube, mentang-mentang butik pakai UNIFI. Mintak masukkan produk dalam website, sehari tak siap padahal kalau buat sendiri dalam sejam lebih dah siap. Tak sampai dua jam pun. Tp, bila buat kerja sambil tukar lagu dekat youtube, search lagu then siap layan video klip lagi. Lepas tu sambil-sambil berwhatsapp pulak. Last-last salah masuk produk dalam website. Salah size, salah gambar, salah harga. macam-macam salah. Kalau buat sendiri, baik x payah ada staff. Satu kerja pulak nak kena cek. 


Memang sangat susah untuk dapatkan pekerja yang memuaskan hati. Kalau dikira keberkatan kepada gaji yang diterima memang kurang berkat bila dah bekerja sambil lewa, tak bertanggung jawab, tak ikhlas, x berdisiplin dan macam-macam lagi. Sepatutnya, kerja elok-elok. Bekerja sambil belajar. Saya dah mulakan bisnes online dari tahun 2010. Dari online sampai boleh buka butik pada tahun 2014. Semua pekerja akan diajar tentang bisnes. Tp, takde yang serius nak belajar. Cukup datang kerja dan kemudian balik kerja. Memang sampai bila-bila akan bekerja dan terus bekerja. Nak cakap buka bisnes kena ada duit banyak baru boleh start, saya mula denga RM0. Takde duit. Mula dengan ambil pre order je. Customer order bayar deposit RM50. Proses pre order 4-6 minggu sebab produk baju kebaya sulam tangan. Memang ambil masa untuk siapkan. Sebulan terima order 30 helai, kebaya dengan purata sehari ada seorang customer yang akan order, jadi sebulan duit deposit RM1,500.  Tailor siap jahit kebaya katakan 15 helai dari 30 helai, so, duit RM1500 deposit tu buat bayar tailor then kutip balance antara RM85 - RM100 dari customer sebab kebaya nyonya yang saya jual harga RM135 - RM150. Dari situ rolling duit buat modal, beli beberapa helai buat ready stock. So, customer yang nak pakai urgent or tak boleh tunggu 4-6 minggu, boleh beli ready stock yang ada. Dan dari RM0 modal, kumpul sampai boleh buat duit untuk kahwin dan bersama-sama dengan isteri tercinta meneruskan perniagaan online sampai mampu buka butik tanpa buat pinjaman bank or agensi kewangan yang lain. Dari beberapa helai kebaya ready stock, sekarang dah ada lebih dari 800 helai kebaya ready stock dekat butik. So, sape cakap nak berniaga kena ada duit baru boleh mula? Cuma para pekerja saya sebelum ni dan yang ada sekarang tak pandai menghargai dan ambil peluang untuk belajar berniaga. Semua pekerja yang mula kerja di butik akan diceritakan kisah ni. Bagaimana kami bermula. Tp, tak seorang yang nampak peluang disitu. 

Saya harap satu hari nanti, akan dapat juga pekerja yang memenuhi semua kriteria. Rajin, amanah, pandai layan pelanggan, berdedikasi, menghargai peluang yang diberikan, sedar akan keberkatan duit gaji yang diterima, datang kerja tepat pada waktunya dan bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan. Bayar gaji lebih pun saya sanggup. Asalkan memenuhi kriteria yang saya cari. Sape2 yang merasa dirinya memenuhi kriteria yang saya cari atau kenal dengan sesiapa yang memiliki kriteria tu, boleh komen di ruangan komen dibawah ya. Boleh juga tinggalkan no telefon. Sy takkan publish komen yang tinggalkan no telepon. Saya akan contact untuk interview. Semoga saya akan dapat juga jumpa dengan pekerja impian satu hari nanti. InsyaAllah. 
Posted by FizwaN
No comments | 2:32 AM
Dah hujung bulan Januari 2017 dan nak masuk bulan Februari dah pun, mesti ramai yang tengah tunggu duit BRIM kan? Lebih-lebih lagi musim cuti raya ni. Ramai yang nak guna duit kan? Konsep BRIM yang bagi bantuan kepada pendapatan isi rumah bawah RM4000 memang kadang-kadang disalahgunakan. Ada menteri cerdik cakap duit BRIM boleh buat bayar muka kereta Proton Iriz kemudian boleh apply jadi pemandu uber. Guna duit income dari uber untuk bayar bulanan proton iris dan untuk tambah pendapatan isi rumah. Dah lebih RM4,000 pendapatan isi rumah, kerajaan tak bagi BRIM lagi dah. 

Sebelum komen pasal BRIM boleh buat muka beli Proton Iriz, tengok kat pesbuk Najib Razak, katanya BRIM akan  mula diagihkan bermula 18 Februari 2017. Jadi, boleh la berkira-kira nak beli apa dengan duit BRIM tu. Yang pasti kena pulang balik sebahagian duit brim tu kepada GST.



Ok, bagi yang menyahut seruan pak menteri untuk beli Proton Iriz dengan duit BRIM, jom kita berkira-kira cukup tak atau mampu tak kita. Proton Iriz 1.3 standard (manual), spek paling rendah pun harga RM41,520. Kalau bayar muka RM400 dari duit BRIM, berikut adalah bayar yang perlu di bayar untuk tempoh 9 tahun yang mendatang bersamaan dengan 107 bulan lagi. 



Zero downpayment dengan downpayment RM400 duit BRIM beza RM5.30 je bayaran bulanan. Macam xde effect & mcm x boleh pakai pulak cadangan pak menteri cerdik tu. Bayaran insuran pulak, mahal jugak dalam RM1327, jadi jangan berhenti jadi pemandu uber bila dah beli kereta proton IRIZ sebab nanti tak mampu bayar bulan-bulan or x mampu nak renew insuran, kereta kena tarik or x boleh nak jalan. Persoalannya juga, adakah dalam masa sembilan tahun akan datang, BRIM masih wujud?Ok, cukup komen skit sebab nanti panjang-panjang kena kecam pulak.

Sedikit info tentang BRIM 2017, ada peningkatan pada tahun ini. Bagi pendapatan isi rumah dibawah RM3000, jumlah BRIM dinaikkan kepada RM1200 dengan 3 kali bayaran iaitu RM400 sekali bayar pada bulan FEB, JUN dan OGOS. Manakala untuk pendapatan isi rumah RM3001 - RM4000, jumlah BRIM dinaikkan kepada RM900 sekali bayar RM300.  Begitu juga dengan individu bujang barangkali dengan pendapatan bulanan kurang dari RM2000, akan terima BRIM sebanyak RM450 sekali je setahun iaitu pada bulan FEB 2017. Gunakanlah sebaiknya ya.

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.